Empat bulan kemudian...
Rayyan mundar mandir di hadapan bilik bersalin. Mama, ibu , ayah dan yang lain turut menunggu di situ.
"Hei, Rayyan! Rilek la , semuanya okay," Hakim menepuk belakang badan Rayyan yang masih setia di hadapan pintu.
"Baik Rayyan pergi buat solat sunat dulu. Minta pada Allah supaya urusan Aireen dipermudahkan dan semuanya baik baik sahaja," Rayyan hanya akur dengan arahan mamanya. Sebagai suami, siapa je tak risau.
Air wudhuk diambil dengan penuh penghayatan agar solat yang akan ditunaikan itu diyakini sah.
Selesai sahaja melakukan solat sunat hajat, kedua dua telapak tangan diangkat sedikit tinggi untuk memohon doa pada Allah SWT.
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau permudahkanlah urusan isteri aku dalam melahirkan anak kami ya Allah. Engkau ampunkanlah dosa dosanya samada kecil atau besar. Engkau berikanlah kekuatan padanya untuk melahirkan anak kami dengan sempurna. Ya Allah, aku tidak kuat melihat isteri aku dalam kesakitan maka kau kuatkanlah aku agar dia dapat bertahan. Aku memohon kepadamu ya Allah yang maha mengasihani lagi maha penyayang. Aamiin.." doa yang dipohon itu penuh dengan penghayatan. Dengan segera dia kembali ke tempat tadi. Sebaik sahaja dia sampai, kelihatan doktor sedang berbual dengan ibu dan ayah.
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?"
"Saya minta maaf... isteri encik..."
*¨✼•.¸¸.•ᓭི༏ᓯྀ*¨✼•.¸¸.•ᓭི༏ᓯྀ*¨✼•.¸¸.•ᓭི༏ᓯྀ•.¸¸.•✼*¨*
RAYYAN POV
Aku merenung kedua dua wajah anak aku. Ya, Aireen melahirkan dua bayi kembar tidak seiras. Seorang lelaki manakala seorang lagi perempuan. Bayi perempuan sama seperti wajah Aireen yang lelaki pula mestilah macam muka aku.
"Anak anak baba ni comellah. Nanti besar jangan nakal nakal tau. Penat Baba nak kena jaga dua orang serentak. Kesian dekat baba tau,"
"Rayyan.." mama membuka pintu dengan perlahan supaya budak comel dua orang ni tidak terjaga dari lena .
"Nyenyak betul dua orang ni tidur," mama berdiri di sebelah aku sambil menatap wajah anak anak aku.
"Rayyan rindu sangat pada Aireen," perlahan sahaja suara aku berkata. Mama memandang aku dengan wajah yang muram.
"Kesian Qalisha dan Qalif kena tinggal umminya," mata aku masih lagi tertumpu pada kedua dua anak aku.
"Ish kamu ni. Bukanlah Aireen pergi jauh pun. Dia pergi beli barang dua budak ni juga ha. Jangan nak buat drama sangatlah kamu ni Rayyan," lengan sasa aku ditepuk kuat mama. Ish, nak buat drama sikit pun tak oleh.
"Hehe, mama ni bagilah peluang Rayyan nak jadi pelakon. Mana tahu nanti dapat buat movie sendiri. Ha, kita tak tahu perancangan Allah macam mana,"
"Iyalah kamu ni. Sejak jadi bapa budak makin menjadi jadi dramanya tu. Macam manalah Aireen tu boleh tahan layan perangai kamu ni. Kalau mama ni dah lama penat,"
"Amboi mama kutuk anak mama sendiri ni tau,"
"Assalamualaikum," barang yang dipegang isteri aku segera aku ambil. Baru sahaja beberapa hari lepas dari pantang, tapi dah mula buat macam macam kerja dah. Ni pun, aku dah larang dia pergi kedai sendiri, lepastu dia pujuk aku sebab nak pergi dengan bakal pengantin baru iaitu Rose dan Hakim. Terpaksalah aku setuju walaupun sukar ya.
END RAYYAN POV
Alhamdulillah proses aku melahirkan dua bayi kembar berjalan dengan lancar. Tempoh berpantang aku pun dah lepas lima hari yang lepas. Berkat doa orang sekeliling aku juga. Pada awalnya aku tak percaya yang aku melahirkan dua orang bayi kembar yang berlainan jantina. Namun atas kehendak Allah, tiada apa yang boleh kita menidakkan.
"Takpelah mama keluar dulu lah. Kalau ada apa apa panggil saja mama atau ibu kamu di bawah," kami berdua menganggukkan kepala. Sebaik sahaja mama keluar, kaki aku melangkah menuju ke arah anak anak aku yang sedang lena . Begitu juga dengan Rayyan yang setia di sisi aku memeluk bahu aku.
"Comel,"
"Macam angel abang," tangannya mula meliar di atas kepala aku dan diusapnya.
"Thanks angel sebab lahirkan anak anak kita. Besar pengorbanan sayang terhadap abang. Rela bertarung nyawa untuk anak anak kita ni. Abang takkan sia siakan lagi anugerah tuhan yang paling berharga ni. Insha-Allah, abang akan lindungi dan pertahankan keluarga kita walaupun melibatkan nyawa abang sekalipun. Asalkan keluarga abang dalam keadaan yang selamat dan bahagia," dahi aku terasa hangat kerana kucupan suami aku. Aku pandang matanya dengan lirih.
"Terima kasih juga pada abang sebab sudi terima Reen sebagai isteri abang. Reen bukanlah isteri yang sempurna tapi Reen janji dengan abang yang Reen akan cuba jadi isteri yang abang impikan,"
"Apa pula macam tu. Sayang dah jadi lebih dari isteri yang abang impikan dah. Sayang pandai jaga diri sayang, aurat tak perlu abang tegur dah sebab sayang sendiri dah tahu had semuanya. Sayang bukan setakat isteri luar biasa abang tapi sayanglah bidadari dunia dan syurga abang. You're my angel. My beautiful angel. Abang sayangkan angel sangat sangat." badan aku pula dipeluknya dengan erat.
Jujur, dakapannya membuatkan aku berasa teramatlah selamat . Alhamdulillah Allah telah kurniakan aku seorang suami yang memahami dan juga penyayang. Aku yakin dia akan menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab. InshaAllah.
Aku yakin dengan aturan Allah yang telah ditetapkan untuk hidup aku. Pada awalnya mungkin hidup bukan seindah yang kita sangkakan tapi percayalah hujan bukan turun setiap hari. Akan ada hari yang indah dengan munculnya pelangi. Janagn salahkan takdir tapi ikhlaskanlah segala yang terjadi.
Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah.
Maka, dengan ini berakhirlah kisah cinta aku dan Rayyan yang indah pada aku tapi tak tahulah pada orang lain macam mana. Mungkin ada yang lebih indah berbanding aku.
The End

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Rayyan
Ngẫu nhiênSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...