Chapter 1

952 27 2
                                    

Kawasan universiti dipenuhi dengan mahasiswi dan mahasiswa yang akan memulakan kelas tidak lama lagi termasuklah Aireen. Aireen bukanlah dari keluarga yang senang. Pelajarannya juga ditanggung universiti disebabkan dia selalu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang diadakan.

  Aireen merupakan seorang anak tunggal namun kehidupannya tidaklah semewah dan sebahagia orang lain. Dia dibesarkan dalam situasi yang sentiasa dikongkong dan dipergunakan oleh kedua dua ibu bapa kandungnya sendiri. Namun, kehidupannya sedikit berubah setelah dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti pilihannya sendiri iaitu Universiti Teknologi Malaysia ( UiTM)

  Aireen melangkah masuk ke dalam dewan kuliah memandangkan kelasnya akan bermula tidak lama lagi. Tiba tiba dia terserempak dengan kumpulan yang agak terkenal di universiti itu. Siapa sahaja tidak kenal ' The Gameboyz'. Kumpulan ini terdiri dari tiga orang dan salah satunya merupakan ketua. Tengku Rayyan Mikael merupakan ketua The Gameboyz merangkap gelaran The King of Playboy di universiti. Sebut sahaja The Gameboyz, satu universiti itu mengenali mereka kerana mereka mempunyai wajah yang tampan dan bakat masing masing.

"Hey,hey. How are you?" sapa Rayyan kepada Aireen. Aireen hanya menayangkan wajah yang menyampah. Fariz dan Ikhwan, ahli The Gameboyz merangkap kawan kepada Aireen sewaktu di sekolah menengah. Mereka berdua agak rapat dengan Aireen. Lagi lagi Ikhwan. Tidak hairanlah jikalau Ikhwan menyimpan perasaan terhadap Aireen dalam diam.

"Apa yang awak nak Rayyan? Saya takde masa nak layan perangai awak ni. Satu hari kalau tak ganggu saya tak boleh ke?" Aireen bersuara.

"Ala, rilekla Reen. Ni baru tiap tiap hari. Nanti aku ganggu kau tiap tiap saat dan aku akan pastikan kau tak duduk tenang," kata Rayyan dengan nada sinis .

"Kau ni memang gilalah Rayyan. Aku tak ganggu hidup kau pun dan aku langsung tak harapkan yang kau kenal aku. Kau yang mulakan dulu," Aireen melepaskan geramnya.

"Kau tu patutnya beruntung sebab dapat kenal orang yang terkenal  macam aku. Bukan senang orang miskin macam kau, dikenali orang macam aku. Faham?" sindir Rayyan. Tipulah kalau Aireen tidak terasa dengan kata kata yang keluar dari mulut Rayyan. Tanpa berkata apa apa, Aireen terus meninggalkan mereka bertiga.

"Wey Rayyan. Kau tak rasa ke yang kata kata kau tu lukakan hati dia? Kau nak apa sebenarnya dari dia?" tanya Ikhwan tidak berpuas hati.

"Wan, aku ni bukan nak sangat pun ganggu betina tu tapi entahlah. Tetiba menarik pula kalau ganggu dia sebab dia tu langsung tak pandang aku macam perempuan perempuan lain pandang aku. So, that's why aku ganggu dia," balas Rayyan lalu pergi meninggalkan Fariz dan Ikhwan.

"Jangan hairanlah kalau suatu hari nanti Reen bencikan kita berdua disebabkan perangai Rayyan tu," ujar Fariz memecahkan kesunyian.

"Dahlah jom masuk kelas,"ajak Ikhwan lalu beredar dari situ.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Aireen termenung di hadapan tingkap biliknya. Rumahnya hanya sederhana sahaja. Langit malam dan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa menenangkan fikirannya yang sedang kusut dengan pelbagai masalah.

"Termenung apa tu? Kau takde kerja dah ke nak buat?" Ibu Aireen muncul dari belakangnya.

"Ada je, tapi Reen nak rehat jap ibu," Aireen memusingkan badannya ke arah ibunya.

" Suka hati kaulah,yang aku tahu nanti bila kau dah habis belajar aku harap kau tak lupalah nak bagi duit kau tu dekat aku. Kau ingat, aku yang jaga kau, habiskan duit semata mata nak besarkan. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bagi kau dekat orang lain. Nasib kau je waktu tu opah kau tu ada," sungguh tajam kata kata ibu Aireen itu. Air mata ditahannya agar tidak gugur di hadapan ibunya. Dia rindukan arwah opah yang selalu melayannya dengan baik.

"Reen tahu ibu. Terima kasih sebab masih sudi jaga Reen walaupun terpaksa." ucap Aireen dengan senyuman yang terukir di wajahnya.

"Dahlah kau,buat drama pula malam malam ni. Aku tegur kau ni sebab nak cakap yang esok kau kena ganti aku kemas rumah orang kaya acah baik tu. Jadi, esok kau tak payahlah pergi universiti," ibu Aireen memberitahunya.

"Tapi ibu, esok Reen kena present assignment. Kalau tak, nanti Reen kena gantung kelas seminggu," balas Aireen tanpa rasa serba salah.

"Kau ni memang tak sedar diri kan. Esok aku ada hal dekat bandar, jadi aku tak nak dengar sebarang alasan dari kau. Aku tak kira, esok kau kena juga ganti tempat aku. Faham!" tegas Mak Cik Aini, ibu kepada Aireen lalu pergi meninggalkan Aireen seorang diri.

'Terpaksalah aku ikut arahan ibu. Takpelah Reen. Semua ni ada hikmah. Pergi je lah esok, bukan susah pun,' bisik hati kecil Aireen.


























To be continued.....

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now