chapter 20

83 16 1
                                    

" Tengku Huwaiz bin Tengku Jamal Ikram."

"Y...ya saya"

"Aku nikahkan kau dengan Balqis Md Isa dengan mas kawinnya Rm 500 tunai, sebuah Alquran dan seutas rantai." Kata tok kadi itu.

"A..aku terima nikahnya Balqis Md Isa dengan mas kawinnya Rm 400..." Huwaiz tergagap gagap mahu melafazkan akad nikah kerana nervous.

Balqis yang berada di atas pelamin itu mengerutkan dahinyanya.

"Rm 500 ringgit, kita mula sekali lagi."kata Tok kadi itu dengan sabar.

"Aku nikahkan kau dengan Balqis binti Md Isa dengan Mas kawin rm 500 tunai, sebuah Alquran dan Seutas rantai." Tok kadi itu mengulang semula ayat lafaz adak nikah itu dengan jelas dan terang menerang.

"Aku terima nikahnya Md Isa binti Balqis dengan mas kahwinnya..." sebelum sempat Huwaiz meneruskan lafaznya. Tok kadi sudah menarik kembali tangannya lalu berkata.

"Kamu nak kahwin ka tak nak?! Asyik gagap ja sampai nama bakal bini pun boleh terbalik! Sudahlah cari tok kadi lain, Aku tak nak nikahkan korang berdua. Haihh!! Entah apa lah yang dipikirnya!!" Kata Tok kadi itu sebelum melangkahkan kakinya keluar dari masjid.

"Balqis, Manja minta maaf, manja rasa kita tak boleh teruskan perkahwinan ni." Kata Huwaiz sebelum pergi meninggalkan Balqis dibelakang.

"MANJAA!! MANJAA! JANGAN PERGI!." Balqis mahu berlari mendapatkan Huwaiz tapi kakinya tidak boleh bergerak. Mulutnya terkumat kamit menyebut perkataan yang sama tapi tidak dapat didengari oleh Huwaiz. Semakin lama figura Huwaiz semakin hilang dimata.

"MANJAA!!" Balqis membuka matanya lalu melihat sekeliling. Baju yang dikenakan oleh dia bukan baju gaun yang berwarna putih tetapi baju tidur yang bercorakkan teddy bear. Kedudukan kepalanya yang hampir jatuh dari katil dan lokasi seperti dibiliknya. Tiba tiba pintu bilik dibuka.

"Kenapa Balqis!? Balqis?! Woih Kau dah kenapa tidur macam lipas kudung ni?" Kata Anis. Ya allah boleh dia mengigau sampai nak jatuh katil.

"Weyh kau kenapa ni? Manja...manja..manja apa?" Kata Isya pula.

Balqis sudah senyum kambing, malu pulak.

"Dah bangun mandi, solat." Kata Anis sebelum keluar dari bilik.

Balqis bangun lalu berlari masuk kedalam bilik air. Sambil menggosok gigi Balqis teringat kembali mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Memikirkan Huwaiz sanggup tinggalkan dia kerana tidak boleh lafaz akad nikah memang mengarut. Seketika itu Balqis teringat pula kejadian pertama kali bertemu dengan Huwaiz.......

3 bulan yang lepas....

"Haihh, mana pula grab ni.. aku dah lambat nak pergi dah ni, mak pun satu aturkan blind date tak bagitahu lepas tuh inform kat aku last minute." Balqis mengerling pada jam tangannya pukul 2 petang.

Akhirnya grab yang diorderpun sampai...tiba sahaja dicafe dimana tempat dia berblind date, dia ternampak seorang lelaki sedang meragut beg wanita tua.

Balqis tanpa membuang masa terus mengejar lelaki itu. Lelaki itu terlalu cepat tapi tak setangkas otak Balqis. Balqis mengeluarkan buku kamus yang tebal lalu mengumpulkan seluruh tenaganya dan membaling buku kamus itu kearah pencuri itu.

Tetapi buku kamus itu tersilap arah. Buku kamus itu terkena pada lelaki yang menyerang pencuri itu. Selepas pencuri itu tumbang buku kamus itu melayang ke arah kepala lelaki itu.

"Ya allah!! Encik aeh Tuan err , Enciktuan? Enciktuan ok ka?" Kata Balqis dengan muka yang gelisah, weyh lebam teruk gila boleh nampak bekas. Tiba tiba beg yang diragut itu diambil oleh lelaki itu. " Tak apa saya ok." Kata lelaki itu tiba tiba keluar cecair merah dari hidungnya.. DARAHH!!

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now