Aku segera ke muka pintu untuk melihat empunya suara. Tapi macam pernah aku dengar sebelum ni. Dimana erh?
"Ya, waalaikumusslam. Ada apa yang boleh saya ban.." terus cecair di mata menitis lagi. Kali ni lebih laju berbanding tadi. Tanpa memberi amaran, aku segera berlari memeluk orang itu. Erat pelukan aku seolah olah tidak mahu melepaskannya. Baju dia juga basah kerana air mata aku yang banyak itu.
"Abang, Reen minta maaf sebab lari dari abang. Reen rindu abang sangat sangat.. hiks hikss," kata aku bercampur tangisan. Aku perasan ibu, ayah dan Rose berada di belakang aku namun aku tidak pedulikan. Yang paling penting, figura di hadapan aku. Air matanya juga turut mengalir.
"No, bukan salah Reen semua ni terjadi. Ini semua salah abang. Abang dah banyak sakitkan hati sayang. Abang bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Abang tak layak bergelar suami kepada Reen. Abang minta maaf sangat angel," ya akhirnya panggilan yang paling aku rindui itu telah disebut oleh suamiku sendiri. Ya Allah betapa rindunya aku padanya.
"Abang, Reen rindu abang hiks hiks," tangisan aku semakin kuat . Cengeng betullah.
"Abang pun rindu sangat angel abang. Abang minta maaf ya sebab tak cari sayang,"
"Takpe, Reen tak salahkan abang pun. Semua yang jadi ada hikmah. Jangan salahkan diri abang, tak baik."
"Kalau macam tu, dah jangan nangis. Lap air mata tu. Tak comel isteri abang ni menangis," aku masih lagi memeluk erat Rayyan. Tidak mahu untuk lepaskan .
"Alhamdulillah. Rayyan marilah masuk. Reen jemput suami kamu masuk , sambung jejak kasih dalam ni," usik ayah dengan nada bergurau.
"Jom abang," aku menarik tangannya ke ruang tamu rumah. Jujur , harini adalah hari yang paling bahagia untuk aku.
Rayyan mengambil tempat di sebelah aku. Tangannya tidak lepas dari menggenggan jari jemari aku dengan erat. Seolah olah takut untuk melepaskan. Aku perasan badan dia sedikit kurus berbanding sebelum ni. Mungkin selera makan hilang.
"Ibu ayah sihat?"
"Alhamdulillah macam yang kamu nampak la. Sihat saja kan. Kamu ni Rayyan kenapa ibu tengok makin kurus. Takde selera makan ya?"
"Lebih kurang macam tu lah,ibu. Tak boleh nak buat apa dah ibu. Rayyan rasa bersalah sangat pada ibu, ayah terutamanya Reen. Rayyan tak boleh maafkan diri Rayyan kalau Reen taknak pulang pada pangkuan Rayyan." ya Allah sungguh besar penyesalan yang dia rasai. Serba salah aku jadinya.
Aku terus memeluknya lagi tanpa segan silu di hadapan ibu dan ayah. Rose pula sudah ketawa kecil . Mungkin lucu dengan tindakan aku. Rayyan hanya membalas pelukan dan mengusap lembut kepala aku. Aku amat rindukan belaiannya.
"Manja betullah Reen ni. Nasiblah berbadan dua,"
"What? berbadan dua? Reen mengandung?" wajah aku dipegang dengan kedua dua tangannya. Wajahnya mula bersinar sinar seolah teruja mendapat tahu berita itu.
"Iya, kamu bakal jadi bapa budak nanti,"
"Ya Allah angel! Thank you so much for this," perut aku diusap lembut dan dahiku dicium berkali kali. Merah wajah aku kerana diperlakukan sebegitu di hadapan ibu bapa ku sendiri.
"Takpelah. Rayyan kamu berehat sajalah dulu. Reen bawalah suami kamu ni masuk bilik. Biar dia bersih diri atau lelap dulu sekejap," aku hanya akur dengan arahan ibu. Tangannya masih lagi dalam genggaman aku. Terasa berat untuk melepaskannya.
"Sayang! Abang gembira sangat ni! Terima kasih sangat sayang sebab sanggup bawa anak kita dalam ni," tangannya masih lagi di perut ku. Begini rupanya rasa dibelai suami ketika mengandung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Rayyan
RandomSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...