EPILOG

176 9 0
                                    

"Cepat !! Cepat !! Kita dah lambat ni." Jerit datin Firana yang sudah berada diruang tamu.

"Kejap lah Ana oii, saya baru pakai songkok." Kata Tengku Hassan yang tergesa gesa turun dari tangga.

"Mana anak abang tu? Kita dah lambat ni. Takkan dia duk berangan lagi kat atas tu?" Tanya Datin Firana.

"Iz dah turun, cepat cepat nanti tak sempat nak sampai." Kata Fizman sedang turun dari tangga sambil membetulkan sampin dia.

"Haa.. turun pun, ingatkan tak nak kahwin tadi." Kata Tengku Hassan.

"Ishh tak kan lah tak nak.. pa oii." Kata Fizman pula sambil tersengih sengih.

"Ishhh Dua beranak ni, orang nak cepat dia boleh pulak menyembang kat sini. Cepat cepat pergi buka enjin kereta... diorang dah sampai dah masjid tu." Kata Datin Firana.

🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵

"Aqilah dah sampai belum?" Tanya Fizman pada Huwaiz di telefon.

"Dah.. dah lama dia sampai.. penat dia tunggu." Kata Huwaiz pula. Haihh lama betul Fizman ni nak sampai.

"Paa.. cepat sikit bawak kereta, pengantin perempuan dah sampai.. cepat." Gesa Fizman.

"Aduhh kamu pun sabarlah, papa cuba sedaya upaya nak laju ni, kalau accident nanti memang tak kahwin kamu hari ni." Kata Tengku Hassan.

"Ishh apa abang cakap macam tu." Kata Datin Firana sambil  mengerutkan mukanya.

Fizman pula asyik bermain dengan jari. Tangannya berpeluh. Dalam beberapa jam lagi dia akan menjadi suami orang...

Selepas 10 minit telefonnya berbunyi. Huwaiz menelefonnya.

"Weyhh kau kat mana? Pengantin perempuan nak balik dah ni." Gurau Huwaiz dan Fizman pun percaya.

"Hah?!!  Biar betul kau Huwaiz, kau suruh diorang tunggu kejap!!  Aku dah nak sampai." Kata Fizman dengan cemas.

Huwaiz gelak tanpa suara.

"Paa pengantin perempuan nak balik dah... macam mana ni? Dah nak sampai ke belum?" Tanya Fizman cemas.

"Dah sampai dah." Kata Tengku Hassan

Sebaik sahaja kereta berhenti. Fizman keluar dari kereta. Sampin dan songkok dibetulkan.  Selepas semuanya sudah siap. Fizman masuk kedalam Masjid dengan keluarganya. Masuk sahaja dalam Masjid, Perkara pertama Fizman nampak ialah wanita yang duduk diatas kusyen putih yang bulat itu. Serba memakai gaun putih. Fizman tersenyum padanya.

Kini.... tiba masanya untuk pengantin lelaki menyebut akad nikah. Tok kadi sudah bersedia begitu juga Fizman. Tok kadi menghulurkan tangan. Fizman menyambut salam itu.

"Bismillahirahmanirahim, Tengku Fizman bin Tengku Hassan." Kata tok kadi itu.

"Ya saya." Kata Fizman tanpa nada. Dia sedang menahan rasa gementar dalam hati.

"Aku nikahkan kau dengan Nurul Isya bt m
Mohamad Yasir berwalikan bapanya dengan rm 1000 ringgit tunai." Dengan sekali nafas Fizman berkata....

"Aku terima nikahnya Nurul Isya bt Mohamad Yasir dengan mas kahwin rm1000 ringgit tunai."

"Sah?" Tanya tok kadi pada ketiga tiga saksi dibelakangnya. Ketiga tiganya menganguk.

"Alhamdulillah." Tok kadi mula membacakan doa....

"Akhirnya.. dihijab kabulkan jugak kawan aku sorang ni." Kata Balqis pada Isya yang tersenyum senyum.

Sekarang tibalah majlis membatalkan air sembahyang.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now