Chapter 2

406 20 4
                                    

"Mama! Mika pergi dulu ya!" kata Rayyan yang sedang memakai kasut.

"Eh, Mika. Tunggu sekejap," arah Datin Sri Hannah kepada anak sulungnya itu.

"Ya, mama. Ada apa?" tanya Rayyan dengan penuh sopan santun.

"Mama nak tanya. Kamu ni single kan? atau dah ada girlfriend?" terbeliak mata Rayyan mendengar pertanyaan mamanya itu.

"Apa punya soalanlah mama ni. Ada ke patut tanya soalan macam tu,"elak Rayyan.

"Bukan apa,mama teringin sangat nak tengok Mika naik pelamin dengan isteri Mika . Kalau dah ada calon, bolehlah mama masuk meminang cepat cepat. Kalau belum ada, biar mama yang carikan. Macam mana?" tanya Datin Sri Hannah lagi.

"Belum kot. Okay, macam ni. Apa kata kalau Mika serahkan segalanya pada mama. InsyaAllah Mika terima je calon mama untuk Mika," balas Rayyan.

"Sukanya mama dengar. Kalau macam tu, nanti mama cari yang sama padan dengan Mika. Tapi,mama harap Mika tak kisah kalau dia berharta ataupun tidak. Okay?" sambung mamanya lagi.

"Ya mama. InsyaAllah tak,"balas Rayyan dengan senyuman di wajahnya.

"Okaylah Mika pergi kelas dulu ya. Asslaamualaikum," sambung Rayyan lagi lalu menyalami tangan mamanya dan terus menghidupkan enjin keretanya.

  Datin Sri Hannah hanya menghantar Rayyan dari muka pintu sahaja. Baru sahaja, Datin Sri mahu melangkah masuk ke dalam rumah, seseorang menekan loceng pintu pagarnya.

"Asslaamualaikum Datin Sri, saya Aireen anak kepada Aini. Ibu suruh datang sini ganti kerja dia ada hal yang nak diuruskan di bandar," gadis di hadapannya itu amat menyejukkan hati apabila melihatnya.

"Waalaikumusslam. Inilah anak Aini. Cantik manis je orangnya. Jomlah masuk,"ajak Datin Sri Hannah.

"Terima kasih, datin," ucap Aireen dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Gembira apabila masih ada orang yang melayannya dengan baik.

"Tak payahlah panggil datin. Panggil mama je. Mana tahu dapat jadi salah satu daripada keluarga ni,"kata Datin Sri Hannah dengan penuh kemesraan.

"Pandai datin bergurau,"

"Aip,mamalah," kata Datin Sri Hannah lagi.

"Maaf mama,"perlahan sahaja Aireen menyebut panggilan itu.

"Good girl. Okay sekarang mama nak panggil apa ni?" tanya Datin Sri Hannah dengan ceria.

"Panggil sahaja Reen," jawab Aireen pula.

"Cantik nama, sama macam tuannya," Aireen hanya mengukirkan senyuman. Nama itu adalah pilihan arwah opah dan akinya untuknya. Jujur, dia amat rindukan kedua duanya.

"Mama, apa yang Reen boleh buat? Ibu tak cakap pula tugas dia apa,"tanya Aireen kepada mama. Walaupun mereka baru sahaja kenal, namun Aireen berasa sangat selesa dengan Datin Sri Hannah seolah olah sudah kenal bertahun tahun.

"Hrm biasanya Aini akan menyapu bahagian garaj kereta lepastu bahagian koridor. Vakum ruang tamu hanya sekali seminggu . Lepastu, dia akan mengemas semua bilik bilik dekat atas. Tapi Reen kena ingat. Kalau Reen masuk bilik berwarna biru, jangan sentuh atau ganggu pun barang barang yang ada dekat almari dia. Nanti tuan bilik tu mengamuk," panjang lebar Datin Sri berkata, siap tambah peringatan lagi.

"Baik mama, Reen pergi kemas sekarang erk," kata Aireen kepada Datin Sri Hannah.

"Eh Reen. Kamu tahu ke mana tangga?" tanya mama kepadanya.

"Hehehehe...enggak sih," kata Aireen sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah agak dah. Reen jalan straight lepastu sebelah akuarium tu ada taman kecil. Reen jalan lagi lepastu ada tangga dekat situ. Hehehe, jauh sikit tangga dari ruang tamu ni. Mama pun letih juga nak boleh ke sampai ruang tamu ni," jujur Aireen kagum dengan rumah ini. Besar sangat.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now