ELNARA termangu sendiri menunggu Anggun bangkit dari tidurnya sejak semalam. Lama juga dia terlena sehinggakan Elnara celik semula pun dia tidak tersedar lagi.
"Nasiblah Ustazah Ayu yang keluar. Tak adalah pening sangat kepala nak handle. Dia tu bijak sikit, kalau tahu nak jadi orang lain cepat-cepat call aku. Kalau personaliti kau yang lain? Harapan. Ikut kepala sendiri je tak mahu mengalah."
Elnara mengomel sendiri sambil mendongak dagu di atas katil. Perlahan-lahan, kepala Anggun diusap lembut.
Setiap kali menatap wajah rakannya itu, hati merasa empati.
Sudah beberapa tahun dia perlu menghadap penyakit Anggun yang tidak semua manusia miliki. Kecelaruan dialami sekurang-kurangnya dua peratus dari populasi dunia. Kebanyakannya wanita yang lebih terkesan berbanding lelaki.
Sungguh, dia perlu memahami Anggun sepenuh hati. Dia juga perlu memastikan teman baiknya sentiasa hadap segala situasi dengan baik walaupun ia terkadang perit.
Dring ...
Telefon bimbit Anggun di sebelah berdering. Elnara yang terkejut. Segera dia memerhatikan skrin telefon untuk di jawab.
"Alamak, Habib." Bibir melirik perlahan nama itu. Elnara buntu.
Dia nak jawab apa kalau Habib bertanyakan hal tunangnya? Tak akan nak beritahu yang semalam Anggun pengsan? Aduhai...
Beberapa detik berlalu, akhirnya Elnara menekan butang hijau untuk menjawab. Nafas ditarik perlahan sebelum melekatkan telefon di telinga.
"Waalaikumussalam, Habib. Kenapa call pagi-pagi ni." Elnara menggigit bibir ketika menjawab panggilan. Jantung berdegup laju terasa nak pecah.
Dia rasa gementar kerana sedikit aneh bila Habib menghubungi Anggun selepas subuh.
"Haaa, ni Nar ke?"
"Ya, kenapa call." Elnara menjawab ringkas.
"Aku tak sedap hatilah. Dari semalam Anggun tak jawab panggilan aku. Lepas je dia tergesa-gesa nak balik tu, dia langsung tak inform aku apa-apa." Kedengaran suara Habib di hujung talian benar-benar risaukan tunangnya.
"Dia tergesa-gesa nak balik? Kenapa pula?" soal Elnara, pelik. Suasana senyap seketika seperti Habib sedang memikirkan sesuatu.
"Aik, bukan ke dia cakap ada hal urgent dengan kau?" Kening terjongket tinggi. Elnara telan liur sendiri bila Habib kata begitu.
Aduhai, aku salah tanya soalan. Sengal betullah kau ni Elnara. Dasar otak udang.
"Ohhh ... haaa betullah tu." Tergagap-gagap. Nasiblah Habib tiada depan matanya. Tak adalah dia rasa terlalu gemuruh.
"Apa yang berlaku sebenarnya? Betul ke hal urgent yang dia maksudkan tu ada kaitan dengan kau?" Habib sedikit ragu. Dia merasakan Elnara sedang menipu.
Pasti mereka sembunyikan sesuatu darinya.
"Hal perempuan. Tak payah sibuklah wahai Habibullah." Laju Elnara menjawab walaupun suara sudah bergetar.
"Dia tu kekasih hati aku, mestilah aku perlu sibuk." Bentak Habib membalas. Jika hal itu melibatkan Anggun, dia sentiasa merasa gelisah selagi tidak temui jawapan sebenar.
"Hal perempuan, tak payah sibuk." Elnara sudah mendapat rentak untuk mencari alasan.
"Beritahulah hal apa. Please..." Elnara mengherot senyum ke tepi. Berasa lega kerana minda dapat mencari jawapan secara spontan.
"Aduhai, mamat dagu runcing ni. Kalau aku beritahu, aku pula yang segan." Elnara menggetus. Sengaja buat ayat menduga.
"Tak ada apa yang nak disegankan. Beritahu jelah hal apa. Kitakan kawan?" suaranya mendesak. Elnara mencebik bibir.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
Roman d'amourUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...