PINTU bilik Habib dikuak perlahan setelah diberi keizinan darinya. Seseorang melangkah masuk lantas berdiri di hadapannya. Habib yang sibuk dengan kerjanya tetap mendongak wajah untuk memerhatikan wajah yang masuk ke ruang pejabat.
"Uit, Ryu. Kau buat apa datang ofis pak cik aku ni?" Habib bingkas berdiri menghampiri Ryu. Dia keanehan bila lelaki itu muncul depan muka.
Pasti dia mahu mencari maklumat. Wartawan hiburan seperti Ryu tidak akan datang tanpa tujuan.
"Aku nak jumpa anak saudara dialah. Lama tak jumpa kau bro." Ryu melebar sengih. Habib tersengih penuh curiga.
"Engkau ni, kalau nak jumpa aku jumpalah waktu luar kerja. Sekarang tengah kerja." Habib mencebik bibir.
"Sekarang masa untuk rehat bro. jom kita keluar makan? Aku belanja." Membulat sedikit mata Habib bila Ryu menawar diri untuk belanja makan.
Manusia kedekut seperti Ryu mahu belanja makan? Biar betul. Pasti ada udang di sebalik mi.
"Eh, engkau ni lain macam. Kenapa tiba-tiba nak belanja aku pula?" Habib membulat biji mata. Ada senyuman aneh yang terukir di bibirnya.
"Aku nak belanja sebab kita ni kawan." Tergelak Habib mendengar jawapan spontan itu.
Kawan konon. Dia bukan tidak kenal sikap Ryu yang hanya berkawan kerana kepentingan.
"Wartawan macam kau ni mesti ada sebab datang ofis aku." Kening sebelah kanan dijongket tinggi. Dia dapat menghidu bahawa Ryu datang ke mari membawa satu tujuan tersembunyi.
"Aik, kalau wartawan ajak kawan dia makan pun kena ada point tersendiri ke?" Ryu berteka-teka. Habib mengeyakan.
"Aku bukan tak kenal kau Ryu. Aku tahu kau masih nak korek rahsia pasal Miss Noob tu." Dia bersuara di celah-celah ketawa.
"Hehehe ..." Hanya tawa yang kedengaran. Kantoi. Wajah merona merah menahan malu.
"Aku ni terkejut sebab kau sanggup bekerja dekat syarikat rakaman pak cik kau dan tinggalkan kerjaya pramugara kau. Aku rasa mesti kau ada sebab tersendiri, kan?"
Ryu memberi hujahan di sebalik kedatangan ke mari. Habib duduk semula seraya pandangannya masih terpasung pada wajah Ryu.
"Kau nak kata yang aku sanggup berhenti pramugara disebabkan Miss Noob tu ke?" dia membalas soalan dengan soalan.
Ryu jeda sekejap.
"Mungkin? Maklumlah, mesti kau tahu siapa Miss Noob tu." Kening dijongket tinggi-tinggi. Darah tiba-tiba menderu di adrenalinnya.
"Kau ni main buat andaian sendiri pula. Haih, kalau aku backhand kepala kau silap hari bulan patah leher kau aku buat." Habib menghamburkan perasaan rimas. Mata Habib dan Ryu saling berpandangan.
"Bos aku betul-betul nak tahu siapa Miss Noob tu bro. tolonglah beritahu maklumat pasal dia." Ryu bersuara separa merayu. Dia menarik kerusi lantas duduk depan Habib tanpa di pelawa.
"Kalau kau beritahu siapa dia, kau pun akan dapat benefit dari bos aku." Ryu menyambung kata. Habib herot bibir ke tepi, kemudian kepala digeleng laju.
Aku hadap langsung tak benefit tu.
"No way." Tegas dan ringkas jawapan Habib.
"Hurm, kau ni macam menjaga maklumat Miss Noob tu sangat. Mesti kau ada apa-apa dengan dia, kan?" Katanya berbaur curiga. Riak wajah Ryu berubah serta merta.
"Kejap. Macam mana kau tahu yang aku ada maklumat pasal Miss Noob tu?" dahi berkerut seribu. Hati berdetak resah.
"Sebab engkau manager dia. Hari tu aku jumpa pak cik kau, dia kata engkau yang bawa Miss Noob tu dalam syarikat ni. Dia sendiri tak pernah tengok muka Miss noob tu. Dia kata, maklumat peribadi Miss Noob pun engkau yang pegang." Habib menghela nafas berat.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...