●~Happy belated ied Mubarak!!~●

59 4 0
                                    

"Aarrrghhh abang!!" Jerit Isya bila dia terasa sesuatu yang pedih  dicelah kangkangnya.  Fizman menoleh kebelakang.

"Ya Allah sayang!!"  Air yang jernih mengalir keluar dari kain Isya.

"Abang!! Sakit bang."  Isya merintih kesakitan... dia mencengkam bahu Fizman. Fizman mengangkat Isya gaya bridal style lalu kereta dituju.

"Sayang sabar sayang! Abang bawak sayang pergi hospital." Kata Fizman cemas. Tok timah berada dibelakang menemankan Isya.

------------------------------

"Aaaaarrrrghhhhhhh!!!!!!!!!!" Isya  menjerit.

"Sabar ye puan, bukaan belum luas lagi " kata Nurse disitu.

"Abang! Sakit abang." Jerit Isya. Fizman disebelah bercampur perasaan, takut, cemas, panik semua nya ada.

'Ya Allah kau permudahkanlah urusan isteri aku untuk bersalin.'

"Abang, Isya tak tahan dah abang, sakit sangat!" Kata  Isya sambil mengcengkam lengan Fizman yang berada disebelahnya.

"Ok, dah rasa dah boleh ni puan, Encik nak ikut masuk sekali ke bagi semangat dekat Isteri encik?" Tanya Nurse itu. Fizman menelan air liur.

Lalu dia mengangguk perlahan. Nurse itu mengangguk lalu terus diusung Isya yang hampjr hampir terberanak diatas katil.

"Abang, jangan tinggalkan Isya abang." Rayu Isya pada Fizman yang turut berlari bersama dengan nurse itu.

"No, abang takkan tinggalkan sayang, abang janji."  Kata Fizman memberi semangat pada Isya.

Isya berkerut menahan kesakitan.

"Sayang, sayang kena kuat, sayang nak tengok anak kita kan? Sayang nak tengok kita besarkan anak kita sama sama kan?" Isya tidak menjawab.

Isya telah masuk kebilik bersalin. "Doktor dah sampai sila beri laluan." Jerit nurse diluar. Tiba tiba pintu dibuka.

"Berapa bukaan dah?"

"16 cm."

"Ok start now." Kata Doktor itu bergegas kearah Arah Isya.

"Puan, puan ready? " tanya doktor itu.

Isya menggangguk.

"Ok Puan, bila saya sebut push puan teran ya?" Isya mengangguk lemah.

"Ok, satu dua tiga push!!"

"Aaarrrrghhhhhhhh" badan Isya terangkat. Fizman memegang tangan Isya dengan erat.

"Satu dua tiga Pushh!!!!!"

"AAARRRRRRRGHHHHHH" isya mengerang kesakitan.

"Puan, puan kena teran kuat lagi, saya masih belum nampak kepala." Kata Doktor itu bimbang.

Fizman tercegang lalu dia melihat kemuka Isya.

Ni nak pergi rumah mak ngah ke nak ngorat anak dara dekat sana?

Sayang...

Abang rasa anak kita lelaki ke perempuan?

I love you so much.

Kalau satu hari sayang tak ada macam mana abang nak jaga diri sendiri?

Sayang please..

Kita tak tau bila orang yang kita sayang pergi.

"Sayang... please, bertahan, sayang i know its hard but please, dont leave me. Sayang nak tengok anak kita kan? Sayang nak jaga dia kan?" Kata Fizman ditepi Isya. Isya mengangguk walaupun wajahnya berkerut dan berpeluh.

"Ok puan sekali lagi!! Satu dua tiga pushh!!!!!!"  Jerit doktor itu.

"Aarrrrghhhhhhhh."

"Satu dua tiga pushhhhh!!!!"

"AARRRGHHHHHHHH!!!" 

"Ok saya dah nampak kepala,   sikit lagi puan, satu dua tiga pushhh!!!!"

"ARRRRGHHHHHHHH"

"One more timee. Satu dua tiga pushh!!!"

"ARRRGHHHHHHHHHHH!!!!"

"Uwekk!!! Uwekk!!! Uwekk!!" Fizman tersenyum.

Isya tercungap cungap mencari oksigen.

Tiba tiba..

Tit tit tit tit tit tit tit.

"Doktor, denyutan jantung  pesakit tidak stabil!!" Jerit nurse disebelahnya.

Fizman cuak.

"Maaf Encik tapi Encik perlu berada diluar."  Kata Nurse itu menolak Fizman keluar dari bilik bedah itu.

Fizman bingung. Makin lama bunyi yang nyaring itu semakin laju. Nurse bergegas kesana sini untuk berusaha menyelamatkan Isya. Kedengaran bunyi jeritan doktor mengarahkan sesuatu dalam keadaan cemas.

"Isya." Fizman memegang pintu bilik bedah. "Isya!!" Jerit Fizman.

Namun tiada siapa yang membuka pintu.

Fizman mengetuk pintu dengan penumbuknya dengan kuat.

"Woi!! Bukak pintu ni!! Aku nak tengok isteri aku!!" Orang yang lalu lalang cuba memberhentikan Fizman.

"Woi!! Bukak pintu ni, Aku nak tengok bini dengan anak aku!!" Jerit Fizman lagi lalu dia ditarik oleh beberapa orang.

"Sabar encik sabar." Kata seseorang yang lebih tua darinya.

"Isteri saya ada dalam tu pak cik." Kata Fizman cemas. Pak cik itu mengangguk faham dalam masa yang sama menenangkan Fizman dengan memgalunkan beberapa ayat al quran.

Fizman menitiskan air matanya.

Beberapa jam kemudian pintu bilik bedah dibuka.

"Saya minta maaf...."

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now