BAB 8

18 5 0
                                    

ELNARA menggelabah bila mata kasarnya tidak dapat melihat susuk tubuh Anggun di dalam kamarnya. Keadaan bilik yang berselerak juga membuatkan hati Elnara berdebar-debar. Bebola mata melingas memandang sekeliling. Baju dari dalam almari semua berkusai tidak bersusun. Tisu basah juga bertaburan di lantai. Tergeleng-geleng kepala melihat keadaan kamar tidur Anggun.

"Aku rasa aku dah tahu, siapa yang keluar." Dia mengetap bibir. Nafas berat dilepaskan.

Perlahan-lahan, Elnara melabuh duduk sebentar di atas katil. Dia cuba menenangkan diri supaya dapat mengawal situasi malam ini. Jika Anggun sudah bertukar menjadi Jay, dia memang tidak mampu menjejaki di mana Jay berada.

Mamat tu suka buat hal. Tak reti nak mendengar kata langsung.

Jay. Digambarkan sebagai seorang lelaki berusia 27 tahun. Doktor Fayyid gelarkannya sebagai 'pelepasan kemarahan'. Di kala Anggun dalam keadaan sangat marah, Jay akan muncul untuk serap segala kemarahan itu. Dia yang akan melempiaskan segala kemarahan bagi pihak Anggun.

"Aduhai, Anggun. Habislah kalau mamat tu dah keluar. Confirm nanti badan kau luka-luka, muka kau bengkak-bengkak bila balik rumah." Elnara gelisah. Setiap kali Jay munculkan diri, dialah manusia yang paling menggelabah.

"WHAT?" Doktor Fayyid tergamam dari dalam talian. Jay sering keluar di waktu malam. Lelaki itu pun pening kepala.

"Anggun ni memang suka marah-marah waktu malam ke? Saya perasankan yang si Jay tu asyik keluar waktu malam. Awak dengan dia main tarik-tarik rambut ke bila malam menjelma, sampai si Jay tu boleh keluar?"

Doktor Fayyid membebel panjang. Pening kepalanya mahu memikirkan hal Anggun di waktu malam.

"Mana ada doktor. Tadi lepas je saya cerita dekat dia pasal si Anggerik, terus dia naik atas dan tak keluar bilik. Saya ingatkan dia sambung tidur, rupanya ..." nafas berat dilepaskan. Elnara menghentikan bicara di pertengahan ayat.

"Aduhai, kalau Jay keluar confirm saya jadi mangsa." Doktor Fayyid mendengus. Memikirkan keadaan diri yang sentiasa menjadi sasaran Jay untuk melempias kemarahan.

"Mangsa apa pula ni?" Kening Elnara bertaut rapat. Kurang mengerti.

"Jay tu suka pukul saya secara tiba-tiba. Benci sangat dia dekat saya." Doktor Fayyid sempat bercerita. Elnara melopong bibir seolah-olah lelaki itu depan mata.

Tak sangka pula rupanya doktor sering menjadi mangsa.

"Kalau Jay pukul doktor, apa kata doktor pukul je dia balik. Mamat tu memang suka menyusahkan orang."

Elnara memberi cadangan spontan. Dia pula yang sakit hati. Ada tawa halus yang kedengaran dari dalam talian. Hati Doktor Fayyid tercuit sedikit.

"Kalaulah si Jay tu bertubuh sasa, dah lama saya debik dia balik kalau dia pukul saya. Masalahnya, dia pukul saya guna badan Anggun."

Itulah yang payah. Doktor Fayyid sentiasa tidak sampai hati menyakiti tubuh Anggun walaupun dia berubah personaliti. Sang jejaka tetap menghormati Anggun sebagai seorang wanita walaupun ketika karakternya bertukar agresif.

"Hurm, ia tak ia juga. Aduhai, bertabahlah wahai doktor. Cekalkan hatimu sang musafir dunia."

Elnara tahan gelak. Dia tidak tahu mahu kasihan ataupun mahu ketawa bila mengenangkan nasib Doktor Fayyid.

"Hahaha, kawan hilang pun sempat awak nak buat lawak eh?" meledak tawa mendengar butir ayat yang melucukan.

"Eh, saya buat lawak ke doktor? Tak sedar pula." Elnara pula yang merona merah bila Doktor Fayyid terhibur dengan kata-katanya. Wajahnya berubah riak selenga.

SPLIT PLAYGIRLWhere stories live. Discover now