BAB 1

37 8 6
                                    

ANGGUN menggaru kepala yang tidak gatal. Serabut memerhatikan komen para netizen tentangnya. Aplikasi instagram dipandang sebal sambil bibir memuncung sedepa. Tidak henti-henti netizen mmemberi kritikan dahsyat tentangnya. Lebih menyakitkan hati bila mereka sibuk menyokong sesama sendiri untuk mengeluarkannya dari calon top ten pertandingan Socmed Superstar.

Hampir dua tahun dia menyembunyikan identiti atas nama Miss Noob, baru hari ini pihak media dan para netizen Malaysia mahu mencari identitinya yang sebenar. Hal itu berlaku kerana telah tular sebuah video provakasi seseorang yang memintanya membuka topeng pada wajahnya. Mereka mahu Miss Noob memperkenalkan diri di mata masyarakat.

Ergh, sibuk mereka mahu mencari tahu di manakah Miss Noob berada seolah-olah dia saja yang perlu dicari dan diberikan perhatian.

"Aku tak faham betullah dengan orang sekarang. Penting sangat ke muka tu sampai bakat aku diketepikan? Tak akanlah disebabkan identiti aku bertopeng, dorang tak benarkan aku join pertandingan nyanyian tu? Ini pertandingan media sosial je, bukannya pertandingan atas pentas!"

Anggun membebel panjang sambil dadanya diusap perlahan menggunakan tangan kanan. Dia mengawal emosi walaupun hatinya diserbu perasaan marah dan geram. Tangan kiri pula dikepal sambil anak mata tunak merenung Elnara, teman baiknya.

Hanya Elnara satu-satunya manusia yang sudi berkawan dengannya. Elnara yang sentiasa menemani dirinya sejak berpindah ke Kuala Lumpur.

"Engkau kena faham Anggun. Dunia hiburan ni memerlukan wajah untuk market kan diri. Engkau tu, nama sendiri pun engkau tak dedahkan, muka sendiri pun kau sembunyikan. Macam mana engkau nak confident berada atas pentas pula lepas ni?"

Anggun berjeda sebentar. Menghadam setiap satu per satu ayat yang disampaikan kepadanya. Sesekali, Anggun menarik dan menghembus semula nafasnya.

"Malaslah aku nak fikir. Kalau aku fikirkan hal tu buatkan hati aku sakit je." 

Anggun bangkit dari duduk kemudian tangan segera mencapai cawan berisi milo untuk disisip. Elnara di sebelahnya hanya menggeleng. Wajahnya beriak simpati setiap kali melirik pandang sepasang mata sahabatnya.

Sukar menjadi Anggun. Terlalu banyak jiwa yang perlu di jaga sehingga kehidupan hariannya ibarat peluru tak berpandu.

Setiap hari, Anggun tidak sedar apa yang telah berlaku jika identitinya berubah sekelip mata. Bukan itu yang dia pinta dalam kehidupan, tetapi itulah aturan takdir dari yang esa untuk menguji kekuatan seorang hamba.

"Kalau macam itu, tak payah fikir. Lebih baik kau fikirkan cara nak menjawab dengan tunang kau pasal hal ni. Kau nak keluar dengan dia kejap lagi, jadi cepat standby ayat awal-awal." Elnara mengingatkan Anggun tentang tunangnya, Habib.

"Aduhai, itu sorang lagi. Confirm dia ceramah aku suruh berhenti jadi youtuber lepastu cari kerja yang lain," omel Anggun menongkat dagu.

"SORRY, future husband. I'm late." Tergesa-gesa Anggun duduk di meja hadapan menghadap Habib. Lelaki itu sudah mengecilkan biji mata tanda protes. Hampir setengah jam dia menunggu Anggun di restoran itu. Makanan yang Habib pesan sudah kesejukan.

"Ini bukan lambat sikit, tapi lambat banyak."
Habib menghembus nafas berat. Anggun tersengih-sengih sambil mengambil nafas yang sudah termengah-mengah dek kerana penat berlari dari kawasan parkir.

"Manusia melakukan kesilapan, sayang." Habib berdehem. Sekali lagi, dia kecilkan biji mata memandang penuh curiga.

Itu jelah ayat yang terpacul keluar setiap kali dia berbuat silap. Habib pun sudah naik hafal.

SPLIT PLAYGIRLWhere stories live. Discover now