ERZHAN tak cukup tanah mengejar Anggun. Laju betul dia lari macam pelesit. Satu hari ini dia melayan drama manusia saja. Sudahlah dia kena layan drama manusia, boleh pula isunya tengahari tadi tular di media sosial. Cepat sungguh wartawan kutip gosip.
"Miss okey?" Dia bertanya nada prihatin. Si gadis hanya memandang cermin dari tadi. Lebih selesa memandang ke luar tingkap.
"Aku okey, jangan banyak tanya hantar je aku balik." Bertaut kening Erzhan mendengar intonasi suara Anggun.
Marah sangat tu sampai gunakan 'aku' 'kau'."Rumah miss kat mana?" Erzhan menoleh sekilas. Masih lagi Anggun tidak memandangnya.
Seketika, dia dapat melihat Anggun sibuk mencapai telefon pintar dari dalam poket.
Sepanjang jalan, baru sekarang gadis itu menatal telefon."Aku dah send location rumah aku kat kau." Erzhan mengangguk.
Oh, tengok telefon sebab nak hantar location. Ingat nak WhatsApp Encik tunang dia tu.
"Saya minta maaf pasal hal tengahari tadi. Saya tahu yang saya tak patut nak tinggalkan pc sebelum pihak media tamatkan sesi soal jawab. Saya sebenarnya jadi marah bila tengok orang sekeliling hentam miss sampai nak boikot Miss Noob dalam industri ni." Tiba-tiba bibirnya lembut mengucap kata maaf. Rasa ralat masih terbuku di hati. Selagi tidak dilafazkan dengan kesungguhan, perasaan serba salah Erzhan semakin menebal.
"Kau cakap apa eh tadi? aku lupa." Erzhan terlongo bila si gadis selamba angkat sebelah kaki ketika duduk.
Dalam tempoh beberapa jam ni saja dia dah hairan melihat artis jagaannya.Memang sesuai sangatlah Miss Noob dianggap misteri dikalangan netizen di luar sana. Perangai memang misteri tak dapat nak dijangka.
"Miss ni mudah lupalah. Tadi terlupa nama sendiri, sekarang lupa pasal hal tadi pula." Erzhan kecilkan biji mata tanda protes.
"Hurm, kau okey ke kalau dapat bos pelupa macam aku ni?" pertanyaan si gadis membuatkan Erzhan berfikir sejenak. Nafas ditarik perlahan.
Tanpa dia sedari, yang duduk di sebelahnya merupakan tubuh seorang lelaki bernama Jay.
Hari ini, Jay munculkan diri lagi. Keterujaan Anggun kerana kagum melihat gaya Erzhan membela nasibnya tadi menyebabkan Yin munculkan diri. Dan kemarahannya terhadap Habib dan syarikat rakamannya mengakibatkan Jay munculkan diri walaupun baru beberapa hari lepas Jay munculkan diri.
Semuanya jadi kalut kerana emosi Anggun bertukar-tukar angin.
"Setiap manusia ada kekurangan dan ada kelebihannya. Mungkin miss kurang daya ingatan, tapi miss hebat dalam hal lain pula. Allah tu maha adil miss." Usai menoktah kata, Erzhan memberi senyuman manis.
"Bagitahulah kau cakap apa tadi?" selamba Jay menyiku Erzhan. Dia pun nak tahu apa yang berlaku.
"Tengok jela video ni, kawan saya hantar tadi." Langsung Erzhan menghulur telefon bimbit setelah membuka aplikasi WhatsApp.
Beberapa detik, Jay fokus mendengar dan menghayati video yang dipamerkan kepadanya. Sesekali, mata bersilih ganti memandang Erzhan."Kau tak takut kena buang kerja ke disebabkan benda ni?" Erzhan menjongket bahu. Dia pun tidak tahu nak beri reaksi yang bagaimana sekiranya perkara itu berlaku.
"Nampak gayanya kau boleh lindungi Anggun, maksud aku ..." bicara terhenti di pertengahan. Jay terlupa yang dia sedang menyamar menjadi Anggun.
"Kau boleh lindungi aku dengan baik. Aku harap si Wahab tak buang kau." Dia menyudah bicara dengan ayat yang lebih tersusun. Erzhan tidak mampu berkata-kata. Hanya senyum dan terdiam kaku.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...