Chapter 22

168 15 4
                                    


Ketang Ketung !!

Terkejut aku terdengar bunyi itu dari tingkat bawah. Rayyan yang lena diulit mimpi pun turut terjaga.

"Bunyi apa tu sayang?" jam di dinding telah menunjukkan tepat jam 7.00 pagi. Lepas subuh tadi, dua dua tertidur sebab masih letih. Biasalah jauh perjalanan.

"Reen turun tengoklah. Abang pergilah mandi. Nanti Reen naik mandi pula," Rayyan hanya menganggukkan kepala dan menuju ke tandas. Aku pula turun ke dapur untuk mencari punca bunyi itu.

Terbuntang mata aku tengok dapur mama yang dipenuhi dengan tepung, lantai penuh dengan sisa kulit bawang dan kabinet habis berminyak. Mata aku melirik ke arah tuan yang membuatnya. Siapa lagi kalau bukann...

"Ya Allah Raina! Apa Rai buat ni? Habis bersepah dapur mama, ni kalau mama turun kejap lagi tengok keadaan macam ni gamaknya bebelan lah ." Raina hanya tersenyum seperti kerang busuk. Haih, terpaksalah aku tolong adik ipar aku kemaskan dapur. Kalau tak, faham fahamlah apa jadi.

"Rai nak masak apa ni? Cuba cakap dekat akak, mana tahu akak boleh tolong?"

"Rai nak try buat nasi goreng. Haritu Rai dah try dah , sedap.. Tapi, Rai lupa dah resepi dia," cepat betul lupa budak ni. Sebiji macam abang dia tu.

"Okay biar akak tolong. Rai tolong akak potong bawang okay?"

"Okay," dia terus mengambil bawang yang telah aku pilih dah ke dalam bekas. Selesai sahaja dia memotong, dia setia di sisi aku untuk melihat cara cara memasak nasi goreng. Nampak macam desperate sangat je nak belajar masak ni. Macam ada something fishy lah .

"And.... dah siap,"

"Finally!!" dia bersorak keriangan . Amboi kemain lagi bersorak .

"Apa bising bising kat dapur ni?" tiba tiba mama pun muncul dari biliknya. Aku dan Raina tersenyum melihat mama .

"Ni, anak perempuan mama sorang ni happy sebab berjaya masak nasi goreng untuk breakfast kita semua," aku memberitahu mama.

"Bukan Rai pun yang masak sepenuhnya. Akak yang ajar Rai. Hehe, jomlah makan mama." Raina dan mama telah menuju ke meja makan. Aku pula sedang membuat air.

"Reen jomlah makan!" panggil mama.

"Yes, Reen datang," air yang siap aku bancuh diletakkan di atas meja. Rayyan belum turun lagi, better aku naik panggil.

"Abang, jom turun makan. Sarapan dah siap," aku memanggilnya yang sedang menyikat rambut. Alhamdulillah bukan belah tengah.

"Sedapnya bau nasi goreng ni. Siapa masak?" aku menunjukkan ke arah Raina.

"Biar betul kau yang masak dik? Kau letak apa dalam nasi goreng ni? Selamatkan aku nak makan? Kau tak letak apa apa bahaya dalam ni kan?" mulut laki aku ni , nak je aku gomol dengan cili dalam peti tu. Sesedap mulut dia je .

"Ish, apa kau ni bang. Kau ingat aku kejam sangat ke nak bunuh kau. Agak agaklah. Anak saudara pun aku tak dapat lagi. Kalau nak bunuh kau kenalah ada anak saudara dulu," aku buat buat tidak peduli akan dua beradik itu .

"Ish korang berdua ni. Pantang berjumpalah asyik bergaduhhh aje. Cuba berdamai. Turunkanlah ego masing masing ya?" tegur mama di hadapan aku. Aku mengangkat ibu jari aku kepada mama. Friendly gila aku dengan ibu mertua aku. Siap gurau gurau manja lagi. Kau ada? Takde ? Sebab apa? Sian single . ( aku yang tulis pun terasa )

"Bukan gaduh gaduh betul pun mama. Gaduh manja je ni, kan Rai kan?" Keningnya diangkat sambil memandang adik perempuannya itu.

"Haa, alang alang semua ada ni. Mama nak bagitahu yang  Aedy dah nak kahwin hujung bulan ni,"

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now