41
“Chinta benci mama?” soal Puan Hasna dengan perasaan sebak. Chinta menggeleng pantas.
“Tak mama. Chinta tak pernah benci mama. Maafkan Chinta kalau keputusan Chinta dah kecewakan mama. Tapi Chinta dah nekad ma. Chinta janji akan selalu call mama biarpun Chinta dah jauh kat sana. Kalau Chinta ada masa, mungkin Chinta akan datang lawat mama kat sini,” balas Chinta dengan senyuman.
“Janji?” soal Puan Hasna dengan sayu. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menahan wanita itu kembali ke Sabah. Namun apabila memikirkan kesilapan yang dilakukan oleh Adam, dia mula tidak yakin untuk memujuk Chinta.
“Mama dan papa jaga diri. Chinta tak risau sangat tinggalkan mama dan papa sebab ada Bella dan Elis tolong jaga untuk Chinta. Ma, memang Chinta marah kat Adam. Chinta geram kat Adam sebab terlalu cepat buat keputusan. Tapi, Chinta akui yang tak selamanya Chinta boleh bencikan dia. Mama pun tahu Chinta sayang sangat kat Adam. Apa yang Chinta cuba nak sampaikan sini, Chinta dah maafkan Adam. Oleh tu, Chinta mohon pada mama dan papa supaya maafkan Adam. Tak ada manusia yang terlepas dari kesilapan. Kita semua manusia biasa. Tolong maafkan Adam dan terima Adam semula,” pinta Chinta separuh memujuk. Puan Hasna mengeluh berat.
“Mama, janji dengan Chinta,” ulang Chinta sekali lagi. Puan Hasna mengangguk lambat.
“Chinta masih sayangkan Adam?” soalnya ingin tahu perasaan sebenar wanita itu. Chinta tersenyum.
“Sayang? Mungkin ya. Tapi sayang tu tak seperti dulu lagi. Adam suami yang baik, ma. Sayangnya jodoh kami tak panjang. Walaupun sekejap, Chinta bahagia dengan Adam. Apa yang berlaku antara kami adalah satu pengajaran buat Chinta,” balasnya.
“Terima kasih sebab pernah sayangkan anak mama,” ucap Puan Hasna ikhlas bercampur sebak. Chinta mengangguk dengan senyuman manis.
“Terima kasih juga sebab terima Chinta sebagai menantu dan anak mama. Chinta sayang mama,” balasnya sambil menggenggam erat jemari wanita itu. Puan Hasna tersenyum membalas genggaman tangan Chinta.
“Mama jangan sedih lagi,” pinta Chinta. Puan Hasna mengangguk. Dia redha andai memang tidak tertulis jodoh wanita itu dengan Adam.
“Jangan lupa janji Chinta untuk hubungi mama,” pesannya mahu mengingatkan wanita itu lagi. Chinta mengangguk dengan senyuman.
*****
Adam masih memandang telefon bimbitnya. Dia agak serba salah untuk menghubungi wanita itu. Adam menarik nafas dalam sebelum menekan nombor Chinta. Dia tahu jika dia tidak menghubungi wanita itu saat ini, pasti dia akan kecewa nanti. Agak lama menunggu, akhirnya panggilannya bersambut.
“Hai,” ucapnya agak kalut sebentar mendengar suara wanita itu memberi salam. Chinta di talian sebelah masih membisu menunggu ayat seterusnya keluar dari mulut lelaki itu.
“I don’t know. Rasa bersalah ni saya akan bawa sampai hujung nyawa. I’m sorry again,” ucap Adam dengan nada perlahan.
“Adam,.”
“No, Chinta. I’m really sorry,” pintas Adam dengan perasaan sebak. Chinta menarik nafas dalam.
“It’s okay. Saya dah maafkan awak. Saya tak salahkan awak dengan apa yang berlaku. Semuanya dah tertulis. Kita kena teruskan hidup Adam. Jangan biarkan masa lalu tu menghalang awak. Sama-sama kita mulakan hidup baru,” balasnya panjang lebar. Chinta sebenarnya tidak tahu adakah dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya itu. Namun apa yang dia pasti, dia akan mulakan hidup baru tanpa lelaki itu lagi. Dia kena kuat dan yakin dengan dirinya.
“Awak isteri yang baik. Jujur saya menyesal dengan keputusan bodoh yang saya dah buat. Kalau lah masa boleh diundurkan semula. Saya tak akan sesekali lepaskan awak,” kata Adam dengan nada kesal. Chinta hanya tersenyum hambar. Kata-kata lelaki itu mengandungi maksud yang memang sudah dijangkanya. Namun dia sudah nekad.
![](https://img.wattpad.com/cover/189102642-288-k640950.jpg)
YOU ARE READING
AKU TANPAMU
RomansaAdam- "Jika memang sudah ditakdirkan..." Bella- "Kau tipu aku?! Apa kau fikir aku akan merayu??" Chinta - "Dah lama saya tunggu awak. Tapi..." Delisya- "Jantan tak guna!" Ikatan yang wujud antara kita adalah sesuatu yang tidak pernah dijangka. Saya...