Kelihatan mama sedang menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga. Aireen dan Raina pula menolong mamanya menghidang makanan di meja makan. Wajah mama kelihatan amat berseri seri, kalah pengantin baru. Iyalah dapat menantu idaman. Siapa je tak bahagia. Kan?
"Wah sedap bau. Siapa masak ni?" tanya Rayyan kepada mereka semua.
"Of courselah Kak Reen yang masak, kalau Raina yang masak mungkin jadi benda lain pula nanti," Rayyan hanya membuat wajah menyampahnya.
"Haa betullah tu. Tengok tengok nanti kalau dia masak, hangit periuk mama dibuatnya," perli mamanya.
"Huih mama ni. Tambah sikit sikit sudahlah. Ni sampai hangit kuali bagai. Imposibble lah," rengus Raina perlahan. Aireen hanya tersenyum melihat karenah keluarga itu. Alangkah gembiranya dia dapat menyertai keluarga itu malah telah menjadi sebahagian dari keluarga itu.
"Ni bila nak makan?Mata Mika dah mengantuk ni," Ujar Rayyan kepada mereka.
"Huih awalnya mengantukk," usik Raina lagi.
"Orang penatlah,"
"Iyalah itu," Aireen menyembunyikan senyumannya tatkala melihat suaminya itu seperti itu. Tentu teman wanitanya gembira dengan sikap Rayyan yang seperti itu. Aireen sedar bahawa Rayyan tidak akan pernah jatuh cinta padanya.
"Reen termenung apa tu? Letak nasi dalam pinggan suami kamu tu. Nanti makin berselera dia makan," ujar Datin Sri Hannah. Aireen hanya menurut arahan ibu mentuanya. Dalam diam, Rayyan memandang isterinya yang sedang menceduk nasi ke dalam pinggan.
Mereka sekeluarga menjamu selera bersama sama pada malam itu. Dalam gelak tawa mereka, ada seseorang yang sedang memendam luka. Luka yang begitu dalam. Manakan tidaknya, seorang ibu dan ayah kandung sanggup buang anak sendiri demi kemewahan . Perit. Hanya itu yang mampu dikatakan. Dibenci ibu bapa kandung tanpa alasan.
Selesai makan malam, Aireen meminta diri untuk merehatkan dirinya memandangkan dia tidak berkesempatan lagi untuk berehat. Masuk sahaja di dalam bilik, dia berjalan ke arah beranda bilik suaminya yang luas itu untuk menikmati angin dan suasana malam. Segala kejadian yang pernah terjadi pada dirinya suatu ketika dahulu, kembali bermain di fikirannya.
"Agak agaknya kenapa kau suka termenung erh? Dekat meja makan tadi pun kau termenung," soal Rayyan yang tiba tiba sahaja muncul entah dari mana.
"Takde apa apalah. Saya penat je. So,saya termenunglah." jawab Aireen dengan suara sedikit perlahan.
"Wahai isteriku intan payung,kalau penat pergilah rehat. Tidur ke. Bukan termenung. Tak elok untuk pengantik baharu macam kau,"usik Rayyan lagi.
"Okaylah,"balas Aireen lalu menuju ke katil.
"Eh wait. Siapa suruh kau tidur atas?"belum sempat Aireen merebahkan badannya, Rayyan menarik tangan Aireen.
"Habistu awak nak suruh saya tidur dekat mana?"tanya Aireen dengan nada biasa.
"Tu,"Rayyan menunjukkan ke arah sofa yang tidak jauh dari katil.
"Tak selesalah tido situ. Ada toto tilam tak? Boleh saya tidur bawah tu je. Kalau takde takpe saya tidur macam tu je,"ujar Aireen. Rayyan mengambil toto tilam dari bilik sebelah. Nasiblah dalam biliknya itu ada satu pintu yang menghubungkan biliknya dengan bilik sebelah.
Aireen menghamparkan toto tilam itu lalu merebahkan badannya. Rayyan sedikit terpegun dengan sikap Aireen yang selalu mengalah untuk keselesaan orang lain. Aireen ini bukan seperti Aireen yang selalu bergaduh dengannya.
"Good night,awak,"ucap Aireen. Tergamam Rayyan dibuatnya.
"Good night too,"balas Rayyan perlahan.
Rayyan cuba untuk melelapkan matanya namun tidak mampu. Tiba tiba angin di luar rumah bertiup dengan kencangnya. Dentuman guruh membuatkan Rayyan ketakutan. Dengan segera, dia turun dari katil lalu memeluk tubuh isterinya yang kecil molek itu. Tindakan Rayyan itu membuatkan Aireen tersedar.
"Kenapa awak peluk saya?"tanya Aireen dengan mamai bercampur gugup.
"Kilat,"jawab Rayyan seperti budak kecil yang sedang ketakutan. Aireen dapat rasakan badan Rayyan menggigil sehinggakan Aireen juga menggigil kerana dipeluk Rayyan.
"Awak tidur je lah dekat atas. Kilat je,"ujar Aireen bagi menenangkan suaminya itu.
"Kau tidurlah atas juga sekali dengan aku,"pujuk Rayyan. Melihat keadaan Rayyan seolah teruk, Aireen hanya menurut ajakan suaminya itu. Aireen terlelap dalam pelukan Rayyan begitu juga Rayyan. Tanpa disedari, Rayyan mengukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
"Reen,bangun,"kejut Rayyan dengan lembut.
"Pukul berapa ni?"tanya Aireen.
"5.45 pagi. Pergilah mandi,nanti kita solat subuh sama sama,"terus segar Aireen mendengar ujaran suaminya itu.
Aireen melangkah ke tandas untuk membersihkan dirinya sebelum buat pertama kalinya dia solat berimamkan suaminya iaitu Tengku Rayyan Mikael. Tidak sampai 15 minit,dia selesai membersihkan dirinya.
"Allahuakbar,"Rayyan kini menjadi pemula hidup Aireen bagi memulakan kehidupan barunya. Aireen tekad untuk menerima Rayyan sebagai suaminya. Biarlah suaminya itu tidak mempunyai perasaan terhadapnya walaupun sedikit asalkan dia mampu menjaga dan menerima suaminya itu.
Selesai sahaja solat subuh berjemaah,Aireen menadah tangannya untuk mengaminkan doa yang dibaca suaminya. Sungguh dia tidak mampu menafikan bakat yang suaminya ada. Suara yang sungguh memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya lagi lagi apabila ayat ayat al-Quran dilantunkan olehnya.
"Nak,"kata Aireen setelahj mengaminkan doa oleh Rayyan. Rayyan memandang Aireen dengan wajah yang hairan.
"Nak tangan awak. Nak salam,"Aireen memberikan senyuman yang manis untuk suaminya itu. Tipulah jikalau Rayyan tidak terpegun. Tanpa membuang masa, Rayyan menghulurkan tangannya kepada Aireen dan isterinya itu menyalami tangannya dengan penuh beradab. Jantung Rayyan berdegup dengan kencangnya. Takut juga jikalau Aireen mendengarnya.
"Haaa,Reen. Nanti dalam tengahari sikit ikut aku pergi pusat beli belah. Kau belilah apa apa je yang kau nak. Aku bayarkan lagipun kau kan memang tanggungjawab aku,"Rayyan memandang Aireen sambil tersenyum membuatkan Aireen tersipu malu namun ditahannya.
"Malulah tu,"usik Rayyan lagi.
"Memang taklah,"Aireen menafikan.
"Jelas terbuktilah. Ingat orang tak nampak muka dia tu memerah tadi. Eleh,"sempat lagi Rayyan menarik hidung Aireen sehinggakan terpaku Aireen dibuatnya.
"Dahlah,saya nak turun dululah. Nak tolong mama siapkan sarapan,"elak Aireen lalu membuka telekungnya.
Rayyan ketawa kecil melihat Aireen yang sedang malu. Jujur wajah Aireen yang berona kemerahan itu sangat cantik baginya. Baru sahaja sehari mereka menjadi pasangan suami isteri namun mereka berdua sudah menunjukkan keselesaan antara satu sama lain.
Hey guys,I'm sorry sebab dah lama tak update. So kalini Sha akan update banyak terus. I'm truly sorry huhuhu.. Thanks kepda yang still tunggu. Lepasni jangan risau, Sha akan lebih kerap update berbanding sebelum. So,Sha harap korang sukalah cerita Sha ni..huhuhu..
To be continued.....
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
De TodoSeorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael...