BAB 15

2 0 0
                                    

JAY tergesa-gesa bersua Doktor Fayyid. Ada satu perkara ingin dikenalpasti.
Melihat Jay masuk ke dalam bilik rawatan, segera dia bangkit dari duduk. Siap sedia untuk berdepan dengan Jay.

"Siapa awak? Anggun atau ..." Doktor Fayyid bertanya nada terketar-ketar. Tidak mahu jadi mangsa pukulan Jay berulang kali.
Sakit tempoh hari pun masih tidak surut. Tak akan pula hari ini dia mahu merelakan saja tubuhnya tersakiti.
Fuh, tak sanggup.

"Saya Anggun, doktor. Maafkan saya pasal hal Jay." Jay melutut depan Doktor Fayyid. Riak wajahnya mengendur. Cuba meyakinkan lelaki itu bahawa dia muncul sebagai watak utama.

"Hal apa pula ni?" saja dia bertanya naif.

"Doktor tak payah pura-pura nak rahsiakan hal Jay daripada saya. Dia ada pukul doktor, kan? sebab itulah tangan doktor berbalut," Jay bercekak pinggang ketika membidas kata-kata si jejaka. Sebiji-sebiji dia meniru karakter Anggun Safeera.

"Maaa mana ada. Tangan saya ni berbalut sebab jatuh tangga." Segera Doktor Fayyid menundukkan wajah. Cuba menafikan.
Jay rasa sakit hati bila Doktor Fayyid tunjuk sikap baiknya depan Jay.

Kenapa nak tunjuk baik? tak akan dia tak nak kutuk Jay depan Anggun?

"Kalau dia tak pukul, kenapa pipi doktor bengkak?"
Jay mengangkat wajah dan memandang hadapan.

"Saaa saya ..." tergagap-gagap. Doktor Fayyid mati akal mahu menyusun kata.

"Kalau doktor tak puas hati pasal hal Jay, doktor beritahu saya ya?" sambung Jay lagi. Dia melepas nafas berat setelah mengakhirkan bicara.

Lakonan hebatnya mengaburi mata Doktor Fayyid.

"Hurm, saya dah biasa kena pukul dengan Jay tu. Saya dah kental." Doktor Fayyid tidak mampu menyembunyikan hal tersebut.

"Kalau Jay yang keluar, saya nak doktor lari jauh-jauh dari dia. Jangan biarkan dia sakiti doktor. Kasihan doktor asyik kena pukul dengan dia." Jay bersuara nada sebak. Suaranya makin lama makin perlahan.
Padahal dalam hati dia memang puas hati dapat tumbuk muka doktor over protective tu.

"Saya minta maaf sangat-sangat sebab tangan ni selalu buat doktor terluka."
Semerta, Jay menumbuk-numbuk tangan sendiri. Terbelalak Doktor Fayyid melihat tingkah pesakitnya. Dengan kadar segera, Doktor Fayyid mendekati dan menghalang perbuatan Jay.

"Saya dah banyak sakitkan tubuh doktor. Saya ni jahat doktor! Orang macam saya ni memang tak patut hidup." Terus-terusan Jay menyalahkan diri sendiri.
Sekali-sekala lakonan kena mantap.

"Awak tak perlu minta maaf pun Anggun. Awak tak sedar apa yang berlaku." Segera Doktor Fayyid pusingkan tubuh Jay, kemudian dia perlahan-lahan mengusap lembut bahu Jay sekadar mahu memberikan secebis ketenangan. Lembut suaranya menyinggah ke cuping telinga Jay.

"Kenapa doktor tak pernah melawan kalau Jay pukul doktor? Tolonglah balas balik perbuatan dia, kalau dia dah pukul doktor separuh mati."
Soalan cepumas diajukan kepala lelaki itu.

"Macam mana saya nak balas perbuatan dia kalau mata saya ni nampak wajah Anggun yang pukul saya? Tak tergamaklah saya nak pukul awak." Tenang saja balasannya. Doktor Fayyid mengukir senyuman tipis.

"Masalahnya Jay yang muncul. Jadi tubuh dan tenaga saya ni akan bertukar menjadi lelaki." Jay rasa tercabar bila Doktor Fayyid buat ayat lelaki gentleman.

"Hakikatnya awak tetap perempuan walaupun karakter awak berubah sebagai seorang lelaki. Saya tak sanggup nak sakiti wanita, lebih-lebih lagi wanita tu awak." Masih tenang membalas kata-kata Jay. Sesaat pun dia tidak perasankan kehadiran Jay.

"Terima kasih doktor sebab selalu faham saya."
Jay mahu melihat sejauh mana cerita yang bakal Doktor Fayyid sajikan bila bertemu Anggun.

"Sama-sama. Awak duduklah dulu, tenangkan diri, biar saya ambilkan air mineral untuk awak," beritahunya perlahan. Belum sempat Doktor Fayyid aturkan langkah, Jay segera menarik spontan lengan baju lelaki itu.

"Tak payah, doktor duduk sebelah saya sekejap." Doktor Fayyid terpempan. Hairan mendengar arahan dari Jay.

"Duduk sebelah awak? Kenapa pula?" acuh tak acuh Doktor Fayyid bertanya sambil dia melabuh duduk lambat-lambat di sebelah Jay. terkebil-kebil sendiri.

"Sebab aku nak bagi amaran dekat kau!" drastik leher Doktor Fayyid dicengkam. Kuat.

"Kaaa kau siapa?" Berubah pucat muka Doktor Fayyid. Sah, dia kena tipu! yang muncul dari tadi bukannya Anggun tetapi Jay.

"Lakonan aku menjadi tak?" tawa halus terletus.

"Kau Jay?" Doktor Fayyid rasa tertipu. Karakter Jay semakin berbahaya.

"Kali ni aku tak ada mood nak pukul orang. Cuma aku datang sini nak tengoklah yang kau ni kutuk aku ke tak bila dah kena belasah hari tu. Tapi kau ni baik sangat pula! Sikitpun kau tak rasa nak burukkan aku." Jay rasa hampa sendiri. Lain yang dia harapkan, lain pula yang jadi

"Kenapa kau pura-pura jadi Anggun?" Itulah persoalan yang mula berlegar dalam fikiran.

Jay diam sekejap. Hanya senyuman sarkastik menghiasi bibir.

"Jay! kenapa kau perlu menyamar jadi Anggun? kau nak buktikan apa ni?"
Naik angin.

"Aku rasa aku ni tak lama lagi dah boleh jadi main character dalam badan dia ni. So, tak payahlah aku beria nak kena tunggu dia marah baru keluar." Mendengar penjelasan Jay membuatkan Doktor Fayyid semakin gelisah.

"Jangan buat macam itu Jay." Kerutan dahi semakin menebal. Semakin meledak tawa Jay. Dapat dilihat wajah Doktor Fayyid semakin gelisah.

"Anggun tu lembik! semua pun tahu dia lembik. Lebih baik aku je yang kuasai hidup dia, biar orang tak mudah nak pijak kepala."
Baginya Anggun terlalu baik, sebab itulah orang mudah mengambil kesempatan. Terlalu naif!

"Anggun tu perempuan, kau tu laki," getusnya geram. Jay buat muka tak bersalah.

"Kau jujur jela yang kau takut tak boleh jumpa Anggun kalau dia selamanya jadi aku." Ayat provokasi sengaja ditekankan depan Doktor Fayyid. Pantang bertemu pasti mereka akan bergaduh.

"Aku berusaha nak sembuhkan dia tapi kau orang tetap juga nak muncul kenapa?" Doktor Fayyid menggenggam penumbuk. Sikap Jay yang terlalu pentingkan diri sering menyusahkan dia.

"Tak payah seksa dirilah nak sembuhkan si Anggun tu. Dia tak akan pandang usaha kau tu sebab mata dia dah dikaburi dengan kasih sayang Habibullah tu."
Entah mengapa, butir ayat Jay kali ini menimbulkan kemarahan di hati Doktor Fayyid.

"Kau ni berlagak hebat Jay! padahal bukan kau yang muncul dulu dalam hidup Anggun. Tapi kau punya perangai tu mengalahkan Ayu yang sah-sah punca Anggun dapat sakit ni." Hilang sabar. Bibir diketap menahan perasaan marah yang semakin menikam. Hari demi hari, sikap provokasi Jay membuatkan dia tercabar.

Memang kerja Jay nak sakitkan hati dia saja.

"Wuish, Doktor Fayyid mesti ada kat tempat kejadian waktu Ayu munculkan diri, kan? apa kata share pasal semua benda yang doktor tahu."

"Keluar sekarang!" Pintu dibuka tetapi Jay hanya buat muka tak berperasaan. Ada lagi kata-kata yang ingin disampaikan.

"Kau susah nak luangkan masa dengan Ayu, kan? opsss, bukan susah tapi kau memang sengaja elakkan diri dari bertemu dia. Sebab tulah setiap kali Ayu muncul kau suruh Elnara yamg uruskan dia. Kan?" Persoalan yang timbul bagaikan peluru yang menembak.

Doktor Fayyid terduduk lemah. Tiada jawapan mampu diberikan kepada Jay melainkan diam.

Kenapa aku kena hadap kau Jay!

DOKTOR Fayyid duduk di birai katil. Terkesan dengan kata-kata Jay ketika di hospital tadi. Semakin hari dia berada di jalan buntu. Dia mahu membantu Anggun, tetapi dalam waktu yang sama dia risau dengan bayang-bayang sendiri.
Berhadapan dengan enam karakter Anggun yang berbeza menambahkan beban.

"Anggun ... bila saya dah mula saya tak akan berhenti." Titisan air mata mencemari pipi. Jay pasanglah pelbagai seribu satu strategi pun untuk menghentikan dia dari memberi rawatan kepada Anggun, dia tetap tidak akan berhenti tengah jalan.

Seketika, pandangan mata beralih memandang sekeping gambar lama. Gambar remaja perempuan di dalam gambar diperhati lama. Kemudian, dia merenung teddy bear yang dipeluk oleh gadis di dalam gambar.

"Saya minta maaf sebab tak mampu nak selamatkan awak. Maafkan saya Anggerik."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SPLIT PLAYGIRLWhere stories live. Discover now