Langit malam seolah olah memberikan aku ketenangan. Indah betul ciptaan-Nya. Bulan, bintang. Masing masing memainkan peranan yang telah ditetapkan. Sedang ralit mendongak ke langit melihat bulan dan bintang bintang yang bekerlipan, aku rasakan satu tangan melingkar di bahagian pinggangku. Aku memusingkan badanku, dan benar tekaan ku. Itu ialah suamiku, Rayyan. Lelaki yang berada di hadapanku hanya memberikan aku senyuman yang benar benar membuatkan hatiku makin berasa tenang dengan segala masalah yang berada di benak fikiranku ini.
" Sayang abang tak habis lagi ke termenung?" tangannya masih lagi memeluk pinggangku. Aku hanya membiarkan suamiku berbuat demikian.
" Taklah, Reen saja nak ambil angin malam. Tengok tu, bulan malam ni cantik."
" Haah, cantik. Tapi, abang tak suka sangat bulan. Abang suka matahari," aku memandang Rayyan di hadapan dengan tertanya tanya.
" Kenapa abang suka matahari? Bukan ke matahari tu panas?"
" Iya, memanglah matahari tu panas, tapi dia lah menyinari hari hari abang. Sama macam sayang, sayanglah yang sentiasa menyinari hidup abang." aku tergelak kecil mendengar kata kata Rayyan.
" Sejak bila abang pandai buat perumpamaan macam ni. Selama ni tak pernah pun,"
" Sejak, bidadari yang bernama Nur Aireen Mikayla ni muncul dalam hidup saya," Rayyan mencuit hidung aku dengan lembut. Tipulah kalau muka aku tak merah. Agak agak kalau orang lain nampak mesti dia orang cakap, pakai make-up 3 inci tebal. Begitulah kira kira.
" Pandainya mengayat orang sekarang ni. Baik abang jujur, belajar dari mana?"
" Fariz yang ajar abang, abang pun pelik sejak bila dia pandai mengayat perempuan ni." baru aku teringat akan sesuatu.
"Abang, Fariz dah ada girlfriend ke?"
" Tak silap abang, takde. Kenapa? Nak ngorat dia ke?" merapu aja kerjanya.
" Ish, bukanlah. Buat apa nak ngorat orang lain kalau orang yang Reen sayang dah ada depan mata ni ha,"
" Iya ke?" tanya suami aku lagi. Betullah kata mama, anak lelaki dia ni lain dari lain sedikit.
" Bukan apa, abang ingat tak lagi haritu yang Fariz pandang kawan Reen lama?"
" Haah, kenapa?"
" Fatin cakap, dia dah ada calon. And then, dia taknak bagitahu lagi siapa sebab dia tahu kalau Reen dan Izzah tahu, kita orang akan terkejut. Dan dari pandangan Fariz dekat Fatin, macam ada something fishy. Macam calon yang Fatin cakap tu..."
".... Fariz?" sambung suami aku. Aku hanya menganggukkan kepala.
" Kalau betul, baguslah. Jumpa juga Fariz dengan orang yang berjaya curi hati dia,"
" Itulah, baguslah kalau macam tu. Kita doakan yang baik baik je untuk dia orang. Kalau betul Fariz dengan Fatin maknanya, Izzah dan Ikhwan je lah yang belum jumpa pasangan. Kalau ada rezeki, mana tau jodoh Ikhwan dengan Izzah. InshaAllah, mesti seronokkan,"
" Haa, cakap pasal rezeki, sayang tak rasa macam rumah ni sunyi ke?"
" Memanglah sunyi, kita berdua je yang tinggal di sini. Lainlah kalau mama dan Raina tinggal sekali dengan kita,"
" Bukan yang tu tapi budak." aku memandang Rayyan dengan pandangan tidak memahami apa yang ingin disampaikan olehnya.
" Bila kita nak ada anak, baby?" tercengang aku dibuatnya dengan soalan Rayyan itu.
" Kalau ada rezeki, adalah zuriatnya. InshaAllah," aku memegang tangan Rayyan sambil tersenyum.
"Sayang, kan haritu abang ada cakap tentang maid, driver dan bodyguard kan? Haa, dia orang akan mula kerja esok."
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Rayyan
RandomSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...
