Chapter 30

253 14 4
                                    

Harini kandungan aku sudah mencecah lima bulan. Walaupun baru sahaja lima bulan namun perut aku sudah jelas kelihatan seperti lapan atau sembilan bulan. Pelik juga aku. Bukan aku saja yang hairan, Rose juga sama.

Harini juga, Rose mengajak aku untuk membeli belah barang keperluan aku. Maklumlah baju aku sejak jadi mak buyung ni, semuanya tak padan. Nasiblah ada jubah dan dress yang besar sedikit. Bolehlah lindung baby bump dari terbentuk.

Kereta dipandu Rose ke pusat beli belah tidak jauh dari rumahnya. Ramai juga orang hari ni, nak kata cuti. Bukanlah. Aku keluar dari kereta dengan sedikit payah. Maklumlah berbadan dua ni bukan senang nak jalan jauh jauh. Banyak meragam . Itu bukan lagi bab alahan. Teruk sangat.

Pernah sekali aku merajuk tak keluar bilik sebab menangis nak pelukan Rayyan. Tapi aku sedar yang dia tiada dengan aku. Mereka semua buntu cari jalan nak tenangkan aku. Lastly , Hakim hantar gambar dan video Rayyan. Entah mengapa sejak dua menjak ni aku rasakan ingin berhenti belajar. Mungkin aku penat.

"Hello, mummy buyung," walaupun tidaklau terkejut sangat namun cukup membuatkan aku tersentak. Hakim rupanya. Datang juga rupanya. Aku lihat Rose yang tidak mempedulikan lelaki itu malah sibuk dengan telefonnya di tangan. Kini, Hakim kerap datang ke Korea. Katanya tak sampai hati nak tinggal aku dalam keadaan mengandung ni. Padahal berat hati nak berpisah dengan cinta hati.

"Datang rupanya. Ingatkan tak datang sebab ada dua orang tu bergaduh dan seorang tu merajuk," Rose mencubit tangan aku halus. Aduh! Sakit mat. Hish, ni kalau lama lama aku duduk sini. Tak lama lagi anak aku ni mewarisi perangai minah ini lah.

"Datanglah sebab nak pujuk orang tu. Kalau tidak nanti makin susah dipujuk,"

"Ish, takdenya susah pujuk. Sudah, penat dah merajuk. Jomlah masuk, kesian mak budak ni nanti," terbuntang mata Hakim apabila Rose mengatakan bahawa dia sudah tidak merajuk. Apa lagi tinggal aku seorang lah berjalan di belakang. Mereka berdua duk sibuk bercinta. Haih apalah nasib badan.

Rindunya pada Rayyan. Bercakap tentang Rayyan. Aku sudah pun membuat keputusan akhir. Aku harap semua bersetuju dan menyokong keputusan aku kali ini,"

"Kay! Jom makan. Lapar lah," tangan aku yang memegang botol air ditarik masuk ke sebuah kedai makan di dalam mall. Nasib tak jatuh botol air aku tu. Hish, minah ni suka betul main tarik tarik.

Aku hanya membiarkan mereka berdua memesan makanan manakala aku ralit melihat suasana di dalam pusat beli belah itu. Pelbagai ragam manusia ada. Budak yang menangis kerana ibu bapanya tidak mahu belikan mainan. Dua remaja lelaki dan perempuan bermanja bersama . Itu mengingatkan kenangan aku dan Rayyan.

Teringat ketika di rumahnya dahulu. Kami bersama sama membuat kerja rumah. Basuh kereta bersama. Sehinggakan habis basah lecun baju . Rayyan terjatuh kerana licin sabun dan apabila aku menghulurkan tangan aku untuk memudahkan dia bangun, dia menarik aku jatuh sekali dengannya. Kami berdua bermain sabun pula lepas itu. Perangai tidak jauh seperti budak budak.

Baru empat bulan aku dan Rayyan berpisah namun aku rasakan seperti empat tahun. Lambat betul waktu berjalan. Aku menarik nafas apabila teringatkannya. Tidak mahu emosi menguasai diri. Tak elok ibu mengandung menangis . Tidak baik untuk kesihatan.

"Reen macam mana kau harini? Sihat?" mereka berdua memandang aku. Senyuman dan anggukan aku berikan pada mereka.

"Kau jangan banyak fikir sangat Reen. Tak elok untuk kandungan itu nanti," lelaki itu tidak berhenti menasihati aku dari awal kandungan sampailah sekarang.

"Kim, Rose.. aku nak cakap sikit boleh?" tumpuan mereka terus beralih pada aku. Makanan di hadapan aku pandang lama. Sudah lama aku putuskan keputusan ini tapi aku tak tahu bilakah masa yang sesuai.

"About what?!" Rose kelihatan tidak sabar menanti. Nafas aku tarik mendalam dan melepaskannya perlahan.

"Reen dah fikir masak masak dan Reen putuskan untuk balik Malaysia dan berhenti belajar sampai baby lahir," lambat lambat senyuman terukir di wajah mereka. Tentu mereka tidak percaya dengan keputusan aku. Iyalah, banyak kali sudah mereka memujuk aku supaya pulang ke Malaysia dan berhenti belajar. Namun sekalipun aku tidak setuju. Kalini, aku buat keputusan tanpa paksaan sesiapa. Aku lakukan ini untuk masa depan anak aku.

...dan aku rindukan Rayyan .

"Omaigod Kay! I'm so happy for that. So , when your flight to Malaysia?"  itu cukup membuatkan senyuman terukir di wajah aku. Pelbagai perasaan yang bercampur sekarang ni. Gembira. Sedih.

"Hujung minggu ni. Korang nak ikut sekali ataupun tidak?" mereka memandang sesama sendiri. Berfikir agaknya.

"Tentulah nakk!"

"Ish, awak ni perlahan sikit suara. Habis orang pandang," Hakim sudah menundukkan wajahnya akibat malu dilihat orang sekeliling.

"Alah, peduli apa saya yang penting dapat pergi Malaysia,"

"Bolehlah awak bawa Rose jumpa ummi kan?" habis memerah wajah dua orang tu. Malu lah sangat.

"Kalau diikutkan plan lah memang nak bawa tapi orang tu lah pula . Setuju ataupun tak. Kalau setuju nanti datang Korea balik bolehlah hantar rombongan," keluarga Rose semuanya mualaf . Jadi tiada masalah untuk Hakim memulakan langkah pertama. Ummi pula? Tentulah ummi suka dapat menantu orang sini. Mesti comel anak mereka nanti.

Awal betul fikirkan anak orang lain . Anak aku ni belum lahir. Mesti muka dia macam aku. Kalau tak macam aku, tentulah seperti Rayyan. Mata berwarna hazel . Tentu comel.

"I don't mind asalkan orang tu pula ikhlas,"

"Tuan punya bandan dah kasi greenlight ni . Ha apa lagi Hakim, start lah,"

"Kita orang bila bila je boleh Reen. Kau tu bila nak jumpa Rayyan? Sampai Malaysia kau nak jumpa dia terus ke?" hajatnya begitu tapi kalau boleh nak jumpa ibu dan ayah dahulu.

"Entahlah tunggu masa yang sesuai lah. Tapi yang penting sebelum baby lahir. Kita tak tau apa yang akan jadi waktu proses lahirkan nanti. Mana tau umur aku tak panjang,"

"Ish kau ni Kay. Aku cili juga mulut kau nanti. Tak baiklah cakap macam tu. InshaAllah semuanya berjalan lancar," tangan aku diusap lembut Rose bagi menenangkan aku. Dia tahu pelbagai perkara yang sedang aku fikirkan sekarang. Disebabkan hal itu jugalah dia memaksa aku untuk pulang ke tanah air .

"Apa awak ni Reen. Semua akan baik baik saja. Jangan risau," aku dah cakap. Tak menyesal ada kawan macam mereka. Tak putus putus untuk hilangkan segala jenis perasaan negatif dalam diri aku. Jujurlah , siapa saja yang tidak takut untuk melahirkan anak . Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Takut mula menguasai diri. Perut aku yang sudah terbentuk aku usap perlahan lahan.

"Sudahlah jom kita pergi beli pakaian baby sikit sikit selepas makan ni. Nanti balik Malaysia kita sambung beli lagi," bab shopping ni memang kegemaran Rose lah. Lagi lagi kalau beli barang budak budak . Semuanya comel comel. Aku rasa macam semuanya nak beli tapi barang bayi bukannya murah. Harga dia pun boleh tahan cekik darah .

Aestbaby store menjadi kedai pilihan kami memandangkan pakaian pakaian di situ semuanya kelihatan cantik . Bak kat Rose aesthetic . Warna barang barang dekat situ kebanyakannya warna soft seperti baby blue ,pink dan hijau . Hakim pun turut sama memilih pakaian budak lelaki.

Terkaku aku melihat pakaian yang diambil mereka. Rose memilih barangan untuk bayi perempuan manakala Hakim untuk bayi lelaki. Kalau setakat satu dua jenis barang tidak mengapa. Ini satu set lengkap. Baju pula bukan sehelai dua tapi lebih tiga helai. Nasiblah aku cakap nak balik Malaysia. Agak agak kalau tak cakap nak balik sana, dengan semua peralatan mainan juga dia beli. Untung baby mummy sebab ramai orang sayang baby . Jadi anak baik tau. Mummy sayang baby sepenuh hati. Terima kasih sebab wujud dalam dunia ini.










To be continued.....

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now