ELNARA terpelanga. Dia memerhatikan riak Habib yang muncul depan bangunan tempat kerjanya. Kepala digaru perlahan sambil memikirkan persoalan yang dilontarkan kepadanya.
"Aku tak pernah tahu pun yang Anggun ada kembar. Kau jangan merepeklah," balas Elnara menyembunyikan perkara sebenar. Dia perasan, Habib masih keliru dengan apa yang dilihat semalam. Pasti ada sebab Habib tanya begitu.
"Manalah tahu dia ada kembar, tapi terpisah." Habib melirik perlahan. Dia menggigit bibir bahagian bawah. Wajah Elnara masih diperhati tenang.
"Kenapa kau tanya? Kau ada nampak perempuan muka sebiji Anggun ke?" Elnara sedikit terkejut. Dia cuba mengawal emosi yang bercampur-campur. Hati terasa nak pecah bila tembelang serasa mahu pecah.
"Bukan perempuan, tapi lelaki." Habib menggeleng dan memberitahu apa yang dilihat semalam.
"Haaa? Seriously?" Elnara yakin, Habib terserempak dengan Jay.
Haih,matilah Anggun!
"Hurm, tak tahulah memang lelaki ke tidak. Tapi suara dia halus macam suara perempuan. Aku perasan yang dia ada buah dada." Elnara telan liur yang terasa pekat.
Sampai ke situ dia perhati? Ergh, juling mata baru tahu.
"Wei, pervert gila! Dalam banyak-banyak tempat, kawasan situ juga kau nak usha." Spontan, Elnara menepuk pergelangan Habib.
Mengucap panjang dibuatnya.
"Terpaksa sis. Aku nak tahu jantina dia, sebab itulah aku perhatikan satu per satu." Tawa terletus halus. Habib menapakkan sengihan yang melebar.
Boleh pula dia tayang wajah Selenga depan Elnara yang kian menggelabah.
"Pelanduk dua serupa kut?" cuba memanipulasikan minda Habib. Lelaki itu menjongket bahu. Dia sendiri meragui apa yang dilihat.
"Hurm, tapi bila aku tengok dia tu hati aku berdebar-debar." Dia mendengus berat.
"Alahai kau ni over lah. Mentang-mentang muka sama, kau nak claim hati berdebar pula." Tiba-tiba Elnara ketawa kuat-kuat. Terkejut Habib melihat tingkah laku si kawan.
Terus dia melingas ke kanan dan kiri. Takut-takut ada makhluk tuhan yang lain memerhatikan sikap selamba si Elnara.
"Uit, berbual apa tu? rancak sangat je?" satu suara menjerkah dari belakang. Semerta, Habib dan Elnara menoleh ke arah suara itu.
"Eh, daddy." Habib sedikit terkejut bila Encik Wahid muncul di bahagian bangunan tempat kerja Elnara.
"Daddy buat apa dekat sini?" soalnya keanehan.
"Dad ada meeting dengan klien dekat kawasan sini." Elnara dan Habib mengangguk serentak.
"Lama tak nampak uncle. Bila uncle pulang ke Malaysia?" Elnara memulakan perbualan. Dia melemparkan senyuman termanis di hadapan Encik Wahid.
"Beberapa hari lepas. Haaa, Anggun mana?" Encik Wahid memerhatikan sekeliling, mencari kelibat Anggun.
"Anggun dekat rumah, uncle. Dia ada kerja nak disiapkan. Nar pula ada dekat sini sebab sekarang ni waktu bekerja. Hehe ..." Elnara menjawab tenang walaupun dia terasa lucu dengan persoalan Encik Wahid.
"Eh, lupa pula uncle." Encik Wahid tersengih.
"kejap ... tadi Nar kata Anggun bekerja. Sejak bila dia bekerja? Bukan ke kerja dia menadah duit anak uncle je?" Encik Wahid menyilang tangan di dada, lantas riak wajah yang tersenyum berubah serius.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...