CHAPITRE DIX-NEUF 🐺

9.7K 660 268
                                    

Kaki melangkah keluar dari kedai jam tangan sebelum bibirnya tersenyum melihat beg plastik ditangan.

"He must be loving this." Gumam Geisha dan tangannya membuka pintu kereta. Jam di dashboard dilihat.

9.17am

"Oh my god dah lewat." Kereta mula dipandu ke tempat kerja sebelum dirinya dikenakan tindakan akibat lambat.

Setibanya di pejabat, terus kakinya melangkah ke pejabat Skyler. Geisha memerhati pintu pejabat Skyler yang tertutup dengan tirai di sebalik kaca. Biasanya tak tutup.

"Apa apa je lah." Tangannya mula naik untuk membuka tombol.

"Eh eh! Kau buat apa ni?" Soal seorang pekerja pembantu sambil laju menahan tangan Geisha.

"Nak jumpa monsieur la. Kenapa?" Soal Geisha kembali.

"Heish kau ni, tak nampak ke girlfriend monsieur masuk tadi? Tengok, pejabat dia pun tertutup je. Nanti kalau kau masuk, tengok diorang tengah ehem ehem macamana?" Soal pekerja itu.

Geisha berkerut wajah.

"Girlfriend? Siapa girlfriend dia?" Soal Geisha ingin tahu.

"Entah, tak ingat nama tapi lawa." Pekerja itu bersinar mata apabila teringatkan si gadis yang berwajah jelita dan selalu berdampingan dengan Skyler.

Geisha terdiam. Mungkin gadis yang sama yang dia mula mula jumpa di pejabat haritu.

"Whatever. Tak ada kerja ke apa asyik nak berkepit dengan monsieur je." Geisha memutarkan bebola mata ke atas dan mula ingin membuka pintu lagi.

"Heish, janganlah!"

"Apa masalah kau? Suka hati aku lah nak jumpa dia atau tidak, dia tu suami kau ke? Tak kan?" Marah Geisha geram.

Pembantu itu tergelak sinis.

"Eh eh kau tak padan dengan baru masuk dah berlagak. Dahla datang lewat lepastu ada hati nak berlagak bos. Okay fine, masuklah. Nak juga aku tengok bagaimana kau kena marah nanti." Pembantu itu memeluk tubuh bersama senyum sinis.

Geisha memutarkan bebola mata ke atas dan membuka pintu.

"Auch!"

***

"Aku dah cakap, tak perlu ikut aku ke pejabat. Lepastu dah mulalah dia mengantuk. Baik kau duduk rumah jaga Ace." Skyler memandang Victoria yang sedang membaringkan diri di atas sofa seperti manusia dilanda kebosanan.

"Kan I dah janji nak balik nanti lunch, sekarang belum lunch lagi so I nak teman you." Victoria memandang wajah kacak itu sebelum bibirnya tersenyum lebar. Tengok muka pun dah cair.

Skyler menggeleng dan meneruskan kerjanya. Tahu bahawa sikap degil Victoria memang tidak boleh dikikis dari gadis itu.

Tiba tiba kedengaran bunyi keriuhan di luar pejabat. Seperti ada pertengkaran yang berlaku.

"What is that?" Victoria mula ingin tahu dan gadis itu pantas bangun menuju ke pintu bagi melihat apa yang telah berlaku. Belum sempat dia membuka pintu, pintu itu telah dibuka dari luar sehingga Victoria terjatuh ke belakang akibat tolakan pintu itu.

"Auch!"

"Victoria." Skyler bangun dan mendapatkan si gadis yang terjatuh ke lantai apabila pintu dibuka dari luar. Bahu Victoria dipaut dan gadis itu diangkat agar berdiri.

"Sorry, Monsieur. Saya dah halang dia masuk tapi dia masih berdegil." Ujar pembantu pejabat itu sambil takut takut memandang Skyler.

"Get out." Arah Skyler kepada pembantu itu. Gadis itu tanpa kata terus berlalu keluar.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now