●~Happy belated ied Mubarak~●

87 3 0
                                    

"Afiyya, anak baba ni tengah buat apa?" Kata Fizman sambil menggomol pipi anaknya.

"Tengah buat apa lagi, main dengan nenda dialah." Kata Datin Kirana sambil mendukung afiyya.

Fizman tersenyum melihat wajah anaknya yang yang berusia 2 bulan. Ya Allah, terima kasih kerana kau memberikan afiyya kepada kami. Sesungguhnya ini anugerah yang paling indah buat aku.

"Abang, datang sini kejap." Kata Isya dari dapur.

Fizman berjalan kedapur untuk mendapatkan Isya.

"Kenapa?" Tanya Fizman.

"Tu tolong  ambilkan pinggan yang dekat atas rak tu, sayang tak sampai." Isya tersengih. Aihh kenapalah dia ni pendek sangat. Aehh bukan kenapa lah dia tak cukup tinggi.

Fizman menahan senyuman. "Tau pun pendek, nasib baiklah ada abang kacak tolong, kalau tak teruk sayang kena jinjat ambik pinggan ni."  Usik Fizman sambil mengambil pinggan tersebut.

"Amboihhhh sedapnya mengata kita." Kata Isya sambil menjeling.

"Aip aip, mata tu.  Dah jadi mak budak pun nak buat perangai budak budak lagi." Kata Fizman lalu meletakkan pinggan diatas island table.

"Biarlah." Kata Isya lalu dia beralih ke singki.

Fizman tersenyum lalu dia memeluk isterinya dari belakang.

"Terima kasih sayang." Kata Fizman lalu dia mencium pipi Isya dari belakang.

"Sebab apa?" Tanya Isya pelik.

"Sebab masih lagi bersama abang. Abang tak boleh hidup kalau sayang tak ada." Kata Fizman lalu dia terimbau kembali saat cemas didalam  hidupnya apabila Isya mengalami pendarahan semasa  melahirkan afiyya.

"Tu semua kuasa allah  abang, kalau memang ditakdirkan sayang pergi masa tu abang kena redha."kata Isya pula.

"Jangan cakap macam tu, abang tak suka. Sekarang ni abang bersyukur sangat sebab sayang tak tinggalkan abang. Ajal maut je boleh pisahkan kita." Kata Fizman lalu dia mengetatkan lagi pelukan.

Isya tergelak kecil.

"Haihh belajar mana lah ayat ayat jiwang macam ni. My hubby is jiwang person rupanya." Kata Isya sambik menahan ketawa.

"Mana ada jiwang, kalau jiwang dia macam ni. Demi Sayang, abang sanggup redah lautan api abang sanggup gadai nyawa demi sayang sorang je asalkan sayang setia dan ikhlas bersama abang." Kata Fizman sambil tersenyum.

"Amboih, redah lautan api ya? Cliche sangat." Kata  Isya.

"Mana ad..."

Tiba tiba kedengaran suara Afiyya menangis.

"Ha sudah, sayang nak pergi tengok afiyya." Kata Isya lalu dia melonggarkan pelukan Fizman.

"Alaaa anak aku sorang ni pun time time ni lah nak kacau daun." Gumam Fizman.

"Afiyya sayang kenapa? Nak susu aeh?"  Tanya Isya.

"Dia nak tido lah tu. Nah Isya bawa dia tidur  biar umi yang sambung memasak." Kata Puan Kirana sambil menghulurkan Afiyya kepada Isya.

"Baiklah ibu, maaf   menyusahkan ibu, ibu tetamu ibu pula yang kena masak." Kata Isya bersalah.

"Tak apa lah." Kata Puan Kirana sambil tersenyum.

"Jom afiyya, kita pergi tido ye, anak mama mengantok ni." Kata Isya.

"Abang nak ikut, jom." Kata Fizman.

"Aip man kena tolong ibu masak." Kata Datin Kirana. Macam lah tak tau perangai anak dia sorang ni. Tak boleh  berenggang dengan isteri.

"Tapi ibu, man nak ikut tidurkan afiyya jugak." Kata Fizman. Alaaa nak ikut Isya.

"Tak payah mengada ye man, cepat tolong ibu."

Adehhhh tamatt je lahh HAHAHAH tak de idea dahhh

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now