CHAPITRE CINQ 🐺

9.5K 604 79
                                    

"Aku balik lewat sikit malam ni. Jaga Ace lepastu pastikan semua pintu dan tingkap kunci." Pesan Skyler apabila melihat kelibat Victoria yang sedang mencuit cuit perut Ace yang sedang tidur itu. Suka sangat mengacau binatang itu tidur.

Nanti kena gigit barulah menangis macam dah nak mati.

Victoria memalingkan muka memandang Skyler. Dahi berkerut.

"You nak pergi mana?" Bukan harini Skyler cuti ke? Melepaslah dia kerana dalam kepala sudah banyak momen romantik yang dia bayangkan bersama sama Skyler memandangkan jejaka itu tidak bekerja pada hari minggu.

"Aku ada hal." Ujar Skyler. Kemudian dia mengerling sekilas wajah Victoria yang seperti sedang menahan kecewa itu.

"Kenapa?" Soal Skyler sambil bangun dan turut duduk bersila di sebelah Victoria. Tangannya menggosok bulu Ace yang nyenyak.

Victoria menahan debaran apabila Skyler duduk di tepinya. Haruman jejaka itu yang selalu menggodanya masuk ke rongga hidung.

"T.. tak ada apa apa lah." Victoria cuba untuk tidak terbuai dengan haruman jejaka itu. Ikutkan hati, ingin sahaja dipeluk tubuh jejaka itu seerat mungkin dan haruman itu ingin dihidu sehingga semua haruman Skyler hilang terserap ke dalam hidungnya.

"Okay."

"Tapi I takut duduk sorang sorang waktu malam." Victoria menunduk apabila dia telah menipu Skyler semata mata ingin lelaki itu tidak keluar meninggalkannya pada waktu malam.

"Ace ada."

"Ace yang asyik tidur ni you nak suruh dia jaga I? Nanti kalau orang culik I bawa I kahwin tanpa kerelaan I lepastu dera I lepas kahwin macamana?" Soal Victoria dengan nada tidak percaya.

"Habistu? Siapa je nak kahwin dengan kau yang panas baran dan lembab ni?" Bidas Skyler.

Victoria membulatkan mata mendengar ayat yang agak berbisa meniti keluar dari bibir jejaka yang dia crush kan selama ini.

Belum confess dah kena reject

"Fine! Keluarlah. Tak balik pun tak apa! Duduk dengan you ni menyakitkan hati je." Bentak Victoria dan terus bangun. Sakit pula hatinya dengan perangai Skyler yang tidak reti menjaga hatinya langsung. Kaki dihentak dan dia menghempas pintu bilik.

Skyler mengerutkan dahi mendengar hempasan pintu seolah olah gadis itu ingin merobohkan pintu sahaja. Betullah apa yang dia cakap. Siapa sahaja yang nak berkahwin dengan gadis itu yang lembab dan panas baran ni?

Itu pun nak marah.

Skyler menggosok badan Ace dan tangan mengeluarkan telefon dari dalam poket. Tangan mendail nombor Franky.

"Hello bro, aku tak boleh datang lah malam ni. Kena jaga Ace." Skyler bersuara sebaik sahaja talian bersambung.

"Aik, biasanya kau tinggal dia malam malam tu okey je." Sahut Franky sambil berkerut dahi. Tidak pernah pula Ace buat hal sewaktu Skyler keluar.

Skyler menggosok belakang tengkuknya sambil menggigit bibir.

"Tak apalah. Tak jadi. Nanti aku datang." putus Skyler. Franky di hujung talian mengerutkan dahi. Apa masalah budak ni?

"O.. kay.."

Talian diputuskan oleh Skyler lalu dia terus bangun. Kaki melangkah ke pintu bilik Victoria dan tangannya naik untuk mengetuk pintu berwarna putih itu.

Victoria yang baru ingin menyalin bajunya menoleh. Ni mesti Skyler nak pujuk dia ni dan bawa dia keluar makan.

Terus Victoria melompat teruja sehingga tualanya hampir terlucut. Nasib baik sempat pegang.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now