CHAPITRE VINGT-QUATRE 🐺

8.6K 601 396
                                    

Skyler mula melangkah masuk ke dalam pejabat untuk berbincang tentang penubuhan Ezekiel Specialist meskipun Hunter menyarankan dia untuk berehat dahulu.

Tujuannya hanya satu, ingin cepat pulang ke Perancis bertemu Victoria kembali.

"Jadi kau nak buat Ezekiel Specialist ni sama macam di Malaysia punya? Good idea. Kita boleh tawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan kepada masyarakat bukan sekadar pembedahan sahaja."

Skyler angguk.

"Aku juga nak cadangkan kita buat subsidi untuk golongan marhaen yang tak mampu bayar tetapi memerlukan rawatan di Ezekiel Specialist. Contohnya mereka perlu membuat pembedahan organ di luar negara tetapi kos sangat mahal jadi mereka boleh buat di Ezekiel Specialist sahaja dengan..." Skyler terhenti sebelum dia terdiam. Tiba tiba dadanya terasa mual.

"Kau okay?" Soal Hunter. Skyler mendiamkan diri seketika sebelum jejaka itu bangun dan melangkah ke tandas. Kemudian Skyler muntah di dalam tandas di pejabat Hunter.

"What's wrong with him." Franky turut bangun dan mengekori Skyler yang muntah. Pintu tandas dibuka dan kelihatan Skyler sedang terbongkok di mangkuk tandas memuntahkan isi perutnya.

"Kau kenapa ni sebenarnya? Dari haritu lagi muntah muntah." Franky mengusap belakang Skyler.

"Dah macam bini mengandung pula." Sampuk Hunter. Franky angguk setuju.

"Aku tak tahulah bro." Skyler kembali keluar setelah mencuci mulutnya dan jejaka itu bersandar di sofa. Mata terpejam rapat.

Victoria.

Terus mata Skyler kembali terbuka. Jangan jangan Victoria mengandung. Tetapi kenapa tiada khabar apa apa pun dari gadis itu?

"Kau baliklah. Aku dah cakap, rehat dulu. Kalut kalut nak pergi mana?" Bebel Hunter. Skyler menghela nafas dan mencapai minyak angin di atas meja sebelum minyak itu disapu di pelipisnya dan didada serta leher. Habis pejabat Hunter berbau minyak angin.

"Tidur dekat sini je la kalau rasa tak larat nak drive. Takpun aku hantar kejap." Franky menawarkan diri.

"Kejap. Kau ada buat sesiapa mengandung ke?" Soal Hunter tiba tiba.

Skyler hanya diam. Entah kenapa, wajah Victoria mencelah masuk ke dalam mindanya kerana hanya Victoria sahaja yang selalu melayannya di atas ranjang.

"Entah, aku.."

"Baik kau jujur." Mendatar suara Hunter mencelah. Skyler menggosok leher.

"Victoria..?" Was was juga Skyler, mana mungkin Victoria mengandung kerana Victoria itu jika boleh sekecil kecil hal pun dia ingin mengadu kepada Skyler. Apatah lagi jika hal besar sebegitu.

"Kau bersama dengan dia?" Soal Franky dengan nada terkejut. Bagaimana Skyler yang susah dijinakkan ini boleh melekat dengan Victoria?

Skyler diam seketika sebelum angguk perlahan.

"Mula mula tu, I was drunk. Hangover. So aku tak dapat kawal diri aku sendiri juga." Skyler menerangkan.

"And you don't wore the fucking condom?" Sampuk Franky. Skyler menggeleng sebelum meraup wajah.

"Bodoh. She probably doesn't took the pills. Tanya dia."

Skyler tanpa kata terus mencapai telefonnya dan nombor Victoria didail. Namun panggilan tidak dijawab malah tidak bersambung pun.

"The heck? She blocked me." Skyler mengerutkan dahi apabila Victoria telah menyekatnya di semua media sosial gadis itu.

Hunter dan Franky saling berpandangan sebelum Franky turut mencapai telefonnya.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now