MATA terbelalak melihat suasana yang asing baginya. Ekor mata belingas memandang sekeliling. Namun, dia tidak dapat mengenal pasti di manakah dia berada.
Sunyi. Tiada siapa yang berada di situ. Yang ada hanya dia. Apa yang pasti, dia sedang berdiri di atas sebuah bangunan.
Tika ini, dia dalam keadaan yang sangat dekat dengan kematian. Dia berdiri di hujung-hujung bangunan. Segenap tubuh menggeletar bila pandangan mata menjunam ke bawah.
Astaghfirullahaladzim...
Mengucap panjang dia dibuatnya. Segera kaki mengatur langkah agar menjauh dari bahagian itu. Dia melangkah dengan berhati-hati.
Beberapa ketika, bebola matanya memandang pula seluruh tubuh.
Penat!
Itu yang dia rasakan sekarang ini. Penat yang melampau-lampau membuatkan dia tidak mampu berfikir tenang. Nafas tercungap-cungap, jiwa semakin resah.
"Kenapa aku berdiri dekat bangunan ni?" Dahi berkerut tebal. Dia bertanya pada diri sendiri.
Anggun benar-benar tidak pasti mengapa keadaannya jadi begini.
Siapa yang munculkan diri sehinggakan dia duduk di tempat terasing dalam kepekatan malam yang ditemani cahaya bulan?
Argh, serabut!
Hati Anggun berdegup kencang seiring dengan denyutan nadi yang semakin laju.
Tolong aku! Aku tak tahu di mana aku berada.
Hatinya meraung kuat. Air mata bercucuran turun. Saat dia menangis, tiba-tiba hati terasa sedikit hairan. Terus jemari menyentuh seluruh tubuh.
"Eh, aku masih Anggun? Bukan ke Ayu yang patut keluar waktu-waktu macam ini? Bukan ke dia akan keluar bila aku takut?" Anggun keanehan.
Sedikit kecewa kerana dia kekal menjadi personaliti utamanya. Tubuh yang tadinya berdiri kini berada dalam keadaan duduk di atas jubin lantai.
Hari demi hari Anggun merasakan hidupnya berada dalam pertempuran yang tidak berpenghujung. Lebih-lebih lagi bila dia perlu menghadap personaliti yang semakin kuat dan sering keluar tanpa dipinta.
"No ...Waktu-waktu macam ni Jay yang patut keluar! Dia je yang berani hadap benda-benda macam ini." Anggun menjerit sekuat hati sehingga berdengung seluruh ruangan. Tertekan dengan keadaan yang dia alami.
Anggun meraup kasar wajahnya. Cuba mencari jawapan di sebalik pertanyaan yang penuh misteri.
Bila hatinya berharap agar personaliti-personalitinya keluar, tidak pula mereka beria-ia mahu keluar.
"Habib ... tolong saya Habib."
Satu nama menitip di bibir. Hanya lelaki itu yang menyinggah dalam ingatan.
Dahulu, Habib yang sentiasa ada buatnya di kala perlu. Sekarang ini, dia masih memerlukan lelaki itu.
Setelah beberapa minit cuba menenangkan diri di atas bangunan tersebut, tiba-tiba...
Glurp ...
"Ini pakaian Jay. Maknanya waktu aku datang sini, Jay yang keluar?" Bibir membulat besar. Baru tersedar yang dia menjadi Jay sebelum hadir di tempat asing itu.
Hanya Jay yang suka memakai Hoodie dan berseluar jeans koyak ala ala samseng jalanan.
Opsss ... mamat tu memang samseng jalanan!
"Tapi kenapa dia datang kat sini? Sorang diri pula tu. Bukan ke Jay suka jalan-jalan dekat lorong gelap pergi kutip hutang. Dia tak mainlah nak melepak dekat bangunan mewah macam ini." Emosinya sedikit stabil bila ketakutan semakin berkurang.
"Anggun. Kau tak ingat ke pasal bangunan ni?" satu suara menyergah telinga. Anggun tersentak bila dia dapat melihat diri sendiri di depan mata. Bagaikan cermin, dia memandang tubuh itu.
No ... Khayalan aku. Mana mungkin personaliti bergandanya munculkan diri secara fizikal. Itu tidak akan terjadi melainkan sekarang ini, dia benar-benar dah gila.
Kebiasannya mereka akan berbual di sebalik pantulan cermin. Bukannya berdiri sambil mata bertentangan mata.
"Anggun ... aku tanya ni," ujar figura yang berdiri sambil wajahnya mengukir senyuman yang sangat sinis.
Anggun bungkam. Dia bagaikan bermimpi. Sesekali, dia menampar pipi kanan dan kiri. Mahu memastikan yang dia berada dalam dunia realiti.
Ouch! Sakit. Maknanya ini benar-benar realiti.
Air liur terasa seperti tak tertelan. Rasa macam likat sangat liur itu sehingga melekat di kerongkong.
"Jay ... Kenapa kau bawa aku datang sini haaa? Kau ada pukul sesiapa ke dekat bangunan ni?" Jay menggeleng sambil Langkah kaki semakin menghampiri Anggun. Figura itu menyeringai.
"Aku datang sini sebab engkau yang paksa aku datang ke sini!" suaranya di celah-celah ketawa.
"Jangan nak merepek Jay!" Kaki dihentak kuat. Tidak mengerti maksud tersirat yang disampaikan kepadanya.
Jay selalu begitu. Dia suka menakutkan orang dengan senyuman yang menakutkan.
"Lain kali jangan paksa aku untuk munculkan diri depan kau kalau kau tak mahu aku keluar!" suara Jay tinggi seoktaf. Pandangan mata itu benar-benar menikam hingga ke dalam mata menusuk ke jantung.
Aku memang tak suka kalau dia keluar. Kerja dia asyik nak membelasah orang saja. Disebabkan dia, Anggun perlu berhadapan dengan bahaya.
"Apa maksud kau ni Jay? Kau jangan buat sesuka hati boleh tak? Aku dah penat nak menghadap kau ni." Getus Anggun geram. Wajahnya berderau menahan marah.
Anggun perlu mengawal marah supaya personalitinya tidak bertukar lagi. Dia perlu kekal menjadi Anggun supaya personaliti yang lain tidak membawa dia merawang ke tempat lain.
"Kau penat menghadap aku? Wah, ini balasan kau dekat aku lepas apa yang aku buat untuk engkau." Bulat mata Anggun mendengar kata-kata itu.
Entah jasa apa yang dia buat pun aku tak tahu.
Bisik Anggun di dalam hati.
"Tak ada apa yang kau buat untuk aku selain menyusahkan hidup aku." Hujung mata menjeling. Malas sungguh mahu berbincang dengan Jay yang tak reti bahasa ni.
Asyik dia je nak menang. Sampai aku sendiri pun susah betul nak melayan setiap kerenah dia.
"Kalau engkau tak hentikan rawatan psikologi kau dengan mamat tu, aku akan pastikan yang aku kuasai diri kau yang sebenar. Aku akan buat kau tidur tak bangun-bangun." Anggun jongket kening sebelah.
Dia nak buat aku tidur tak bangun-bangun? Ah, dia ni suka beri ayat keramat yang menggerunkan.
"Kenapa kau benci sangat kalau aku dapatkan rawatan? Sepatutnya kau bantu aku Jay! kau kena pergi dari tubuh aku supaya aku boleh hidup bebas." Bebola matanya melingas ke kiri dan ke kanan. Tidak betah mahu merenung personalitinya itu. Kehampaan bersarang dalam hati.
Anggun perasankan yang Jay diam saat soalan itu diajukan. Berfikir sesuatu agaknya.
"Kalau aku pergi, siapa nak lindungi kau, Anggun. Engkau yakin ke yang kau boleh lindungi diri sendiri kalau aku hilang? Engkau tak menyesal kalau aku dah pergi dari hidup kau?" bertubi-tubi soalan diajukan, membuat hati Anggun diserang debaran.
"Han ada. Dia yang aky perlukan sekarang ni,bukannya kau."
"Bodyguard tu yang
Terkelu lidah Anggun mahu menjawab. Tiba-tiba hati diserang perasaan hiba. Wajah kian menunduk, tidak mampu keluarkan sebutir ayat."Engkau perempuan, kau perlu perlindungan dari aku." Sekali lagi, kata-kata Jay menusuk ke jantung.
Hati diserang debaran.
"Aku sahabat dalam tubuh kau, Anggun. Aku tak boleh pergi, jadi tolong biarkan aku dekat sini!" buat pertama kalinya, intonasi suara Jay tenang seperti angin lalu. Dia tidak menjerkah seperti selalu. Bicara katanya kedengaran ikhlas dari hati.
Mulut Anggun melopong. Otak ligat berfikir tentang maksud di sebalik kata-kata itu.
Kenapa kau sering menimbulkan tanda tanya Jay? Macam mana kau boleh muncul dalam diri aku!
Siapa kau sebenarnya? Wujudkah engkau dalam dunia realiti?
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomansaUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...