Chapter 8

329 16 1
                                    

Rayyan dan Aireen berehat di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen setelah keletihan mengemas barang barang milik mereka di dalam rumah baru mereka. Rayyan meletakkan kepalanya di atas riba Aireen. Aireen hanya membiarkan kelakukan suaminya itu. Mereka berdua hanya terdiam seribu bahasa.

"Sayang,nanti kita makan dekat luar aje lah. Sayang mesti penatkan nak masak," Rayyan mendongakkan kepalanya memandang isterinya itu.

"Tapi,area ni kan ramai yang kenal awak. Nanti dia orang tahu hubungan kita macam mana?" tanya Aireen pula.

"Kenapa kalau diaorang tahu? Tak suka ke?" Rayyan tidak menjawab pertanyaan isterinya itu malah sebaliknya.

"No bukan tu maksud Reen. Reen cuma tak bersedia untuk orang tahu. Iyalah awakkan ramai fans,mestilah diaorang akan kecam saya kalau diaorang dapat tahu hal ni," jelas Aireen. Rayyan yang berada yang sedang baring terus duduk sepertii biasa.

"Okay,abang faham. Sayang jangan risau,kita pergi makan dekat area rumah mama. Okay?" cadang Rayyan. Aireen hanya menganggukkan kepala bersetuju.

"Reen naik dululah. Nak bersihkan badan." baru sahaja Aireen mahu berdiri namun dihalang oleh Rayyan. Terangkat kening Aireen,tertanya tanya dibuatnya.

"Kita mandi sama sama jom," Rayyan memandang Aireen dengan pandangan nakal. Wajah Aireen terus kemerahan menahan malu dan geram.

"Apa awak merepek ni Rayyan. Tak payahlah," larang Aireen.

"Alaaa,bolehlah. Kali ni je,"pujuk Rayyan dengan wajah yang dibuat buatnya. Di dalam hati Aireen sudah cair tahap apa dah. Iyalah,tengok husband sendiri buat muka macam tu. Comel plus hensem.

"Malaslah saya layan awak ni. Merapu je minta," Aireen pergi meninggalkan Rayyan di ruang tamu seorang diri. Namun, Rayyan mengikuti Aireen ke dalam bilik.

Sebaik sahaja Aireen masuk ke dalam tandas, Rayyan dengan cepatnya turut masuk ke dalam tandas itu. Terjerit Aireen dibuatnya.

"Tengku Rayyan Mikael!!!" nasiblah siapa yang jadi jiran mereka berdua itu. Tiap tiap hari mesti dengar jeritan Aireen.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Dari menu diambil sehinggalah makanan yang dipesan sampai, Aireen hanya diam seribu bahasa. Rayyan sudah tidak senang duduk. Dia tahu Aireen mesti marah padanya tentang yang terjadi tadi. Itulah Rayyan orang dah larang tapi tetap degil nak.

"Sayang,"Rayyan mencuba memanggil namun dia sahutan malah Aireen hanya menikmati makanan yang ada di hadapannya. Lagi sedap makan dari layan orang yang ada di hadapannya.

"Sayang,"Rayyan mencuit tangan kiri Aireen namun ditepis.

"Sayang abang minta maaf sangat sangat. Abang tak sangka sayang marah sampaikan macam ni sekali. I'm sorry,"ucap Rayyan dengan lembut sekali. Namun tiada sebarang respon lagi. Rayyan mengeluh perlahan dan menikmati makanannya. Lepas ni baru sambung pujuk.

Rayyan mendekatkan dirinya dengan isterinya. Aireen hanya melihat perbuatan suaminya itu. Macam macam ragam betullah si Rayyan ni. Macam manalah boleh pikat ramai perempuan. Ops lupa, ada rupa kan. Mestilah ramai tertarik lagi lagi duit berkepok dalam poket. Sekali petik jari, berpuluh puluh yang datang.

"Aireen Mikayla,I'm sorry. Ya, abang tahu apa salah abang. Abang janji lepas ni abang dah tak buat. Janji," Aireen akhirnya berjaya dipujuk Rayyan. Dia pun malas juga nak marah lama lama. Takde faedah pun. Baik berdamai je.

"Okay,Reen maafkan abang. Abang tak payahlah berjanji bagai sebab Reen tahu nanti abang akan buat juga. Betulkan apa yang Reen cakap ni?" Rayyan tersengih sengih seperti kerang busuk.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now