chapter 29

62 13 0
                                    

"Mak kitaorang balik dulu." Kata Isya sambil menyalami tangan ibunya lalu beralih pada Encik Yasir, Tok Timah, Encik Osman dan Abangnya.

Begitu juga dengan Fizman melakukan perkara yang sama.

"Kamu bawa kereta elok elok." Kata  Encik Yasir pada Fizman. Fizman hanya mengangguk tersenyum. Setelah itu mereka berdua bergerak ke arah kereta. Fizman meletakkan beg pakaian dalam bonet lalu masuk ke dalam kereta bersama Isya.

Dalam perjalanan pulang,

Isya  melemparkan pandangan ke luar tingkap, suasana didalam kereta sunyi  hanya kedengaran  enjin kereta. 

"Sayang nak pergi makan tak?" Tanya Fizman.

Isya tak menjawab hanya mengangguk. Fizman memberhentikan keretanya  di RnR berdekatan lalu mereka keluar dari perut kereta.

"Sayang nak makan apa? Bie ambilkan." Tanya Fizman.

"Sayang makan ja apa yang bie pesan." Kata Isya. Tiba tiba mood Isya melayang Entah kemana sejak pulang dari kedah. Mungkin sedih sebab tinggalkan keluarga tercinta disana.

"Okeh kalau macam tuh sayang tunggu kat sini." Fizman mengorakkan langkahnya ke kedai untuk membeli makanan. Isya hanya menunggu di meja makan yang berdekatan. Tiba tiba ada seorang lelaki datang menegur Isya. Isya melihat wajah lelaki itu. Isya terkaku apabila mengecam wajah lelaki yang sangat dikenali.

"Abang Riz." Itu saja perkataan yang keluar dari mulut Isya.

"Nurul.. nurul buat apa kat sini?" Tanya Rizal.

"Saya tengah tunggu suami saya datang." Aipp mai mana suami ni. Mulut tak boleh duduk diam. Rizal sahaja yang memanggil Isya Nurul kerana bak kata Abang Rizal, dia seorang sahaja unik kerana memanggil Isya dengan nama lain tak macam orang lain.

Riak muka Rizal terus berubah bila Isya menyebut  perkataan Suami. Suami? Bila masa dia kahwin? Tak jemput aku pun. Panggilan pun dah berubah. Selalu dia bahas diri dia nurul bila dengan aku sekarang....

"Bila kahwin? Tak ajak abang pun sampai hati." Kata Rizal.

"Masa abang kahwin pun saya tak pergi buat apa saya nak ajak abang datang wedding saya." Kata Isya. Sesungguhnya dia masih marah pada Rizal atas peristiwa yang lalu.

Riak muka Rizal berubah lagi tapi kali ni lebih kelat.

"Nurul abang minta maaf atas kesilapan Abang yang dulu, kalau abang tak buat kesilapan tu mesti kita dah kahwin sekarang, ada anak dah pun." Kata  Rizal. Rizal masih  sayangkan Isya tetapi bila dia sudah terlanjur membuat perkara maksiat itu dia beralih pada adilla kerana adilla lebih cantik dan menawan dari Isya. Tapi makin lama dia bersama dengan Adilla, dia asyik teringatkan Isya.

"Apa abang cakap ni? Abang dah kahwin tau, bini tuh dah nak beranak, jangan ada harapan macam tuh. Ini semua ketentuan Allah mungkin kita tak ada jodoh." Kata Isya lalu Isya berura ura bangun dari situ ingin pergi ke arah Fizman namun langkahnya terhenti bila tangannya dipegang oleh Rizal.

"Abang!! Lepaskan tangan saya." Isya berjaya menarik tangannya dari pegangang Rizal.

"Abang!! Abang dah kahwin dengan kak Adillah cukup lah, saya pun dah kahwin dengan pilihan saya, cukup lah kacau saya lagi." Kata Isya. Menipu sunat tak apakan. Lagipun memang diorang akan kahwin.

"Abang akan ceraikan Adillah lepas dia beranak. Abang sayangkan nurul lagi. Tolonglah nurul cerai dengan suami Nurul?" Pujuk Rizal.

Nak minta cerai apa kalau kahwin pun belum.

"Abang jangan buat kerja bodoh lah abang, abang tau tak abang buat benda ni belakang Kak Adillah berdosa tau,  abang masih lagi suami akak Adilla yang sah dan saya masih lagi isteri suami saya yang sah jadi tolong ubah lah sikit perangai tuh." Sebaik sahaja Isya menghabiskan ayatnya. Fizman menghampiri mereka sambil mendulang makanan

"Sayang kenapa ni?" Tanya Fizman

"Abang jom makan tempat lain , panas kalau makan kat sini, banyak syaitan sangat kut." Kata Isya sambil menarik lengan Fizman. Mulut aku memang tak ada insuran kalau marah so kalau terasa ada aku kesah.

Aik minah ni panggil aku abang? Apasal pulak dah ni?

"Jom abang nanti baby ni lapar pulak." Kata Isya lagi. Berapa banyak kau buat dosa hari ni Isya? Lepas satu perbohongan satu lagi perbohongan.

Riak muka Fizman terkejut. Baby??!!  Celah mana pulak dah wujud baby ni. Muka Rizal semakin pucat. Kekasih hatinya yang ditinggalkan olehnya sudah dirampas oleh orang lain.

Fizman hanya mengikuti Isya pergi ke tempat lain tanpa menghiraukan Rizal yang terpaku disitu. Kenapa pulak dah ni? Abang? Baby? Saya perlukan penjelasan..!!

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now