CHAPITRE VINGT-DEUX 🐺

10.2K 599 261
                                    

Victoria mundar mandir di ruang tamu. Sejak kejadian Skyler bersamanya kerana pil perangsang dua bulan lepas, sehingga bulan ini haidnya tidak datang.

"Macamana kalau... Ish, takkanlah." Victoria memegang perutnya dengan riak gusar.

Kaki melangkah ke arah laci meja dan laci itu dibuka. Tangan mengambil kotak pregnancy test sebelum bibir digigit.

***

"Aku dah siapkan semua untuk Ezekiel Specialist tu. Kau nak datang sini or nak aku balik Malaysia?" Soal Skyler sambil menyemak bahan pembentanganya.

"Balik lah. Susah aku nak pergi sana dengan Noah kecil lagi ni." Ujar Franky di hujung talian. Skyler mengangguk.

"Okay so..." Skyler mencampak telefonnya dan berlari ke tandas.

"Bro?" Franky mengerutkan dahi mendengar lelaki itu seperti sedang muntah.

"Kau okey tak ni?" Soal Franky setelah suara Skyler kembali kedengaran di hujung talian.

"Okey. Tak sedap badan sikit je. Kerja banyak kut." Skyler mengambil minyak angin lalu diletakkan di dahinya.

"Tak lari ke mana kerja tu, pergi lah ambik cuti sehari dua takkan itu pun aku nak kena ajar." Bebel Franky. Skyler menjulingkan mata ke atas apabila mendengar bebelan Franky kepadanya.

"Tahu." Itu sahaja yang keluar dari bibir Skyler sebelum lelaki itu mematikan talian. Boleh pekak telinganya jika dibebel.

Skyler kemudian termenung. Selama ini, tidak pernah pula dia muntah meski bekerja dengan waktu yang lama.

Kemudian dia merebahkan badan di kerusi lalu memejam mata. Rasa mual masih bersisa. Tangan mencapai minyak angin di atas meja dan disapu pada pelipis dan butang kemeja dibuka bahagian atas sebelum Skyler menyapu minyak itu di bahagian dadanya juga.

Tok tok tok!

"Masuk." Skyler membetulkan duduk dan kemejanya kembali dikancing. Kemudian jejaka itu menyimpan minyak panas yang diguna.

"You dah makan? Wait, why bau mint kuat sangat ni?" Soal Vanessa sambil meletakkan beg kertas di atas meja Skyler.

Skyler hanya mendiamkan diri dan menolak beg kertas itu ke arah Vanessa kembali.

"Speak out faster so I can get home faster." Skyler memandang Vanessa yang cuba melengahkan masanya itu.

"Buat apa nak balik rumah cepat cepat? You balik pun hadap muka Victoria juga."

"Because she's my girlfriend. I wouldn't mind seeing her face for the rest of my life." Mendatar suara Skyler. Vanessa menahan rasa menyampah dalam hati.

"Faster, Vanessa."

"Fine! I datang sini sebab nak minta tolong you dapatkan balik hak penjagaan anak I dari Bernard. I nak jaga anak I." Vanessa meluahkan masalahnya. Sekaligus membuatkan dahi Skyler berkerut seribu.

"Rasanya tak ada pula pintu pejabat aku ini tulis khidmat perguaman. Kalau kau nak hak tu, kau sepatutnya minta tolong dengan lawyer, bukan aku." Skyler hampir mencarut apabila hal penting yang Vanessa ingin beritahu pada dia rupa rupanya perkara yang langsung tiada kaitan dengan dia.

"You wasted my time."

Terus Skyler bangun untuk pulang meninggalkan Vanessa disitu namun pintu pejabat yang terbuka dari luar mematikan langkahnya.

"Victoria?" Skyler menyoal apabila kelibat Victoria berada di hadapan matanya.

Victoria turut terdiam memandang Skyler dan Vanessa bersilih ganti.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now