*****
(Taehyung dan Tasneem side)
Tasneem dan Taehyung keluar dari kereta yang dinaiki mereka.
"Nanti kalau kau dah nak balik,kau call jer driver kita tau.."kata Jimin. Taehyung menggaguk. Kereta itupon bergerak ke destinasi seterusnya.
"Oppa,Tasneem takutlah.."kata Tasneem.
"Takyah risaulah..semuanya akan ok jer..."kata Taehyung menenangkan Tasneem. Tasneem menarik nafas dan menghembus nafas beberapa kali. Taehyung menggeleng sahaja melihat telatah Tasneem.
Taehyung menekan loceng rumah ommanya. Tidak lama kemudian,pintu itu pon terbuka. Taehyung jalan masuk terlebih dahulu.
//Besar jugak rumah omma taehyung nie// bisik hati Tasneem sambil matanya melilau melihat kawasan rumah taehyung.
"Tasneem cari ape?"tnya Taehyung. Terus mata Tasneem memandang ke arah taehyung lalu menggelengkan kepala.
"Dah jom.."kata Taehyung. Taehyung berjalan terlebih dahulu sebelum Tasneem.
"Haaa,sampai pon kamu..lama tau omma tunggu..."kata Puan Kim apabila melihat taehyung berdiri betul-betul di depan pintu.
"HAHAHA,kan Tae dah kata yang Tae datang sini selepas habis shooting..Sebb tu lambat sikit.."kata Taehyung.
"Haishhh,yelah².."kata Puan Kim lalu menarik anaknya ke dalam pelukan. Taehyung membalas pelukan ommanya. Tasneem yang melihat itu terus terdetik kerinduannya kepada mama dan papanya.
Puan kim memandang ke arah Tasneem yang berdiri di belakang taehyung. Tasneem menundukkan sedikit badannya.
"Nie sapa nie?"tnya Puan Kim sambil melihat penampilan Tasneem dari atas sampai bawah.
"Nielah,Tasneem yang PA baru Tae cakap tu..."kata Taehyung. Puan Kim menggangukkan kepala lalu menyangkan senyuman manis kepada Tasneem. Tasneem membalas senyuman puan Kim.
"Apa khabar auntie?"tnya Tasneem.
"Khabar baik..ishhh tak payah auntie² sangatlah..panggil omma jer.."kata Puan Kim. Tasneem terus memandang ke arah taehyung. Taehyung mengangkat bahunya.
"Jomlah masuk..kesian kamu duduk panas².."kata Puan Kim lalu menarik tangan Tasneem masuk ke dalam rumah.
"Tahulah ada tetamu,tapi janganlah sampai lupa anak sendiri omma nie.."kata taehyung.
"Alahhh,mengadalah kamu nie.."kata Puan kim. Taehyung memuncungkan mulutnya.
"Appa mana,omma?"tanya taehyung.
"Ada kat atas tu..nanti turunlah tu.."kata Puan Kim. Taehyung menggagukkan kepalanya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa sebelah puan kim.