Chapter 18

170 18 1
                                    

Aku baru sahaja menyiapkan masakan malam, menuju ke bilik untuk memanggil suami tercinta aku turun. Untuk pengetahuan semua, pada waktu malam, Mak Imah sudah pun tamat waktu bekerja. Hanya waktu siang sahaja, Mak Imah dan Pak Hassan bekerja. Namun, Aaron dan pekerja pekerja yang lain, bak kata orang bodyguard lah tetap tinggak di sini walaupun bertukar tukar shift.

"Abang, jomlah makan. Reen dah siap masak,"

"Lah dah siap masak ke? Abang baru nak turun tolong sayang,"

"Abang tu yang lambat. Reen dah siap masak semua dah. Turun makan je, jom." Rayyan memimpin tangan aku ke dapur.

"Wahh Ikan Patin Masak Tempoyak , sedap ni!!! Lagi lagi kalau sayang yang masak. Confirm lena tidur malam ni," aku hanya menggelengkan kepala dengan telatah suamiku sendiri.

"Iyalah lena pastu tak terbangun esoknya,"

"Hehehhe, perli abang ke ni? Haaa?"

"Takdelah mana ada perli, memang kenyataan kan?"

"Iyalah sayang," Rayyan menjebikkan bibirnya. Comel je. Okay fall buat buat berjuta juta kali dah ni.

"By the way , tadi Reen jumpa Elisya dekat butik,"

"Elisya Katrina?" aku hanya menganggukkan kepala .

"Dia buat apa dekat butik sayang? Dia ganggu sayang ke?"

"Ehh taklah. Dia pergi butik sebab nak booking baju wedding dialah. Future husband dia nama Aedy.. Aedy apa erk.. Kamil? eh bukan.. hurmm.. Haaa Tengku Aedy Kashaf."

"Waiit what?? Aedy? What seriously?! Kenapa maklong tak bagi tahu pun," aku terus melihat wajah Rayyan dengan seribu satu persoalan. Apa kaitan dengan maklong? Siapa maklong suami aku? Teruk betul aku ni, keluarga suami sendiri pun tak kenal semua.

"Kalau sayang nak tahu, Tengku Aedy Kashaf bin Tengku Hanif tu sebenarnya sepupu abang. Ayah dia abang kepada arwah papa . I didn't expect yang dia dah nak kahwin. Wow, amazing,"

"Ouh, sepupu abang rupanya. Patutlah macam pernah nampak dal.." sekejap. Aku pernah nampak dekat mana hah? Aku mana pernah jumpa mak saudara Rayyan. Tapi muka sepupu Rayyan tu betul betuk familiar tapi siapa?

"Sayang pernah nampak? Tapi abang tak pernah tunjuk pun," Rayyan melihat wajah aku yang sedang berfikir. Fikiran aku mula celaru untuk mengingati kembali. Namun, sampai kesudah tiada sebarang petunjuk.

"Reen tak pasti tengok dekat mana but betul betul familiar lah muka sepupu abang tu. Hurmm," aku masih cuba untuk mengingatinya. Namun masih lagi tidak ingat.

"Dahlah sayang, makan nasi tu. Nanti sejuk tak sedap. Ke nak abang suapkan?" aku hanya menganggukkan kepala tanpa menyedar apa yang dikatakan oleh suamiku. Tiba tiba satu tangan yang penuh dengan nasi diacukan kepada aku. Terpinga pinga aku dibuatnya.

"Apa ni?"

"Lah, tadikan sayang angguk je bila abang cakap nak suapkan . Ni mesti tak habis fikir lagi kan?"

"Hehehe sorry,"

"Nah it's okayh. Makan cepat, buka mulut cepat abang suapkan," 

•°•°•°••°°•°°•°••°°•°••°°•°•°°•°•°°••°°•°•°•°•°•°•°°°•°•°••°•°

Disebabkan aku terlalu  fikirkan siapakah Tengku Aedy Kashaf, baru aku ingat di mana aku pernah jumpa dia. Rupanya salah seorang musuh aku ketika di sekolah menengah. Tapi kenapa waktu di butik haritu, dia seakan akan tidak kenal aku? Biarlah, bukan hal aku pun. Yang penting sekarang ni, baik aku kemas rumah. Kebetulan pula aku cuti dan Mak Imah pun cuti juga. Taknaklah susahkan dia kemas rumah. Gaji don't worry , tetap berjalan seperti biasa.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now