chapter 40

59 9 0
                                    

"Sayang serius lah nak naik ni lagi?" Tanya Fizman. Menyesal pula bawak Isya datang sini.

"Seriuslah.. kenapa takut ka?" Cabar Isya.

"Mana ada takut." Kata Fizman buat buat macho walhal dalam hati dah istigfar banyak banyak dah. Kalau dekat Malaysia boleh lagi dia gagah nak naik sebab tak ada lah nampak bahaya lagi tapi dekat negara orang bukan main dasyat dia punya Roller coaster.

Isya menyembunyikan senyumannya." Kalau macam tu jom lah naik." Isya menarik lengan baju Fizman. Fizman hanya pasrah menuruti.

Sebaik sahaja duduk diatas roller coaster itu. Semua keselamatan sudah diperiksa. Perfect! Isya melihat orang disebelahnya. Mata fizman tertutup rapat dan mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu tetapi tidak jelas. Isya tergelak kecil. Tak ubah ubah betul perangai dia.

Selepas seketika roller coaster itu bergerak. Isya sudah excited. Dadanya berdegup kencang. Bukan takut tetapi terlalu excited. Fizman pula, bila terasa roller coaster itu bergerak segera dia melajukan doanya matanya masih lagi tertutup. Tidak mahu tengok pandangan yang menakutkan itu.

Tiba tiba roller coaster itu berhenti. Fizman pelik? Berhenti? Fizman perlahan lahan membuka matanya. Sebaik sahaja dia membuka mata, dia diambang kejatuhan. Dia nak jatuh.. kakinya diawangan. Selepas beberapa saat roller coaster itu jatuh dengan laju. Isya sudah menjerit keriangan. Fizman pula menahan mulutnya dari menjerit. Dia bukan nak menjerit tapi nak menangis.

Sebaik sahaja roller coaster itu habis. Isya melihat pada makhluk Allah disebelahnya. Dia tergelak tanpa suara bila melihat Fizman seperti orang yang tak bernyawa. Rambut yang tadi macho sekarang sudah terangkat sepeti terkena kejutan elektrik.

Isya mungkin tak dapat mengeluarkan suaranya sekarang kerana habis menjerit ketika meluncur tadi. Best!! Lagi best dari Malaysia punya.

"Bie.. dah habis dah.. " kata Isya perlahan bila terlihat Fizman masih lagi termenung. Langsung tak heran pekerja yang menolong dirinya membuka palang keselamatan itu.

"H.. ha? Dah habis ka?" Kata Fizman blur. Ya allah kesiannya tengok dia.

"Iya dah habis jom kita naik benda lain." Kata Isya sambil senyum manis.

"Hah? Naik benda lain?!" Suara Fizman sedikit naik bila Isya masih tidak puas bermain. Isya mengangguk. Fizman hanya mengeluh. Yang main benda alah ni pun entah ke mana rohnya menghilang. Ikutkan je lah Fizman.

"Bie nak naik apa lepas ni?" Tanya Isya. Takkan lah nak naik benda yang dia nak ja, mesti lah tanya Fizman jugak.

"Ermm Bie nak naik apa yang sayang naik ja." Kata Fizman. Dia redha kalau lepas ni Isya nak naik apa apa pun. Isya tergelak kecil.

Isya melihat sekeliling, kemudian dia tertarik dengan satu permainan. Bungee jumping!

"Sayang nak naik tuh." Isya menunjukkan jarinya kearah bungee jumping. Fizman melihat kemudian dia membeliakkan matanya. Dia tarik balik kata kata nya. Dia tak redha!

"Sayang naik lah benda lain. Bahaya lah kalau sayang naik, kalau sayang cedera macam mana? Nanti bie jugak yang sedih tengok sayang cedera." Kata Fizman. Mencari pelbagai alasan supaya Isya tidak memaksanya naik permainan itu.

"Alaaa tapi sayang nak naik bungee jumping, bie kata sayang sayang, pleaseee." Kata Isya memujuk Fizman supaya naik bersamanya. Fizman mengeluh. Dia mengangguk perlahan. Sayang punya pasal dia beranikan diri. Kalau orang lain memang tak lah dia naik, dia hempuk orang tu ada lah.

"Yeayy!!! Jom.. "Isya menarik cap hoodie Fizman.  Fizman hanya mengikuti. Taubat lepas ni dia tak bawak Isya datang tempat tempat macam ni lagi. Niat hati nak pujuk Isya tapi dia pula yang sengsara.

❤❤❤❤❤❤❤❤

Selesai sahaja menaiki pelbagai permainan. Sedar langit sudah mahu berubah warna. Isya merehatkan dirinya dibangku begitu juga dengan Fizman. Fizman melentokkan kepalanya pada bangku. Penat!! Macam mana lah minah ni tak penat.

"Fuhh penat, tapi berbaloi, tq Bie sebab bawa sayang jalan jalan dekat sini." Kata Isya. Penat tapi best, seronok datang sini.

"Macam mana lah sayang tak takut naik semua benda tu, rumah hantu lah, kapal laut lah, roller coaster, dengan entah sotong gergasi mana tu.. haihh. Penat bie." Kata Fizman. Pelik jugak lah dengan tunang dia ni, semua benda tak takut.

"Nak tau ke kenapa sayang tak takut?" Fizman mengangguk. Mana tau boleh jugak dia guna tips tu.

"Sebab ada Bie. Bie ialah kekuatan bagi sayang." Kata Isya sambil memandang ke hadapan. Malu nak bertentang mata dengan Fizman. Arghhh maluu

Fizman yang mendengar nya terus menegakkan kepalanya lalu melakarkan senyuman manis di bibir.

"Nasib belum halal kalau tak dah kena penyek sebab kena peluk dengan bie." Kata Fizman dengan senyuman manis. Dia terharu. Isya melihat sekilas muka Fizman lalu memandang ke depan semula.

'Kalau dah halal pun dah lama saya peluk awak.' Kata Isya dalam hati.

          1:13 p.m
[739  words]

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now