Chapter 3

376 19 2
                                    

Aireen memasuki perkarangan universiti dengan tergopoh gapah memandangkan dia sudah terlewat untuk menghadiri kelas. Tambahan pula, dia dikehendaki membentangkan assignment yang diberikan memandangkan dia sudah terlepas pada minggu lepas kerana ibunya menyuruhnya mengganti tempatnya.

"Auch!" Aireen mengaduh kesakitan apabila dia terlanggar seseorang yang datang dari arah yang berlawanan lalu menyebabkan Aireen terjatuh.

"Woi perempuan! Kau ni buta ke? Orang jalan pakai mata kau jalan pakai lutut. Serabutlah aku dengan kau ni!" bengang Rayyan. Ikhwan dan Fariz yang sedang mengejar Rayyan, berhenti tidak jauh daripada Rayyan dan Aireen apabila melihat kejadian itu.

"Tak,sekarang ni, siapa yang langgar siapa? Ni jalan saya tau. Laluan awak, seberang sana tu. Sebelum nak tengking atau marah orang, cermin diri sendiri tu dulu," marah Aireen pula.

"Berani kau lawan aku. Kau ingat kau hebat sangatlah nak lawan aku," ujar Rayyan pula.

"Sekarang ni, bukan pasal berani atau pengecut. Tapi awak tu sedarlah diri sikit. Jangan nak rasa yang diri awak je betul. Tak semestinya awak tu orang kaya, kami yang bawah awak ni kena tunduk hormat dekat awak. Awak pula layan kami semua ni macam sampah. Itu ke hebat bagi awak? Buang masa je bagi nasihat kalau satu benda pun tak ikut," Aireen pergi meninggalkan Rayyan seorang diri di situ. Muka Rayyan membahang akibat menahan marah. Aireen benar benar menguji kesabarannya.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

"Assalamualaikum," Mak Cik Aini terus bergegas ke luar rumah setelah mendengar orang memberi salam.

"Waalaikumussalam," jawab Mak Cik Aini. Terkejut dia apabila melihat Datin Sri Hannah dan beberapa orang yang lain di hadapan rumahnya.

"Eh datin,masuklah. Maaflah rumah saya kecil sahaja," ujar Mak Cik Aini.

"Eh,tak mengapa. Saya datang sini sebenarnya ada hajat," terus terang Datin Sri Hannah.

"Datin,maaf lambat. Tadi ada hal sikit," Pak Cik Mail baru pulang dari kebunnya turut menyertai mereka.

"Apa hajatnya itu datin?"tanya Mak Cik Aini.

"Kami datang sini sebab nak satukan anak perempuan kamu, Aireen dengan anak lelaki saya, Rayyan Mikael. Jadi saya ni nak minta persetujuan Aireen dan juga kamu berdualah. Memandangkan Aireen di universiti, boleh kamu tanya dia dahulu?" tanya Datin Sri Hannah lagi.

"Boleh sahaja. Sekejap ya. Aini jom ikut abang," Mak Cik Aini hanya akur lalu menuju ke dapur.

"Aini aku rasa,kita tak payahlah tanya persetujuan Aireen bagai sebab aku tahu dia takkan terima. Kita cakap je dekat datin tu yang Aireen setuju. Nanti kita bolehlah minta duit dari Aireen tiap tiap bulan," ujar Pak Cik Mail.

"Betul juga kata abang. Dahlah jom pergi depan," Mak Cik Aini berlalu dari situ meninggalkan Pak Cik Mail yang masih kaku di situ.

"Aini, Mail? Macam mana? Dia setuju?" tanya Datin Sri Hannah dengan sedikit teruja.

"Alhamdulillah dia setuju. Tapi,tentang hantaran dan mas kahwinnya macam mana?" tanya Mak Cik Aini dengan sedikit keberaniannya.

"Jangan risau,itu semua kami uruskan." Datin Sri Hannah mengukirkan senyuman bahagia di wajahnya. Anak sulong nak kahwin, mak ayah mana yang tak bahagia.

"Alhamdulillah, jadi majlisnya boleh diadakan bila?"tanya Mak Cik Aini.

"InsyaAllah secepat yang mungkin. Mungkin akhir bulan depan, boleh? Lagipun, Rayyan setuju sahaja apa perancangannya," jelas Datin Sri Hannah.

"Kami okay sahaja,"balas Pak Cik Mail.

"Alhamdulillah,kalau macam tu. Kami minta diri dulu ya. Tak sabar pula nak berbesan," ujar Datin Sri Hannah dengan nada yang amat teruja kepada mereka berdua.

"Kami pun,"balas ibu Aireen.

Mereka pun pulang dari rumah Aireen. Pak Cik Mail dan Mak Cik Aini masing masing mempunyai agenda yang tersendiri. Kesian betul nasib Aireen. 

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

"Reen! Sini sekejap!" laung Mak Cik Aini dari ruang tamu. Aireen yang sedang menyiapkan tugasnya terus keluar dari biliknya.

"Ya ibu,ayah. Ada apa?"tanya Aireen lalu mengambil tempat duduk di hadapan kedua dua ibu bapanya.

"Aku nak bagitahu yang kau akan jadi isteri orang hujung bulan depan. Aku dah pun setuju dan terima lamaran tu. Kau tak boleh sekalipun membantah,"tegas Pak Cik Mail.

"Ibu,ayah. Tapi kenapa? Kenapa Reen kena kahwin dengan pilihan ibu dan ayah? Reen tak nak kahwin lagi," Aireen betul betul terkesan dengan perbuatan kedua dua orang tuanya itu.

"Ni bukan pilihan aku tapi ada orang yang datang melamar kau. Kau nak tahu siapa orang tu?" Mak Cik Aini memandang tepat ke arah Aireen.

"Siapa?"tanya Aireen sedikit lemah.

"Orang tu adalah Datin Sri Hannah. Aku nak kau setuju. Suka hati kaulah, nanti kau kahwin kau bahagia atau pun tak. Itu hal kau. Tapi, yang aku tahu, kalau suami kau bagi kau duit. Aku nak kau serahkan duit tu pada aku. Faham?" tegas Pak Cik Mail.

"Aku tak kira,hujung bulan depan. Kau kena kahwin!" kata Mak Cik Aini lalu pergi meninggalkan Aireen di ruang tamu. Begitu juga Pak Cik Mail.

Aireen hanya mampu meluahkan rasa yang dipendam dengan menangis. Dia tiada sesiapa untuk dia luahkan segala apa yang terbuku di dadanya.

°•°•°•°•°•°•°•°••°°•°•°°•°•°•°°•°•°•°•°°•°•°•°°•°•°•°•°•°•°•°°

Keesokan harinya, Aireen ke universiti dengan wajah yang sedikit pucat akibat terlalu banyak menangis pada malam tadi.

Semasa perjalan dia ke kelas, dia terserempak dengan Ikhwan yang juga turut menuju ke kelas. Lelaki itu menegurnya buat pertama kali setelah memasuki universiti.

"Hey,Reen." sapa Ikhwan dengan senyuman yang sudah lama tidak dilihatnya.

"Hey,Ikhwan,"balas Aireen dengan senyuman yang dibuatnya.

"Kenapa Reen nampak pucat je ni? Reen sihat tak?" sikap Ikhwan yang selalu mengambil berat membuatkan Aireen berasa senang dengannya.

"Alhamdulillah Reen sihat je lah. Maybe tak cukup rehat je kot,"elak Aireen.

"Reen, don't lie please. Pak cik mail dan mak cik aini buat awak lagi kan? I know it Reen. Ikhwan ni kawan dengan Reen sejak dari dulu lagi tau," Aireen hanya tersenyum mendengar kata kata Ikhwan.

"Nak buat macam mana Iwan. Reen ni anak dia orang. So, Reen kenalah ikut cakap diaorang,"

"Even terpaksa?" sambung Ikhwan.

"Yeah,even terpaksa sekalipun. Reen tetap kena ikut cakap dia orang." Reen menyambung.

"Reen.."Ikhwan mengeluh panjang sambil menyebut namanya.

"Ikhwan, Reen pergi dulu ya. Nanti lambat pula. By the way, seronok berbual dengan Ikhwan. Kalau ada masa lagi, nanti kita borak lagi. Bye," Ikhwan hanya memandang Aireen dari jauh. Dalam hatinya dia kesiankan gadis itu. Gadis yang selalu menceriakan harinya ketika di sekolah menengah dan juga di universiti.

'Aku akan tolong kau Reen. Aku akan lindung kau,' bisik hati Ikhwan.



Haaa sudah..Mana satu ni...

To be continued...

Mrs. RayyanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang