Sejak menjadi isteri Rayyan, Aireen mendapat ramai kawan kerana dia sudah mula ramah dengan semua orang. Rayyan turut gembira dengan sikap isterinya yang sekarang. Seorang yang ceria dan banyak mulut juga.
"Reen, weekend ni nak tak kita pergi hang out? dah lama aku tak hang out dengan member tau tak," cadang Fatin.
"Haah tu Atin, jomlah Reen. Ni first time tau ajak kau hang out sekali. Before this malu malu kucing gitu," balas Izzah pula.
Aireen berfikir sejenak. Dia memandang kedua dua wajah rakannya itu silih berganti.
"Aku tanya husband aku kejap boleh kan?" tanya Aireen meminta kepastian.
"Ya Allah, tanya je lah. Kita orang bukannya ajak kau derhaka dekat suami. Ya Allah Reen." ketawa mereka dibuatnya dengan kata kata Izzah itu.
"Sekejap erh," Aireen terus mendail nombor telefon suaminya.
"Assalaamualaikum, abang. Boleh tak weekend ni Reen nak hang out dengan Izzah dan Fatin? .... shopping kompleks lah kot... betul ni?.... thanks abang, nanti balik Reen masak fav food abang. Byee, mwah." Izzah dan Fatin di hadapannya hanya memandang cemburu dengan perbualan suami isteri itu.
"Haih, bilalah aku nak kahwin juga. Jiwa single ku meronta." Izzah membuat dramanya.
"Nasib aku dah ada calon," tersedak dua orang temannya apabila Fatin berkata demikian.
"Siapa?" serentak Aireen dan Izzah bertanya.
"Rahsia. Nanti bila masa dah sesuai aku bagitahu lah. Korang ni sabar je lah. Takyahlah kabut sangat nak tahu sebab aku rasa kalau korang tau, tak excited sangat pun." Fatin memang begitu, suka berahsia. Tapi itu tidak membimbangkan Aireen, yang membimbangkannya adalah jikalau Fatin merahsiakan jikalau mereka berdua terguriskan hatinya tanpa mereka sedari.
"Ish, kau ni Fatin asyik rahsia rahsia rahsia. Takkanlah pasal calon suami pun nak berahsia. Bagitahu lah," pujuk Izzah.
" Nantilah, weekend ni aku ceritalah. Korang ni sabar lah sikit ,"
"Janji okay?" bimbang jikalau Fatin membongak mereka berdua.
"Dahlah, aku balik dululah. Husband aku dah message ni, apa apa just chat okay?" Aireen meminta diri untuk pulang memandangkan suaminya sudah selesai kelasnya.
"Sayang, jom," Rayyan muncul bersama sama dengan Fariz dan Ikhwan . Fariz tidak menoleh ke arah mereka malah melihat ke arah meja rakan rakan Aireen yang sedang berbual.
Rayyan, Aireen dan Ikhwan hanya memandang Fariz dengan hairan. Dipanggilnya juga tidak menyahut.
"Weh, Fariz!! Kau dah kenapa pandang dorang semacam je," Ikhwan menepuk bahu Fariz dengan kuat. Tersentak Fariz dibuatnya.
"Takde apalah, jom lah balik. Aku dah lapar ni," Fariz segera meninggalkan mereka tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Ikhwan itu tadi.
"Ouh.. patutlah..," kata Aireen dengan tiba tiba. Makin bertambah hairan Rayyan dibuat mereka.
"Apa yang patut tu sayang?"
"Nanti Reen cerita dalam kereta. Jom balik. Nak masak makanan kegemaran abang pula ni. Hehehehe, excited." Rayyan memeluk bahu Aireen lalu menuju ke tempat letak kereta.
Dalam masa yang sama tetapi situasi yang berlainan, sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua dengan satu perasaan yang tidak mampu ditafsirkan.
'Korang tunggu je nanti, aku akan pastikan rumah tangga korang berantakan. Kau belum kenal lagi aku yang sebenarnya,' bisik hati jahat orang itu.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
AcakSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...