Lebih kurang 5 jam , kami berdua sampai juga di lokasi yang kami rancang. Aku dan Rayyan segera ke kaunter pendaftaran hotel untuk mengambil kunci bilik. Bilik semua dah ditempah Rayyan secara online. Tak perlulah bersusah payah menunggu untuk daftar.
"Sayang, tunggu sini sekejap okay? Abang nak pergi dekat kereta sekejap. Dompet abang tertinggal dalam kereta rasanya. Sekejap eh," aku pun berjalan ke sofa di hadapan kaunter pendaftaran.
Dalam menunggu suami aku, sempat aku scroll Instagram. Tiba tiba masuk satu mesej di Instagram aku. Aku ni bukanlah rajin sangat baca mesej orang. Lagi lagi yang tak kenal. Memang aku ignore je. Tapi entah kenapa yang ini buat aku curious nak tahu siapa and kenapa.
kxsh
Hey, pretty 💗
Terkejut beruk aku mendapat mesej sebegitu. Pretty kepala otak dia . Tapi ni siapa erh?
Who are you?
Finally , reply pun. Ingatkan sombong.
Reply lah sebab kau ttiba dm org . Aku kenal kau ke?
Yes baby. you know me.
Baby kepala kau. Sejak bila aku jadi anak kau?
Garangnya you ni. Ni buat I makin suka ni.
Euww, suka suki beruk kau je nak suka aku. Kau ni siapa ha? Kalau kau nk ganggu aku sorry aku tak suka. and fyi aku dah kahwin.
Hahahaha.. you ingt your husband tu ikhlas ke kahwin dengan you. Dia tu kan playboy.
How dare you talk bad about my husband. Sebelum mengata orang lain , cermin diri sendiri tu dulu dahlah tiba tiba je dm orang. Ni mengata suami aku plak ,kau nak apa sebenarnya?
Geram pula aku lama lama mesej dengan mamat ni. Nak je kalau aku jumpa aku terajang je . Suka suki dia je tabur fitnah kat suami aku.
I will do anything untill you're mine , Aireen Mikayla .
Makin lama dilayan makin seramlah pula. Baik aku block je senang cerita. Aku terus menekan butang block dan fuh aman hidup aku tanpa gangguan. Tidak lama selepas itu, Rayyan kembali ke arah ku bersama dengan kunci bilik kami. Apa lagi , terus aku tersenyum tak lekang seperti kerang busuk. Excited gamaknya.
"Jom my honey!" Tangan aku terus digenggamnya dengan erat. Alaa sweetnya, memang cairlah macam ni dengan suami sendiri.
"Why you look at me like that, baby?" aku mendekatkan lagi wajahku dengannya agar dapat melihat wajahnya dengan lebih terperinci. Tiada sebarang cacat cela yang terconteng di wajah tampan Tengku Rayyan Mikael ini. Patutlah jadi kegilaan para wanita rupanya perfect je suami aku ni. Untung juga aku dapat dia sebagai suami tercinta.
CUP!
Terkesima aku dengan perbuatan Rayyan itu. Mata aku betul betul membulat. Terasa bahang di wajah aku. Mungkin Rayyan lihat wajah aku 100% bertukar warna merah kerana malu akan hal itu.
"Itulah, tenung abang semacam je. So, abang bagilah hadiah untuk honey abang ni. Malu dah dia ni," hidung mancung aku ditarik manja dan aku hanya menunduk tersipu malu diperlakukan sebegitu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Rayyan
AléatoireSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...
