"WOI, perempuan. Apa pasal Anggerik boleh keluar semalam? Tak pasal-pasal doktor kena hantar kau balik sampai ke rumah." Baru saja Anggun bukakan mata, Elnara yang sibuk menguyah nasi goreng di sebelahnya terus bertanya laju. Tangan laju menepuk paha Anggun.
"Anggerik muncul? Aduih, kenapa perempuan tu muncul?" buka-buka mata saja dia perlu menerima berita yang menyakitkan hati.
Hairan pula bila sekarang ini, personaliti bergandanya keluar tiba-tiba.
"Manalah aku tahu. Doktor kata, lepas kau tengok gambar dia dekat Instagram kau terus bertukar jadi Anggerik. Lain kali kalau tak boleh kawal nafsu gedik si Anggerik tu, kau tak payah mengada sangat nak tenung gambar doktor tu dalam-dalam."
Mendengar penjelasan itu, pantas Anggun menepuk dahi sendiri. Rasa kesal dengan tubuh sendiri.
Mesti doktor tu menggelabah sebab kena peluk dengan aku!
"Kenapalah Anggerik asyik muncul bila dia pandang doktor? Apa kena mengena doktor tu dengan hidup si Anggerik tu?" Anggun menyilang tangan ke depan sambil minda ligat berfikir.
"Entahlah personaliti kau ni. Pelik-pelik cara dorang keluar." Tawanya terletus kecil. Sukar untuk difahami, tetapi seronok untuk memahami.
"Doktor ada beritahu apa-apa maklumat pasal Anggerik tak?" tergesa-gesa Anggun bertanya sebelum dia terlupa. Elnara mengeyakan pertanyaan Anggun. Dia letakkan pinggan berisi nasi goreng di atas meja sebelum pusingkan tubuh menghadap Anggun.
"Ada. Doktor kata Anggerik asyik peluk dia sepanjang waktu dorang keluar." Tersengih-sengih Elnara memberitahu. Kotak memori teringatkan muka Doktor Fayyid merona merah menceritakan hal Anggerik.
"Ya Allah, biar betul?" terjegil biji mata Anggun. Jantung bagai terhenti dari berdetik mendengar patah perkataan itu.
"Dia pakai pakaian macam ni ke? Anggerik tak tukar pakaian?" segera Anggun bertanya lanjut. Selagi lagi, Elnara mengeyakan sebelum membalas lanjut.
"Yalah tu. Pakaian yang kau pakai sekarang ni, memang pakaian yang Anggerik pakai waktu keluar dengan doktor." Anggun menghembus nafas berat. Dia beristighfar panjang.
"Aduhai, mana aku nak letak muka aku? Malulah aku kalau jumpa doktor tu." Kedua belah tangan menekup wajah sambil mata dipejam rapat. Dia sudah merengek kecil menahan malu.
"Eleh, selama ni pun si Anggerik tu dah menggedik dengan doktor tu." Saja Elnara mengusik.
"Tapi dia tak pernah peluk doktor sepanjang waktu. Aduhai, Anggerik suka menampakkan aku ni macam perempuan murahan!" suaranya separa teriak. Nafasnya turun naik mengawal perasaan marah yang mencanak masuk ke dalam sukmanya.
"Aduhai, dengan budak pun nak marah. Relakslah." Elnara tersenyum-senyum.
"Banyaklah kau punya relaks. Tangan aku ni tak pernah peluk Habib tau? Pegang tangan pun tak pernah. Sekarang ni senang-senang je Anggerik peluk doktor tu. Kasihan Habib jadi lelaki kedua yang aku peluk." Pantas tangan Anggun mencubit paha Elnara.
Geram dengan jawapan spontan yang terlantun keluar melalui bibir
"Confirm ke si Habib tu lelaki kedua yang kau peluk? Kawan-kawan kau yang lain tu macam tak pernah peluk lelaki lain?" pertanyaan Elnara bernada gurau. Anggun tayang wajah seposen bila Elnara kata begitu.
"Haaa hurm ..." mati kata. Dia terdiam sejenak sambil riak wajah berubah suram.
"Aku rasa, Amanda tu lagi gedik pada Anggerik. Sekurang-kurangnya si budak tu gedik dengan doktor je. Kalau si Amanda tu, dengan semua orang dia gedik."
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...