chapter 16

90 13 1
                                    

"Weyh aku nak pergi libary kejap tau." Kata Fizman kepada rakannya, Huwaiz. Ralit tengok telefon bukan nak layan aku siap senyum senyum macam kera busuk, baik aku pergi cari Isya lagi best. Aehh asal tiba tiba best ni aekk.

Fizman sudah hampir dengan libary tapi terhenti apabila ternampak Isya sedang berada di hadapan libary. Senyuman yang lebar sudah diukir. Rasa bahagia sudah hadir tanpa disedari.

Baru saja mahu menegurnya tiba tiba seorang lelaki datang merapati Isya. Rancak berbual , tersengih sengih aku tengok lelaki tuh berbual dengan Isya.

Isya pun menguntumkan senyuman yang manis padanya. Siapa dia tu? Kawan dia ka? Kalau kawan dia asal macam terlebih dari kawan ja aku tengok.

Aku punya tak tidur malam pikir pasal dia, tengok gambar gambar dia, lepas aku cari dia, dia boleh senyum senyum kambing dengan orang lain. Sakitnya hati aku. Fizman tersenyum sinis. Perempuan...

Fizman pergi kearahnya selepas lelaki itu pergi, sempat dia menghadiahkan jelingan kepada Isya sebelum berlalu pergi dari dia. Dia terlalu bodoh kerana percaya yang Isya sukakannya seperti dirinya. Aku sukakan Isya herhghh lambertttt lagi.

Dia tak tau kenapa dia tak suka Isya rapat rapat dengan lelaki lain. Tapi dia tidak boleh melarang, Isya bukan hak dia nak melarang dan menghadkan pembebasan Isya. Dia berasa sakit di hati bila Isya rapat dengan lelaki lain.

Dia tidak pernah merasakan seperti ini. Rasa marahnya meluap luap bila Isya tidak memanggil dia bila dia melepasi Isya tadi. Dia tak kisah ke? (lelaki ini need attention guys please give him some attention.)

Fizman berasa serabut memikirkan tentang Isya dan lelaki itu. Sehinggakan Huwaiz yang berada ditepi dihirau olehnya. Itulah tadi kau pulau dia.

"Asal dengan kau ni, sejak balik dari libary kau terus mendiamkan diri. Kenapa pak cik oii." Kata Huwaiz .

"Weyh perempuan kalau dia senyum dengan lelaki memang tak reti cover aeh?" Kata Fizman.

"Sejak bila kau ada kawan perempuan ni? tak pernah aku tau, cantik tak? Single ka taken?" Laju Huwaiz menanyakan soalan.

"Apa kau ni aku tanya dekat kau, kau tanya aku balik." Marah Fizman.

"Ok ok kalau perempuan tu dengan kau, dia cover tak senyuman dia? Tak kan?" Kata Huwaiz sambil menjelingkan matanya.

Fizman berfikir, dia tak tau sama ada Isya ikhlas atau tak ketika bersama dengannya.

"Kalau nak ngorat baik kau ngorat betul betul, jangan sampai dikebas orang baru kau nak menyesal tak sudah." Kata Huwaiz sambil menaip sesuatu di telefonnya. Sibuk berbual dengan siapalah tuh.

Fizman terdiam. Aku nak ngorat dia? Aku dah suka dia ke sampai nak ngorat dia. Tapi apa salahnya kalau dia sukakan Isya tapi lelaki itu siapa? Tak boleh aku kena dapatkan Isya juga.

Keesokkan harinya.

Mata Fizman lebam akibat tak cukup tidur dah dua hari dia tak dapat tidur disebabkan Isya. Isya betul betul sudah membuatkan Fizman Angau dengannya.

Tak sudah sudah Fikir pasal Isya dengan lelaki itu, fikir bagaimana nak dapatkan Isya, kadang kadang membelek gambar gambar Isya. Terasa rindu dihati tak bersemuka dan bercakap dengan Isya sangat berat.

Mungkin dia sudah betul betul mahukan Isya. Kalau boleh dia nak simpan isya dirumahnya Jangan beri sesiapa pandang Isya. Jika dia mahu berbuat demikian dia perlu memperisterikan Isya. Wow Fizman sampai kesitu kau berfikir.

Tiba tiba dia ternampak Isya sedang menjamu selera dikafeteria. Senyumannya tak lekang dari bibirnya. Muka Isya ditenung lama dari jauh. Rasa hati mahu menegur tapi tak berani. Aeh Fizman kalau nak ngorat anak dara orang kenalah berani.

Fizman beranikan dirinya pergi ke meja makan yang dihuni oleh Isya. Lalu dia terus duduk dihadapan Isya. Isya terkejut dengan perbuatan Fizman lalu tersedak. Fizman menghulurkan air yang berdekatan kepada Isya, tak sangka kedatangan mengejutnya boleh membuatkan minah ni terkejut macam ni.

"Awak buat apa kat sini? Tanya Isya selepas minum air yang dihulurkan oleh Fizman.

"Saya nak jumpa awak." Kata Fizman.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Tanya Isya sekali lagi.

"Saya rindu dengan awak." Isya tersedak lagi mendengar ayat yang baru sahaja Fizman hujahkan. Mamat ni asal tiba tiba ja.

"Habis tuh? Awak nak saya buat apa?" Tanya Isya sambil mengambil air lalu menyuakan ke mulutnya.

"Dating dengan saya." Isya tersembur air yang baru sahaja diminum kemuka Fizman.. Nasib lah air kosongnya.

"Sorry, saya tak sengaja. Awak tak sihat ke? Tiba tiba ajak saya dating dengan awak." Kata Isya sambil melap air dimuka Fizman. Nak tergelak sebenarnya tapi tak sampai hati.

"Kenapa? awak ada 'date' dengan mamat kerek lain ka." Tanya Fizman, Fizman membiarkan Isya mengelap mukanya. Isya mengerutkan dahinya. Mamat mana pulak ni.

"Date dengan mamat mana?" Isya bertanya. Baru tiga hari lepas date dengan Fizman ni boleh pulak dia tuduh aku dating dengan mamat kerek.

"Ala awak jangan ingat saya tak tau mamat tu ajak awak keluarkan masa kat depan libary haritu?" Kata Fizman sambil memuncungkan mulutnya.

"Library? Lib... ouhh patut awak tak endahkan saya masa depan libary harituh siap jeling jeling dekat saya lagi. Saya ingatkan saya buat salah apalah dengan awak." Jawab Isya sambil menyambung selera makannya.

"Siapa lelaki itu?" Tanya Fizman. Dia perlukan kepastian kalau tak dia tak boleh tidur lagi hari ni.

"Siapa? Syaqif? Dia kawan saya, kawan satu kelas dengan saya." Pelik lah dia ni macam suami aku pulak dia ni.

"Betulke kawan ja?" Tanya Fizman.

" iya kawan jaaa lagipun dia dah berpunya." Selagi tak bagi jawapan selagi tuh lah tanya.

"Jadi kalau macam tuh..." Fizman sudah senyum sampai nampak gusi. Isya masih single and available. Dia masih ada peluang untuk memikat hati Isya.

"Saya nak confess... saya sebenarnya sukakan awak." Tak kesah nak kata apa janji jujur.

Isya tersedak lagi. Mamat ni nak bagi aku mati awal sebab tersedak ka apa.

"Main main lah awak ni, tak pasal pasal saya tersedak."  Isya gelak kekok takut benda ni akan menjadi serius.

"Saya tak main main, ok kalau awak tak suka saya lagi tak apa, saya akan buatkan awak jatuh cinta dengan saya tapi saya nak awak jangan tolak bila saya ajak awak pergi kemana mana dan saya harap awak juga akan cuba bukakan hati awak kepada saya." Kata Fizman.

Isya terdiam seketika. Aku bukan suka dia. Aku suka tapi aku tak tau dia ni betul betul sukakan aku ataupun tak.

"Ok saya cuba" Isya makan makanan tengahari dia sambil berbekalkan senyuman dibibir. Tak boleh berhenti senyum pulak dah. Hati ni pun tak berhentilah berdegup, dah macam nak terkeluar dah ni.

Fizman pula senyum tak ingat dunia. Dia melihat muka Isya lama. Ya Allah rindunya aku dengan muka ni, 2 hari bagaikan 2 tahun apatah lagi bila tak bersemuka selama seminggu, mesti aku dah jadi gila akibat rindukan si Isya ni.

Fizman juga bersyukur kerana Allah membuka hati Isya untuk memberikannya peluang untuk mencintai Isya dengan sepenuh hati.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now