BAB 5

14 6 1
                                    

MEJA berterabur.

Terlalu fokus membuat kajian sehinggakan dia tidak tersedar, mejanya sudah berselerak minta di kemas. Satu persatu informasi di tulis dalam buku notanya. Tidak mahu tertinggal satu pun maklumat yang dimiliki. Doktor Fayyid masih memegang pen di tangan. Dia langsung tidak mengisi perutnya dengan makanan dari tengahari tadi.

Si jejaka bertubuh sasa itu tidak mahu berganjak dari meja kerjanya. Doktor Fayyid risau jika dia berganjak dari meja tersebut, fokusnya akan hilang. Caranya memang begitu. Jika dia mahu mengkaji sesuatu maklumat, dia lebih rela berlama-lama sehingga kajiannya selesai.

"Amanda, digambarkan seorang yang gedik dan suka membeli-belah. Yin pula aku masih tak dapat jawapan di sebalik kemunculan dia. Tapi hari tu bila dia nampak aku, terbeliak mata dia. Tangan pun laju sungguh menjalar ke tengkuk aku sampai tertegak segala bulu yang ada."

Tergoyang-goyang tubuh terkenangkan sikap Yin yang munculkan diri ketika dia memberi rawatan pertama kepada Anggun, sekitar beberapa tahun lalu.

Itulah kenangan pertama yang dia alami ketika menjadi pakar psikiatri Anggun.

Walaupun Yin personaliti pertama yang dikenali, Doktor Fayyid masih tidak dapat mengenal pasti punca personaliti itu muncul. Dia keluar sekejap-sekejap. Sepanjang enam tahun, baru tiga kali dia munculkan diri.

Pening sungguh kepalanya nak mengkaji setiap satu karakter yang ada. Bukan mudah untuk menjadi pakar psikiatri kepada seorang pesakit yang mengalami masalah Dissociative identity disorder (DID). Atau Bahasa mudahnya ia dipanggil kecelaruan identiti berganda.

Penyakit tersebut sejenis bentuk perpisahan yang teruk dan ianya boleh memisahkan mental, pemikiran, perasaan dan tindakan kepada pesakit yang mengalaminya.

"Jay si panas baran tu aku dah tahu nak hadap perangai dia. Masalahnya si Yin tu. Bila dia nak munculkan diri eh? Amanda dengan Anggerik tu pun satu hal. Kadang-kadang muncul tanpa aku tahu sebab dia. Setakat dia orang tunjuk perangai mengada depan aku, macam mana aku nak buat conclusion pasal dia orang." Tubuh disandarkan pada sofa. Kemudian, pandangan mata belingas menatap dinding kosong.

Teka-teki tentang Anggun sentiasa dikaji hampir setiap hari. Doktor Fayyid tidak pernah merasa bosan menyelidik dan mengkaji hal berkaitan Anggun. Dia perlu merawat Anggun sebaik mungkin supaya si gadis boleh hidup bebas tanpa perlu terikat dengan personaliti bergandanya.

Saat dia sibuk memejamkan mata buat seketika, tiba-tiba ...

"Assalamualaikum doktor. Saya rindu doktor sepenuh hati saya."

Pintu biliknya ditolak. Doktor Fayyid tersentak bila Anggun muncul tiba-tiba. Melihat dari gerak tubuh dan cara dia bercakap, si jejaka sudah dapat meneka siapa di depannya.

Doktor Fayyid melopong terkejut.

Hanya Anggerik saja personaliti Anggun yang membawa anak patung ke mana sahaja.

"Eh, Anggerik. Macam mana awak ..." bicaranya terhenti di tengah ayat. Bibir membulat.

Anggerik digambarkan seorang remaja perempuan berumur lingkungan tiga belas tahun. Dia seorang yang manja dan agak mengada-ngada bila bertemu Doktor Fayyid.

Mujurlah kali ini Anggerik muncul dalam keadaan bertudung. Kalau dia muncul dalam keadaan rambut bertocang kanan dan kiri pasti Anggun akan malu bila dia sedarkan diri.

"Wah, doktor masih kenal Anggerik? Seronoknya." Anggerik bersuara riang. Bersinar bak rembulan bebola matanya bila nama Anggerik terungkap dari bibir Doktor Fayyid.

"Mestilah kenal. Saya berkawan dengan semua personaliti Anggerik." Doktor Fayyid menggesa senyuman walaupun hatinya menjadi gelisah dengan kemunculan Anggerik.

SPLIT PLAYGIRLWhere stories live. Discover now