Rayyan menuju ke dapur rumahnya. Dia hanya tinggal seorang diri memandangkan Aireen sudah pun tinggalkan dia. Setiap inci sudut rumah mempunyai memori indah mereka berdua. Dia rindukan isterinya. Dia telah membuat keputusan untuk ke Korea pada esok hari. Walaupun hanya boleh dilihat dari jauh, namun itu cukup membuatkan hatinya tenang.
Kring! Kring!
Telefonnya berdering menandakan seseorang menelefon. Tertera nama Hakim di skrin iPhone 13 miliknya .
"Ha , kenapa kau call aku ni Kim?"
"Yan, tiket flight kau esok pukul berapa?"
"Pukul 9 pagi. Why?"
"Kau pergi sorang ke?"
"Haah, kenapa. Kau nak ikut ke?"
"Kalau kau kasilah. Aku nak ikut juga, memandangkan aku tak busy sangat. Seminggu je lah ,"
"Okay, kau book tiket sekali ke asing?" tanya aku lagi.
"Asinglah. Aku pergi malam ni. Aku carikan rumah terus lagipun kawan aku ada yang duduk dekat sana so senanglah,"
"Okaylah kalau macam tu. Biar aku hantar kau je lah malam ni dekat airport. Kebetulan malam ni aku nak pergi rumah mama aku, so ikut jalan tu lah."
"cantik, raklu pape roger," mak ai mamat ni. Kemain raklu lagi. Panggilan terus ditamatkan. Rayyan menuju ke bilik untuk mengemas pakaian. Malam ni banyak kerja yang nak dilakukan. Takut pula tak sempat nanti. Tak pasal pasal gelabah.
Lagu bagaimana yang dinyanyikan oleh Muna Syahirah dan Zack Zakwan dimainkan di radio. Sungguh kena dengan keadaannya yang sekarang.
Aku yang masih mencintaimu
Dikala kasihmu terasa jauh
Jika untuk sementara
Walau hanya seketikaKu sunting diriku memujukmu
Aku yang masih mencintaimu
Terlalu merindu bila kau jauh
Kita tak mungkin bersamaWalau apapun caranya
Sukar untuk diriku rasa ini
Bagaimana harus ku pertahankan
Cinta yang hampir kelam
Dari pelukan hatimuSeterdaya untuk ku membuktikan
Keihklasan yang tahuMencintaimu
Bagaimana harus ku pertahankan
Rasa yang hampir hilang
Dari genggaman hatimu
Mungkin hanya sampai di sini sajawalau jiwaku terbuku mencintaimu
Sungguh kena lagu itu dengan dirinya . Bagasi ditenungnya dengan lama. Alangkah indahnya jikalau Aireen kembali ke pangkuannya. Tapi apakan daya nasi sudah pun menjadi bubur. Baju baju yang bertaburan di atas lantai dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasi miliknya itu .
Dia mengatur langkah ke dapur . Perutnya sudah diminta diisi maklumlah kali terakhir makan pun semalam dalam pukul 2 pagi. Sekarang ni sudahpun pukul 1 petang. Hampir 12 jam jugalah dia ikat perut. Ikat perut pun bersebab. Dia rindukan Aireen sehinggakan tiada selera untuk makan. Itulah bila ada tak dihargai, tapi bila sudah hilang dari pandangan mula lah menyesal , rindu .
Bawang merah dipotong halus dan ditumbuk menggunakan lesung batu. Dia ingin membuat nasi goreng mentega yang diajar isterinya sewaktu mereka masih lagi bersama. Masakan isterinya yang paling digemari.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Rayyan
RandomSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...