Udara yang sungguh segar harini. Boleh tahan ramailah juga pagi pagi ni. Mungkin dalam perjalanan nak pergi bercuti maklumlah harini hujung minggu. Kebiasaan orang di sini, kalau hujung minggu akan luangkan masa dengan keluarga ke tempat yang selalu menjadi tumpuan ramai. Salah satunya Gongjin yang Pohang, Wilayah Gyeongsang. Kata Rose kira kira 273 km jugalah dari Seoul. Jauh amat. Tapi untuk meluangkan masa dengan keluarga , semuanya boleh.
Tempat itu jadi tarikan ramai pun disebabkan oleh drama korea yang amat popular baru baru ni. Lakonan Kim Seon- Ho dan Shin Min Ah . Apa lagi kalau bukan cerita Hometown Cha Cha Cha. Aku lah salah seorang yang meminati. Hajatnya nak pergi jugalah sana tapi nantilah. Sekarang sibuk dengan assignment yang berlambak lagi.
Ralit melihat pemandangan sekeliling tiba tiba seseorang terlanggar bahu aku dan menyebabkan aku terjatuh. Sakit sangat. Tapak tangan aku sedikit luka kerana jatuh di atas jalan.
"Sorry," hanya itu yang keluar dari mulut lelaki itu sebelum dia berlalu pergi. Aku seolah olah terpana sebentar. Kasut itu.. Sama macam aku. Adakah.. itu Rayyan? atau cuma khayalan aku.
"Reen!" aku yang baru sahaja nak bangun tiba tiba terjatuh semula akibat terkejut dengan laungan Hakim dari seberang. Aduh sakit .
"Awak kenapa ni?" dia menghulurkan botol air supaya senang untuk aku bangun. Jaga batas kiranya.
"Tadi ada orang langgar, lepastu jatuh,"
"Ada luka mana mana ke," aku hanya menggelengkan kepala padahal tapak tangan aku berdarah. Pandailah kau Aireen sorokkan kesakitan.
"Awak jogging seorang diri?" tanya dia lagi. Aku seriously takde mood untuk bercakap. Hanya angguk angguk geleng geleng.
"Awak mesti belum sarapan kan? Jomlah kita singgah kedai sana beli makanan. Pastu kita makan dekat tasik sana," aku hanya akur.
Hakim memesan tteokbokki dan juga coffee. Aku tak tahu kenapa aku seolah olah terseksa . Rindukan seseorang. Dan aku tahu seseorang itu adalah suami aku sendiri. Tapi aku fikirkan semula. Mesti dia dah gembira. Takkan dia nakkan aku lagi. Aku tak rasa dia fikirkan aku.
Meja yang kosong menjadi tumpuan aku dan Hakim. Makanan yang dibeli di letakkan di atas meja. Aku hanya pandang kosong semua yang ada itu. Walaupun perut aku sudahpun berbunyi namun , selera makan aku mati.
"Reen awak yakin awak okay?" soalan Hakim dibiarkan lama .
"Saya rasa saya nampak Rayyan," Hakim yang baru sahaja ingin menyuap makanan itu berhenti. Dia pandang aku dengan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan.
"saya rindukan dia," sambung aku lagi.
"I need him right now," air mata yang aku tahan dari tadi gugur juga. Hakim hanya menjadi pemerhati dari tadi. Satu bungkus kecil tisu dihulurkan pada aku. Aku sendiri tak tahu dari mana tisu itu datang. Mungkin Hakim yang bawa dari rumahnya.
Aku masih lagi menunduk. Air mata aku tak henti henti mengalir. Tahan rindu pada orang yang masih ada tetapi susah untuk bertanya khabar.
"Awak dah maafkan dia?" aku tersenyum mendengar soalan itu. Kepala aku diangkat memandang tepat wajah Hakim. Dahinya sedikit berkerut mungkin hairan dengan riaksi aku.
"Saya tak pernah marahkan dia. Saya cuma kecewa sebab dia tuduh saya tanpa sebarang bukti tak bermakna saya tak maafkan dia. Dia suami saya. Saya hormat dia sebagai suami saya. Sepanjang saya berada di sini, berapa kali saya doa pada Allah agar Rayyan ampunkan saya sebab pergi dari dia tanpa keizinannya. Saya rasa saya isteri derhaka,"
"Awak bukan isteri derhaka, angel. Awaklah isteri yang paling terbaik pernah saya jumpa. Awak tak layak dipanggil isteri derhaka. Awaklah isteri solehah saya," sungguh hati aku sekarang bagaikan terhenti berdetak. Badan aku pusingkan 90° .
Air mata aku semakin laju melihat empunya suara. Dia orang yang aku rindu. Dia orang yang aku cinta . Kini berada di hadapan aku.
Tanpa sebarang kata, aku segera bangun dan memeluk erat suami aku. Aku tahu mungkin dia terkejut kerana lambat lambat dia membalas pelukan aku. Namun akhirnya, dia kemaskan lagi pelukan itu.
"Maafkan abang, angel. Abang terlalu banyak dosa dengan angel. Abang gagal jadi seorang suami yang bertanggungjawab dan baik. Kesian angel dapat suami macam abang,"
"No! I'm so grateful you're my husband. You did great. I love you ,abang," aku terus mengeratkan pelukan . Hakim hanya sekadar memerhati kami dari jauh dengan senyuman.
Hari yang sungguh menggembirakan bagi aku. Aku dan Rayyan kini bersatu kembali. Dan aku harap tiada apa lagi yang dapat pisahkan aku dan dia buat lain kalinya.
"Sorry langgar sayang tadi. Abang nak tolong tapi takut kalau sayang tak sudi dengan kehadiran abang dekat sini," kata katanya cukup membuatkan aku rasa bersalah.
"It's okay. Not your fault. Sikit je luka, bukan teruk pun." tangan aku ditilik teliti oleh Rayyan. Betul betul rapat dengan wajahnya. Sampaikan dapat aku rasakan panas nafasnya.
Wajah kacaknya aku sentuh. Rindu akan wajah itu , aku tenung dengan lama. Dia juga lakukan hal yang sama. Matanya yang berwarna coklat keperangan . Pipinya yang mempunyai lesung pipit menambahkan lagi ketampanan dia.
•°••°°•°•°•°•°•°••°•°°•°•°••°•°•°•°•°•°°•°•°•°••°•°
Sorry chapter ni pendek sikit sebab kekurangan idea.. so after this kalau nak bagi idea apa apa ke just comment..
and nak tanya !!!!
korang nak happy ending or sad ending.. cuz saya buntu hehehe...
![](https://img.wattpad.com/cover/268773770-288-k379405.jpg)
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
RandomSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...