MULUT ternganga. Elnara terkejut bila sepasang mata dapat melihat figura Anggun sedang terbaring sambil menengadah di atas sofa. Dia tersenyum ceria, lantas tubuh itu mahu dirangkul erat.
"Anggun, I miss you so much. Muah!" bibirnya mengucup lembut pipi si kawan.
Jay tersentak. Segera dia menjauhkan tubuh dari Elnara. Biji matanya terjegil besar.
"Ouch..." terasa sakit tangannya bila terasa tubuh bagai nak patah dipeluk erat.
"Aduhai, aku dah agak dah muka kau bengkak-bengkak kalau bertukar jadi mamat naga tu. Dia tu memang suka cari pasallah! Asyik nak membelasah orang je. Dasar manusia kurang kasih sayang."
Elnara mengomel panjang tanpa dia perasan, tubuh Anggun masih dikuasai oleh Jay. Kepala disandar pada bahu Jay. Segera Jay menjeling dari hujung mata.
"Apa yang kau merepek ni perempuan? Apahal kau cium-cium aku? Tak malu ke cium lelaki?" Jay bangkit dari kedudukan. Tangan menyelup poket seluar. Melopong Elnara di depan Jay.
Sedetik ... dia berdiam diri. Elnara terkulat-kulat.
"Oh my god. Aku cium Jay ke ni?" Elnara pegang batang leher sambil liur ditelan kesat. Wajahnya pegun menatap wajah yang kian membengis.
"Jay?" seolah-olah tidak percaya. Jay herot senyum ke tepi. Melihat cara berdiri, dia sudah tahu tubuh di depannya benar-benar Jay. Masih tidak berubah kepada yang asal.
Argh, dia masih muncul! Confirm manusia naga ni tak tidur malam.
"Kau berharap Anggun keluar ke?" halus Jay ketawa. Selamba jari telunjuk menolak dahi Elnara. Kata-katanya membuatkan Elnara bercekak pinggang.
"Ofcourselah gila. Tak akan pula aku nak mengharapkan kau keluar pula? Kau tu dahlah kasar, suka tolak dahi aku." Elnara bersuara nada hampa.
Dia menghala pandangan ke lain tempat. Sungguh, dia benci mahu melihat wajah Jay yang sentiasa membengis dan sangat menjengkelkan mata yang merenung.
"Kau ni memang menyampah dengan aku ke perempuan? Kau ni ada masalah hati hitam ke sampai tak suka kehadiran aku?"
Jay merapatkan wajahnya sehinggakan kepala Elnara berlaga dengannya. Memandangkan tubuh Anggun dikuasai Jay, hati Elnara diserang debaran. Tidak sanggup mahu membiarkan mata bertentangan dengan mata Jay.
"Tapi aku sukalah bila kau marah-marah. Kau nampak cantik. Lama-lama kau ni nampak comel sangat." Jay tersenyum manis. Elnara bungkam. Ternaik segala bulu roma mendengar kata-kata dari si dia.
Buat pertama kali, Jay tunjukkan kelembutan intonasi suara depannya.
Mamat naga ni dah kenapa?
"Apa kau merepek ni Jay? Kau jangan nak feeling dengan aku eh? Kau kena sedar, muka kau tu muka Anggun. Bukan muka lelaki sejati." Elnara terketar-ketar. Takut pula rasanya.
Mata mereka saling bertatapan. Jay tidak berkelip menatap wajah Elnara. Dia suka melihat wajah di depannya. Segera Elnara kalihkan pandangan bila perasankan sikap Jay lain dari biasa.
"Aku tak cakap pun aku suka kau. Aku cuma nak tatap wajah kau je." Elnara terkulat-kulat. Dia makin gelisah bila berhadapan dengan Jay.
Ya Allah, tiba-tiba aku rasa nak dinodai.
"Hoi, jantan! aku ni memang tak suka kau muncul disebabkan perangai kau yang tak ada perasaan. Kau suka menyusahkan Anggun. Faham?" segera, tangan menolak tubuh Jay sekuat hati. Sengaja Elnara bersuara kasar. Dia mahu Jay sedar dari lamunannya.
"Eeh, nasib kau ni perempuan tau? Kalau tak aku dah tampar muka kau ni macam bola tampar." Selamba jari telunjuk menolak dahi Elnara. Si gadis tergumam.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...