Chapter 17

199 18 2
                                        

Setahun kemudian

Kehidupan Aireen dan Rayyan bahagia tanpa sebarang gangguan mahupun masalah yang besar. Rayyan sudahpun menjadi CEO Auth's Marketing yang merupakan peninggalan arwah papanya kepada nya. Manakala Aireen pula telah pun membuka butik yang bernama Kayla's Boutique Nephophile.

Aireen sedang bertungkus lumus menyiapkan sarapan di dapur. Mujurlah ada Mak Imah yang membantu Aireen.

"Hi, good morning sayang," Rayyan menyapa isterinya yang sedang menuangkan air teh ke dalam cawan milik suaminya itu.

"Hi, good morning too abang,"

"Sayang buka butik pukul berapa harini?" tanya Rayyan sambil menyuap bihun goreng yang dibuat isterinya ke dalam mulut.

"Oh, Reen suruh Izzah buka pukul 10 pagi tapi Reen pergi butik lambat sikit rasanya sebab nak melawat ibu dan ayah," untuk pengetahuan semua, ibu dan ayah Reen sudahpun keluar dari penjara dan mereka sekarang ni tinggal di rumah orang tua kerana mereka tidak mahu menyusahkan Aireen dan Rayyan untuk jaga mereka.  Ibu dan ayah Aireen telah pun sedar akan kesalahan mereka terhadap anaknya itu.

"Ouh, kenapa sayang tak cakap awal awal dekat abang nak pergi melawat ibu dan ayah?"

"Reen taknak susahkan abang. Lagipun Reen pergi sekejap sahaja. Nak tanya khabar ibu dan ayah je. Rindu pula dekat dia orang," Kehidupan Aireen sekarang ini jauh lebih baik daripada sebelum ini kerana ibu dan ayahnya telah pun menerimanya sebagai anak kandung mereka dan melayan Aireen dengan baik.

"Okaylah kalau sayang cakap macam tu. Hati hati tau, kalau ada apa apa terus call abang," 

"Alaa abang ni, bukan Reen pun yang drive. Pak Hassan juga yang drive nanti. Lagi satu, Reen tahulah jaga diri Reen, abang jangan risau. Bukan jauh sangat pun tempat tu. Tak sampai 15 minit pun," 

" Isteri siapalah yang suka sangat menjawab ni?" Rayyan memerli Aireen yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung di atas kerusi makan itu.

"Hey, perli saya ke?" tanya Aireen dengan wajah yang berkerut.

" Takdelah, abang tak perli pun. Dah memang kenyataan. Cinta hati abang memang degil . Tak dengar cakap abang," 

"Bukan Reen tak dengar cakap abang, cuma Reen yakinkan abang yang Reen pandai jaga diri sendiri. Don't worry about me okayh?" 

"Alright my lovely wife. Abang dan lewat ni, apa apa just call me okay. I'm waiting for you honey. Take care and be careful. I love you, mwah," satu kucupan hinggap di dahi Aireen. Sudah menjadi kebiasaan mereka suami isteri. Aireen menyalami tangan suaminya sebagai tanda hormat kepada suaminya itu.

"Bye bye," Aireen melihat kereta Rayyan sudahpun menghilangkan diri dari kawasan rumahnya itu. Dia terus naik ke bilik untuk bersiap siap ke rumah orang tua. Pernah juga dia terfikir untuk membiarkan sahaja ibu dan ayahnya tinggal bersamanya namun ibu dan ayahnya pula tidak selesa memandangkan perkara yang telah pun terjadi walaupun Aireen dan Rayyan telah pun lupakan akan hal itu. 

"Mak Imah, Pak Hassan mana?" Aireen yang baru turun dari tingkat atas mencari cari kelibat Pak Hassan namun tiada.

" Eh takde ke dekat depan?" tanya Mak Imah pula . Aireen menggelengkan kepala sambil mencari cari lagi Pak Hassan di luar rumah.

" Cik puan nak pergi butik ke," Aaron menegur Aireen yang berada di depan pintu bersama sama dengan Mak Imah.

"Aaron, taklah saya nak pergi melawat ibu dan ayah. Ni tengah cari Pak Hassan, entah kemana pula dia pergi. Awak tahu tak dia pergi mana?" tanya Aireen kepada Aaron pula. Hanya Aaron lah satu satunya yang tahu banyak rahsia Pak Hassan. Dah macam ayah dan anak dah apabila mereka berdua berbual bersama.

Mrs. RayyanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang