CHAPITRE VINGT NEUF 🐺

10K 577 131
                                    

6 bulan kemudian

"Ddy!!!"

Skyler tertoleh apabila kedengaran suara kanak kanak meraung dengan kuat. Terus kakinya berlari menyambut Noah yang ingin terjun dari belakang Ace.

"Aku suruh kau bermain dengan dia, bukan tunggang dia!" Skyler mendukung Noah yang sedang berada di atas Ace sambil memujuk anak kecil berusia sepuluh bulan itu.

Noah terus menangis teresak esak serta wajahnya turut memerah.

"Shh shh.. alah kau ni kena marah sikit pun menangis." Skyler membawa Noah ke meja makan dan sebiji epal yang sudah terkupas kulit diberi pada Noah.

Noah terdiam apabila mendapat sehiris epal sebelum epal itu dimakan menggunakan gigi depannya yang kecil itu.

Skyler mengeluh lega apabila Noah kembali diam. Tubuh kecil itu dicium seketika dan Skyler kembali mendapatkan Ace bersama Noah di dalam dukungan.

Noah terus menghulur epal yang sudah basah dengan air liurnya kepada Ace.

"He doesn't eat that." Skyler menarik tangan Noah kembali apabila bayi itu memaksa Ace untuk memakan epal.

Noah terus memberontak dan membaling epal ditangan ke lantai sebelum kembali menangis.

Skyler kembali mendukung Noah dan bayi itu dibawa ke hulu dan ke hilir untuk menghentikan tangisan Noah. Namun Noah semakin kuat menangis dan turut terbatuk.

"Hah kan dah tercekik air liur. Menangis lagi." Skyler membebel sambil mengelap air liur Noah yang keluar dari mulut si kecil itu dan menepuk nepuk punggung Noah sambil menggoyangkan badannya kekiri dan ke kanan.

Noah bukan semakin diam, malah semakin teruk tangisannya.

"Mi.. aba..." Rengek Noah. Skyler mengeluh sebelum mengambil telefonnya dan butang FaceTime Franky ditekan.

"Yo." Sapa Franky sambil melihat Skyler yang sedang mendukung Noah. Noah pula terus berpaling mendengar suara si baba.

"Aba!!" Noah meronta ingin berada di dalam dukungan Franky.

"Eh eh jatuh nanti kau ni tak padan dengan kecikberat nak mampus." Bebel Skyler sambil meletakkan Noah di atas permaidani dan telefonnya diberi pada Noah.

"Hello anak baba. Buat apa tu?" Soal Franky. Skyler mengeluh. Susah betul jaga anak. Ingatkan bagi makanan dan susu diam terus, rupanya kuat meragam juga. Noah tersengih teruja sambil air liurnya menitis di skrin telefon Skyler.

Nasib baik waterproof. Skyler menggeleng dan mengelap air liur Noah.

"Macamana?" Soal Skyler. Franky mengangkat bahu.

"Kitorang tak pergi hospital lagi. Lily ni nak shopping kejap. Aku tunggu dekat luar." Ujar Franky dengan muka redha apabila sudah dua jam mereka keluar Lily hanya berada di dalam mall sahaja.

"Susah bodoh nak jaga anak kau ni. Kuat betul meragam." Bebel Skyler sambil melihat si bulat yang terkelip kelip memandang babanya seolah olah tidak pernah berjumpa manusia sebelum ini.

"Abaa!" Jerit Noah geram. Geram apabila babanya berbual dengan daddy Skyler sehingga dirinya terabai.

"Ya, nak apa? Nak coklat tak? Nanti baba seludup." Ujar Franky kerana Lily melarang Noah makan coklat atau benda manis lain jadi dia perlu menyeludup coklat buat si anak. Kalau Lily tahu, mati lah dia nanti.

Noah menyentuh skrin telefon yang terdapat muka babanya sebelum air liurnya menitis lagi. Skyler mengelap mulut Noah dan menggeleng.

"Apalah yang special sangat baba kau tu sampai nak berkepit je dengan dia." Skyler melihat muka bulat Noah yang gemuk sedang melihat skrin telefon.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now