Chapter 6

386 20 1
                                    

"Jom,"ajak Rayyan kepada Aireen yang baru sahaja keluar dari kereta miliknya.

Aireen menganggukkan kepala lalu menghadiahkan satu senyuman yang ikhlas untuk suaminya. Aireen mengikuti langkah suaminya dari belakang. Langkah Aireen yang terlalu perlahan membuatkan Rayyan memberhentikan langkahnya.

"Why?"tanya Aireen apabila melihat Rayyan berhenti secara mengejut. Pertanyaan Aireen tadi tidak dibalas malah Rayyan memaut tangan Aireen lalu mula berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah itu.

Sungguh berbunga hati Aireen dengan perbuatan suaminya itu. Rayyan hanya menunjukkan senyumannya sahaja. Sungguh tampan Rayyan,Aireen melihatnya. Semua yang berada di situ tersenyum senyum melihat pasangan suami isteri itu. Sungguh serasi mereka dipadankan bersama.

"Kau nak beli apa?"tanya Rayyan sambil memegang tangan Aireen lagi.

"Tak tahu. Saya rasa tak perlu beli apa apa kot. Awaklah,beli barang yang awak nak,"balas Aireen sambil memandang Rayyan yang tinggi darinya. Comel je pasangan ni.

"Okay,jom ikut aku,"Rayyan menarik Aireen mengikutinya.

Aireen sedikit kepelikan apabila Rayyan melangkah masuk ke dalam butik pakaian perempuan. Pekerja pekerja di situ memandang Rayyan dengan pandangan yang mudah ditafsirkan. Nak mengorat suami oranglah tu. Tapi Rayyan ni pun satu hal,buat apa dalam butik ni. Dahlah semua baju dekat sini lawa lawa. Tak sesuai langsung dengan aku kalau tengok harga.

"Pilih yang mana kau berkenan. Aku nak kau pilih lima helai. Tiada bantahan. Aku mampu. Ni kali pertama aku belanja kau dan engkau orang pertama yang aku tawarkan untuk beli. Jadi, sila rasa beruntung kerana anda mempunyai suami yang baik seperti saya. Sekian, anda boleh pilih." terkaku Aireen dengan kata kata Rayyan. Laju bukan main tak nak bagi aku potong. Pilih je lah Aireen,orang dah bagi. Tak elok tolak.

'Tapi aku nak pilih yang mana. Semua cantik,tapi tak sesuai dengan aku,' Aireen mengeluh namun cukup didengari Rayyan di belakangnya. Buat apa ikut pilih sekali pun tak tahu.

Hampir sejam, Aireen akhirnya selesai memilih empat helai sahaja. Betapa struggle dia memujuk Rayyan kurangkan lima helai jadi empat sehinggakan pekerja pekerja di situ tersenyum melihat telatah pasangan itu. Aireen amat lain dari perempuan yang pernah dia temui. Dia percaya Aireen bukan jenis yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan seseorang.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now