"HEY, YOU! lepaskan I." Erzhan cepat-cepat lepaskan pergelangan tangan Anggun bila gadis itu bersuara separa teriak. Sesekali, dia pandang kanan dan kiri untuk melihat kalau-kalau ada wartawan yang mengikut gerak-geri mereka.
"You ni kalau ya pun nak ajak I berlari, tangan you tu janganlah tarik I kuat-kuat."
Melihat tingkah Miss Noob semacam pelik, Erzhan berkerut dahi. Dia tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Tadi punyalah Miss Noob bersopan santun ala ala gadis melayu terakhir bila berbicara, tiba-tiba pula tangan dan kaki meliuk lentok."Maafkan saya miss, saya buat macam tu sebab nak larikan diri dari wartawan. Saya nampak awak stress sangat tadi." Erzhan berasa serba salah kerana mungkin tindakannya tadi berlebih-lebihan sebagai seorang pekerja.
Baru hari pertama dah buat hal. Gila."Siapa miss? Hello, My name is Yin." Hujung mata menjeling si jejaka.
Ternyata, Anggun berubah drastik menjadi Yin.Bukan mudah lelaki lembut itu nak keluar. Dialah personaliti paling susah nak munculkan diri.
"Haaa, Yin? bukan nama awak dalam ic Anggun ke? Yin tu nama untuk apa pula?" Dia cuba untuk berlagak biasa walaupun dalam keadaan getir.
"Kalau I keluar, jangan panggil I Anggun. I semaklah dengan perempuan lembik tu." Yin menghentak kaki dan tangan menumbuk lembut tubuh Erzhan.
"Perempuan lembik?" bibir ternaik sedikit. Cuba menghadam situasi yang berlaku.
"You ni siapa? you look so handsome." Riak wajah Yin berubah drastik dari panas ke dingin. Jari halusnya menyentuh lembut pipi si Erzhan. Terundur lelaki itu dibuatnya.
"Saya ni bodyguard awaklah." Terketar-ketar memberi jawapan.
"Amboi, curlass kau Anggun! pilih bodyguard pun nak demand." Yin ketawa nakal. Tangan menutup mulut sendiri.
Setiap inci tubuh Erzhan diperhatikan dengan lirikan matanya penuh menggoda."Saya tak fahamlah, kenapa miss nampak pelik?" tertelan liur sendiri.
Nak kata Miss Noob sedang menjiwai watak dalam drama sepertinya tak mungkin. Dia pelakon dan bukannya penyanyi.
"Haih, rimas betullah topeng kat muka ni! Orang jadi artis dia nak jadi artis. Bila dah jadi artis beria pula tutup muka! lecehlah si budak Anggun tu." Yin bersandar mengomel sendiri.
"Saya hantar miss ke studio dulu. Kejap lagi rehat dulu sebelum meeting."
Laju Yin menoleh bila perkataan studio disebut-sebut. Dia ingatkan lelaki itu mahu hantar ke rumah."Aduhai, ada meeting apa pula si budak Anggun tu?" bibir memuncung sedepa.
spoil mood."Meeting company." Tidak semena-mena yin mengelip mata beberapa kali. Tekak terasa kering.
"Oh My god. Kalau meeting besar-besar macam ini I tak nak masuk campur. Tolong tidurkan I balik."
Tubuh Erzhan digoncang kuat. Terkedepan terbelakang tubuh Erzhan diperlakukan begitu."Haaa, tidurkan awak? Kenapa pula?" Dia melayan saja perangai artis jagaannya walaupun dia dah mula sangsi.
"I tak nak ada dalam meeting tu." Yin merengek-rengek di depan Erzhan.
"Mana boleh miss. Awak tu orang penting, mestilah kena attend." Masih tenang.
"Aduh, you tak akan faham apa yang berlaku ni. Apa kata, you singgah je beli panadol dekat mana-mana farmasi lepastu you paksa je I telan ubat tu." Yin mendesak.
"Haaa? kenapa pula." Masih cuba untuk faham.
"Lepas dah beli panadol you sumbat panadol dalam mulut I." Memberi cadangan. Hanya dia saja yang tahu cara mudah untuk tidurkan dia semula. Dia manusia yang takut ubat, jadi ubatlah benda paling mujarab untuk diberikan kepada dia.
YOU ARE READING
SPLIT PLAYGIRL
RomanceUstazah Ayu,Yin, Aggerik, Jay dan Amanda. Menjadi sahabat dalam tubuh Anggun buat sekian lamanya. Dia merasakan hidupnya berada dalam pertempuran tidak berpenghujung. Setiap hari, Anggun berdepan dengan personaliti bergandanya untuk meneruskan kehi...