BAB 11

0 0 0
                                    

ENCIK Wahab menghulur sekeping dokumen kepada Habib. Dalam keadaan hairan, dia membaca isi kandungan yang terisi dalam dokumen tersebut.
Membulat besar matanya setelah menghabiskan bacaan. Liur ditelan kesat.

"Daddy kamu nak kamu teruskan kerja sebagai pramugara. kali ini Pak Lang tak boleh nak tolong kamu lagi," penjelasan Encik Wahab menimbulkan rasa marah dalam jiwa Habib. Perkara ini berlaku secara tiba-tiba.

"Kenapa pula Pak Lang nak tendang saya? saya ni ada share dalam syarikat ni!" Habib naik radang. Mudah sangat Pak Lang membuat keputusan tanpa memikirkan siapa dia di dalam syarikat rakaman tersebut.

"Pak Lang rahsiakan poisition kamu sebagai pengurus Miss Noob kira baiklah. Kalau dia tahu apa yang kamu buat kat sini, silap hari bulan dia tarik semua tajaan yang selama ini dia beri kepada uncle." Pak Lang membidas. Sengaja dia kata begitu untuk memastikan Habibullah sedar bahawa dia sudah banyak berkorban untuk menyimpan baik rahsia dan identiti Miss Noob.

"Kalau saya keluar dari sini, Anggun macam mana? Saya tak nak orang lain uruskan dia." Bibir diketap. Dia menoktah bicara dengan persoalan.

"Nak tak nak kamu perlu lepaskan artis kesayangan kamu tu. Kalau kamu dengar cakap Pak Lang, nanti Pak Lang akan carikan bodyguard terbaik untuk jaga  Anggun." Habib terkedu mendengar cadangan Encik Wahab.
Carikan bodyguard? biar betul!

"Bodyguard? habis tu dia tak ada pengurus ke lepas ni?" bertubi-tubi soalan  diutarakan.

"Boleh je bodyguard yang uncle carikan tu nanti jadi pengurus dia sekali." Mudah dan ringkas jawapan Encik Wahab.
Habib kurang setuju dengan cadangan yang diberikan.

Dah bertahun dia jagakan Anggun, tak akan semudah itu dia biarkan Anggun dijaga oleh orang lain?

"Mana boleh lelaki lain jaga dia!"

"Dah kenapa tak boleh? hak uncle nak pilih siapa staf uncle. Be professional. Hubungan kamu dan dia tak boleh dicampur aduk dengan kerja!" Tinggi seoktaf suara Encik Wahab. Penat nak melayan drama anak buahnya itu.

"Stress betullah kalau ada orang yang sibuk nak aturkan hidup kita." Kepala ditundukkan. Dia berada di jalan buntu dan jiwanya hancur bila segala yang dirancang bakal dimusnahkan oleh oranf yang dia percayai.

"Yang aturkan hidup kamu tu parents kamu juga. Kira baiklah Pak Lang tak beritahu daddy pasal identiti Miss Noob. Kalau famili kamu tahu hal ni, lagi besar masalah kita."
Kali ini, Habib terdiam dan terduduk sendiri. Lemah longlai rasanya bila tak mampu nak berfikir lagi.

"Kamu rehatlah dulu. Petang ni Pak Lang pun nak interview bodyguard baru tu."
Dia yang baru terduduk bangkit semula bila Pak Lang memberitahu perihalnya petang ini.

"What? Pak Lang dah nak interview bodyguard baru tu? Kiranya Pak Lang memang dah buat kata putuslah nak tukar pengurus Miss Noob." Meledak marahnya bila rasa diperbodohkan oleh pak cik sendiri.
Ternyata, Pak Lang telah membuat kata putus sendiri sebelum bertemunya.

"Ya, Pak Lang tak nak dengar sebarang bantahan lagi." Tidak mahu saratkan otaknya lagi untuk fikirkan pandangan orang lain.

"Tapi Pak Lang ... saya dah korbankan kerjaya saya demi dia. Tak akan saya nak siakan segala pengorbanan ni dan tinggalkan dia?"
Entah mengapa, hatinya remuk dan pedih melihat riak Pak Lang yang masih bersahaja.

"Penat-penat daddy kamu berusaha bermacam cara nak pastikan kamu jadi pramugara, kamu nak siakan segalanya sebab seorang perempuan?" Teesnetak Habib mendengar ujaran Encik Wahab. Bibir diketap rapat sebelum menyusun jawapan balas.

SPLIT PLAYGIRLWhere stories live. Discover now