chapter 51

98 10 0
                                    

1 setengah tahun berlalu...

"Malaysia.. I back again.." kata Fizman lalu Fizman menjauhkan cermin mata hitam dari muka dan menyangkutnya pada kolar baju.

"This time I will get what I want." Kata Fizman sebelum pergi dari KLIA.

🦄🦄🦄🦄🦄🦄

"Nurul... " isya mengeluh.. dia tahu kalau orang tu panggil aku nurul siapa lagi kalau bukan...

"Awak nak apa Adam?" Tanya Isya dalam nada malas.

"Jom dating" ajak Adam.

"Tak nak." Isya menolak mentak mentah.

"Alaaaaaa kenapa.." tanya Adam sambil membuat muka cemberut, ingat comel ke hanat.

"Awak tak serik aeh? Saya dah serik dah, saya tak nak curi tajuk utama berita malam ni lagi." Kata Isya sambil membaca buku.

"Asyik asyik dengan alasan tu.. bosan lah..." kata Adam.. mengada.

"Saya tak bosan pun." Kata Isya. Dia menutup buku itu. Dia dah habis membaca so dia kena blah dari sini.

"Jom lah nurul... i belanja u makan." Kata Adam lagi.

"Ermm order banyak sikit, suruh food panda hantar makanan tu dekat dorm saya." Kata Isya.

"So you setuju nak dating dengan I?" Tanya Adam dengan teruja.

"Tak.. Saya tak setuju pun." Kata Isya dingin.

Adam membuat muka cemberut.. lagi.

"Adam.. awak minta lah seribu kali pun, saya akan reject seribu kali." Kata Isya sebelum pergi dari situ. Bila dia keluar sahaja dari libary, dia ternampak susuk badan yang sangat dikenali. Isya terkaku namun cepat cepat dia sedar.

Dia berlalu pergi dan berselisih dengan Fizman.

"Sayang.." Isya terhenti. Dia tak salah dengarkan? Aku rasa baru pagi tadi aku korek telinga aku.

Isya menoleh memandang Fizman begitu juga dengan Fizman. Mata mereka bertembung. Lama. Namun Isya melarikan pandangannya dan jatuh pada Adam yang baru keluar dari libary. Adam nampak Isya.

"Nurul!!" Panggil Adam. Isya mengeluh dalam diam, lepas sorang.. tambah lagi sorang.. tak penat ke buat masalah untuk aku?

Isya berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Isya mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang.

"Abang.. datang ambil adik sekarang... now.." gesa Isya sebelum menamatkan panggilan itu, salam tak ada terus letak.

🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁

"Ni.. adik nak duduk rumah mak berapa hari?" Tanya fatith pada Isya.

"Entah.. 3 hari macam tu kut." Kata Isya yang sibuk bermain telefon.

"Hermm.. ni kenapa pulak? Budak Adam tu kacau adik lagi ke?" Tanya Fatith.

"Huh.. bukan adam je.. Fizman pun muncul balik tak ada angin tak ada ribut tiba tiba muncul depan adik." Kata Isya.

"Biarlah, takkanlah setiap kali jumpa adik, dia kena sembunyi kut? Ke.. adik suka lagi dekat dia?" Tanya Fatith.

Isya terdiam sejenak. Aku suka lagi ke dekat dia, entahlah.. sekarang ni aku tak tau dengan perasaan aku, rasa terkejut tu ada.. gembira? Kalau ada pun aku nak buang jauh jauh.

"Entah."jawab Isya sepatah.

"Suka lagi lah tew." Usik Fatith.

"Cakap dekat orang yang dia tu.. macam mana? Dah official ke belum?" Tanya Isya untuk menukar topik. Fatith mengeluh. Isya faham kalau dah mengeluh tuh.

"Tak apa.. kak Wina memang keras sikit hati dia.. kalau abang kerja menempel je dekat dia melekat lah tuh." Kata Isya. Kak wina.. siapa dia ni? Kak wina atau pun Awina, senior Isya dan Fatith telah jatuh cinta pandang pertama dengan Awina bila datang ambil Isya tempoh hari.

"Abang rasa dia dah ok tapi... hermm tak tau lah." Kata Fatith.

"Bukakkan lah hati dia." Kata Isya sambil tersenyum senyum.

"Hermm adik pun bukakanlah hati untuk terima orang lain. Bukannya Fizman tu lelaki yang ada dalam dunia ni." Kata Fatith pula.

"Aehh apa pulak Adik... ramai jelah lelaki tapi belum jumpa yang kena dengan taste adik."  Kata Isya...

"Ke.. tengah tunggu perangai macam Fizman?" Usik Fatith lagi.

"Kenapa dari tadi abang sebut nama dia tak berhenti ni? Buat semak je lah." Marah Isya.

"Orang tua tua kata.. kalau marah marah lama lama jadi sayang.. haa marah lah abang sebab Fizman.. nanti melekat dengan Fizman tak tau lah." Usik Fatith lagi untuk kali keberapa entah.

"Dah lah.. malas lah nak sembang dengan abang lagi, adik tidur lagi best. Dah sampai nanti bagitau adik aeh. Jangan biar adik tidur dalam kereta pulak." Kata Isya sambil menutup matanya.

"Iyelah adik oii." Kata Fatith yang fokus memandu.

2:36 a.m
[687 words]

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now