ANGGUN terpanar tatkala melihat Encik Wahab memperkenalkan seorang bodyguard kepadanya. Liur ditelan berkali-kali mendengar arahan Encik Wahab kepada lelaki berjaket hitam. Mata mengitari seluruh kawasan studio mencari Habib. Sepatutnya Habib dah ada di studio seawal 9:00 pagi. Sekarang ini, jam menginjak ke arah 10:30 pagi tetapi batang hidung Habib masih tak terlihat.
Sudahlah mereka nak bertemu seminggu sekalipun payah. Tiba-tiba sekarang ini, Habib seolah mungkir janji pula. Nama saja Mr manager, tapi kerja Habib lebih tertumpu di luar berbanding di dalam studio. Kalaulah Habib bertugas sebab PA lagi indah rasanya. Hari-hari boleh bertatapan.
"Mulai hari ini, Erzhan akan jadi pengurus dan bodyguard sepenuh masa untuk awak ya miss? dia akan ikut awak sepanjang masa." Penjelasan Encik Wahab mengelirukan. Kepala yang gatal digaru perlahan.
Terasa hairan bila majikannya membawa masuk pekerja lain untuk menjaganya.
Sudah beberapa tahun kerja dan jadualnya diuruskan oleh tunang sendiri, tiba-tiba hari ini muncul pula lelaki lain perlu menggantikan tempat encik tunang. Janggal.
"Pengurus? kenapa pula? Sayakan dah ada pengurus?" berkerut seribu dahi Anggun walaupun kerutan tersembunyi di sebalik topeng wajahnya.
"Petang nanti kita akan adakan meeting dengan seluruh team dan saya harap awak dapat terima segala keputusan yang ditetapkan oleh pihak kami." Encik Wahab tidak menjawab persoalan, sebaliknya beliau memberi pesananan tentang mesyuarat yang bakal berlangsung petang ini.
"Mana Habib? saya nak jumpa dia." Gelisah. Rasa nak marah, kecewa dan sedih. Tetapi Anggun masih cuba mengawal emosi supaya kawan-kawan pelik dia tidak keluar dari tubuh.
"Habib ada kerja di luar. Awak boleh berjumpa dia selepas meeting nanti." Anggun menggigit bibir. Geram pula melihat sikap Encik Wahab hari ini.
Pasti ada sesuatu hal yang disembunyikan."Saya perlu jumpa dia sekarang." Suara masih bernada tenang.
"Awak ada press conferance dengan media hari ini jam 11.30 pagi. Saya tak mahu emosi awak terngaggu, faham?"
Encik Wahab memberi arahan. Anggun menarik nafas dalam-dalam menggali ketenangan.
Sudahlah Encik Wahab buat hal meminta dia buat press conference berkaitan isu Socmed Award bersama media hari ini, tiba-tiba pula Habib tiada bersama. Bagaimana keadaannya nanti bila perlu berdepan dengan masyarakat? Mampukah dia menjawab setiap persoalan sendiri tanpa bantuan Habib?
"Kenapa tergesa sangat nak buat pc hari ni? Habib tak ada maklumkan apa-apa pun dekat saya." Dada terasa laju, cepat-cepat dua beristighfar dalam hati.
"Saya saja tukar schedule sebab saya nak awak berdikari sendiri bila Habib dah tak ada nanti."
Anggun tertunduk. Tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Sedaya upaya cuba mengawal diri agar tenang untuk menghadapi segala kegilaan hari ini."Han, ini maklumat detail tentang Miss Noob. Rasanya kita dah boleh briefing kut?" Erzhan mengangguk. Sebagai seorang bodyguard dia mengekalkan riak wajah tegas tanpa secalit senyuman. Anggun pula seriau melihat lelaki itu.
Garang! bolehkah dia mendengar arahan Anggun nanti?"Assalamualaikum, miss. Saya Erzhan dan miss boleh panggil saya Han, sebab nama saya ni susah sikit nak disebut." Anggun hanya mendengar walaupun minda masih tak habis-habis fikirkan Habib.
"Waalaikumussalam, baik." Memberi senyuman yang dipaksakan.
"Awak boleh tanggalkan topeng awak, Miss noob." Encik Wahab memberi arahan seterusnya. Terpusing laju kepala Anggun memandang lelaki bermisai kontot itu.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...