chapter 48

73 8 0
                                    

"Assalamualaikum, ibu.. Isya nak datang melawat ibu boleh?..... petang ni Isya sampai rumah Ibu.... tak apa ibu.. tak payah masak banyak banyak.... Isya.. Isya datang sorang je ibu..... aehh tak.. tak payah bagitau Fizman..... ya baik ibu... Assalamualaikum." Isya menamatkan panggilan itu. Dia mengeluh. Lepas ni dia perlu berterus terang dengan datin Firana.

"Woihh asal termenung jauh ni?" Tegur Anis dari belakang.. Balqis pula hanya berdiri disebelah Anis sambil menghirup air milo yang kotak tu.

"Tak ada apa lah.. ni dah kenapa baru sampai?" Tanya Isya.. dah lama dia tunggu. Kalau jumpa je mesti aku yang awal, tak apa aku faham.. masing masing ada tanggungjawab sebagai isteri, lepas ni aku kahwin, aku pula yang datang lewat sejam..

"Aku pergi singgah bookstore kejap lepas tu tak perasan dah lambat.. otw datang sini terserempak pulak dengan peah ni tengah bersweet sweet dengan laki dia, macam tak nak lepas." Kata Anis yang merujuk kepada balqis. Balqis hanya tersenyum simpul malu malu kucing taik ayam dia.

Isya tersenyum hambar.

"Kau ok tak ni?" Tanya Balqis pula.

"Aku nampak tak okey ke kat mata korang?" Tanya Isya. Dia tau memang sekarang ni dia tak okey dan kawan dia memang boleh perasan benda tu tapi sengaja ditanya soalan itu.

"Yes.. sangat tak okey.. kau ada masalah ke? Adam buat hal lagi? Aku dah cakap jangan layan dia tu. Berlagak lebih je." Kata Balqis.

"Tak lah bukan sebab dia.. tapi Fizman." Kata Isya.

"Kenapa.. dia dah tau ke?" Isya mengangguk untuk soalan yang ditanya oleh Anis.

"Habis tu result dia?" Tanya Balqis pula.

"Dia.. tak percaya aku." Kata Isya.

"Tak guna punya jantan.. haihh kalau aku jumpa dia ni.. mesti aku tumbuk tumbuk dia." Kata Anis lagi.

Balqis sedang merenung kearah Isya tiba tiba mata dia beralih pada pasangan yang berjalan dibelakang Isya. Kotak milo di genggam dengan kuat nasib dah habis minum.

"Fizman!" Panggil Balqis. Isya menoleh kebelakangnya dan ternampak dia dengan seorang perempuan. Isya melihat kehadapannya semula. Dia mengeluh kuat. Pandangan Fizman yang diberi kepadanya. Mata tu.. macam terpaksa sangat untuk tengok aku. Isya menahan air matanya dari jatuh.

Fizman terus pergi berlalu dari situ dengan Aqilah. Aqilah pelik.. siapa perempuan tu.

Balqis pula bengang. Tunang kau ada dekat sini.. kau boleh pulak pergi dating dengan Perempuan lain. Balqis bangun dari tempat duduknya namun Anis menarik tangan Balqis dan menggeleng.

Anis beralih pada Isya pula yang menunduk.

"Isya.. sabar aeh.. ini ujian untuk kau."  Kata Anis lagi. Kesian sungguh dia pada Isya. Banyak dugaan dalam hubungan diorang ni.

💔💔💔💔💔💔💔

"Assalamulaikum ibu.. Ibu macam mana? Sihat?" Tanya Isya selepas menyalami tangan Datin Firana.

"Walaikumussalam Isya.. sihat.. Isya sihat?" Tanya Datin Firana pula, Isya mengangguk.

"Err maaflah ibu kalau Isya lama tak melawat ibu." Kata Isya pula, dah 5 bulan dia tak datang sini jenguk datin Firana.

"Tak apa.. ibu faham Isya sibuk dengan pembelajaran." Kata Datin Firana dengan senyuman yang ikhlas.

"Ibu... ibu mesti taukan masalah Isya sekarang?" Tanya Isya pula.

"Masalah kamu dengan Adam ke? Tak  apa.. ibu percaya.. menantu ibu takkan buat macam tu, ibu percaya Isya takkan terima cinta Adam kan?"

Isya mengangguk. Dia hampir menangis. Ya allah kenapa dia cenggeng sangat ni.

"Ibu.. Isya sebenarnya datang nak minta maaf sebab malukan keluarga ibu.. Isya tak ada niat pun." Kata Isya sambil menahan sebak yang mencengkam hati.

"Ibu maafkan. Tak apa.. Fizman dah tau hal ni?" Tanya Datin Firana. Isya mengangguk.

"Tapi.. dia tak percayakan Isya.. " kata Isya pula.

"Ya Allah budak bertuah ni, dengan tunang sendiri pun dia tak percaya...habis.. Isya dengan Fizman bergaduh ke?" Tanya Datin Firana lagi.

Isya mengangguk. Bila masa pulak Isya jadi kaki report dekat mak mertua ni?

"Tak apa.. bila dia balik sini tau lah ibu nak sekolahkan dia macam mana, sekarang ni.. Isya kena tolong ibu boleh?" Isya mengangguk.

"Ok.. jom kita ke dapur.. ibu rindu sangat dengan menantu ibu ni."

2:55
[646 words]

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now