chapter 24

62 13 0
                                    

Pon ! Pon ! Pon ! Bunyi hone kereta dibunyikan beberapa kali.

"Sapa dia pulak mai petang petang macam ni, hang p tengok sat." Kata tok timah pada puan Rita.

"Sat nah, ita pi jenguk sat, mak tunggu disini." Kata Puan Rita.

"Assalamulaikum...! Tok nek! Isya balik ni." Jerit isya sebaik sahaja keluar dari kereta.

"Mak!! Cucu kesayangan mak dah balik!." Puan Rita pulak jerit. Bukan sebab tok timah pekak aeh.. tapi sebab jarak pintu dengan dapur jauh sikit.

Isya menunggu tok neknya ditangga rumah. Tangan puan Rita disalaminya.

"Cucu aku dah sampai.... besaq dah cucu tok nek ni, rindunya tok kat hang" kata Tok timah sambil mencium kedua dua belah pipi Isya berkali kali. Gila tak rindu cucu kesayangan sorang ni. Dah lah balik setahun 2 kali ja kadang kadang.

"Tok sihat? Berseri seri isya tengok muka tok nek ni." Tanya Isya. Sempat lagi mengusik, tau lah nak bodek tok timah pun.

"Tok sihat ja.. laqat lagi laqi satu kampung ni." Kata Tok timah. Tiba tiba mata nya beralih pada figura lelaki yang berada dibelakang Isya.

"Sapa dia laki yang duk belakang hang tuh." Tanya Tok ma. Sekejap tengok aku sekejap tengok puan Rita. Puan Rita hanya mengangkat bahunya menandakan tidak tahu. Padahal dalam hati sudah bergembira anak daranya bawak balik menantu.

"Tu lah bakai laki Isya, amacam? Barang baik?" Gurau Isya.

"Tudia bakai laki hang jangan buat macam barang lah... dah lah handsome, handsome bukan besa besa, kalah shah rukh khan tuh." Kata Tok timah. Isya dan puan Rita tergelak mendengar gurauan tok Timah.

"Pemuda yang kacak, pemuda yang kacak nama apa?" Kata Tok nek saja ja berkias kias.

Fizman tergelak kecil.

"Nama saya Zakir Fizman tok." Kata Fizman sambil menundukkan badannya sedikit.

"Tudia nama pun lawa macam tuan dia , mai masuk rumah tok, panaih lit lit ni, sat gih habis hitam muka tuh, tok tak mau bertanggungjawab,  sat gih kena jenayah rosak muka anak teruna orang tak tau nak kata apa." Tok pun mula lah melalut entah apa. Tok pun masuk dalam rumah bersama puan Rita. Isya pula bergerak kearah Fizman.

"Meh sini beg saya,saya bawa sendiri." Isya megambil beg yang berada ditangan Fizman tapi Fizman menarik kembali beg itu.

"Tak pa saya boleh bawa, awak naik lah dulu." Kata Fizman, beg ada dua ja ringan pulak tu.

"Betul?" Tanya Isya.

Fizman mengangguk.

Sebaik sahaja Isya naik keatas rumah dia menyalami tangan ayahnya dan tok abah.

"Assalamualaikum ayah." Kata Isya.

"Waalaikumussalam, tuh ka laki hang bawak balik tuh?" Tanya Encik Yasir, mukanya ketat semacam. Isya mengangguk senyum. Eleh nak tunjuk garang lah tuw,

Fizman naik keatas rumah lalu menyalami Encik Yasir dan Encik Osman.

"Assalamualaikum tok abah, ayah." Fizman memberi salam, salam dijawab oleh kedua dua orang itu. Hati dah berdebar debar, muka tok dia ngan ayah dia ni ketat ja memanjang.

" abang mana?" Tanya Isya kepada Encik Yasir.

"Abang kau dah pergi lepak dengan kawan kawan dia lah tuh " jawab Encik Yasir.

"Beg tu letak ja dekat situ, nanti fatith tolong bawakan." Kata Encik Osman kepada Fizman. Fizman hanya akur .

"Isya, hang pi buat ayaq kat dapuq, mesti....hang nama apa?" Tanya Encik Osman.

"N..nama saya Zakir Fizman. Panggil Fizman ja." Gagap pulak dah.

"Ermm Isya pi buat ayaq kat dapuq, kesian dekat Fizman penat bawak kereta." Arah Encik Osman. Isya pergi meninggalkan Fizman bersama kedua dua orang tua itu.

"Duduk lah." Kata Encik Yasir tapi muka masih diketatkan.

Fizman secara automatiknya terduduk dilantai.

"Laa awat hang duduk kat situ mai duduk ataih kerusi ni, kerusi ada awat pi duduk ataih lantai."kata Encik Osman.

Fizman pun bangun dengan malunya duduk diatas kerusi kayu itu.

"Kamu betul betul nak kawin dengan anak pak cik ka?" Tanya Encik Yasir. Sebenarnya berat hatinya nak melepaskan anak perempuannya yang sorang tuh.

" ya, kalau boleh saya nak tunang dulu dengan Isya lepas belajar baru nak kawin dengan Isya."  Jujur Fizman.

"Sekali tanya dia bagitau hasrat dia teruih, HAHAHAHA loqlaq sungguh." Kata Encik Osman. Baru tanya macam tuh dah bagi jawapan ni.

Fizman hanya tersenyum malu malu.

Isya datang membawa dulang lalu meletakkan diatas meja ditengah tengah kawasan sofa. Lalu menuangkan air itu kepada ayahnya dan tok abah akhir sekali pada Fizman. Fizman sempat mengatakan terima kasih sebelum Isya pergi ke dapur.

"Esok pak cik nak kamu ikut pak cik dengan tok abah pergi memancing? Boleh?" Tanya Encik Yasir. Dah mula dah test dia.

"Boleh pak cik." Jawab Fizman.

"Nanti malam kamu ikut pak cik pergi masjid. Jadi imam boleh?" Fizman terkejut sedikit, bukan main main test dua ni.

"B..boleh pak cik." Fizman terangguk angguk kepalanya perlahan lahan.

" baguih hang ni, pagi esok aku ikut hampa pi mengai petang sikit hampa ikut aku p ladang durian." Giliran tok dia pulak bagi test.

Fizman hanya mengangguk. Baru jumpa tak sampai setengah jam dah kena test itu ini.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now