chapter 26

63 12 0
                                    

Bunyi Azan Subuh berkumandang menyedarkan Isya dari tidur. Matanya terasa berat kerana tidur  lambat kelmarin, entah pukul berapa dia tidur semua sebab Fizman suruh teman dia lah ni, kalau tak memang dia dah lama diulit mimpi.

Bunyi Azan masih lagi kedengaran, Isya mengerutkan dahinya, suara ni macam aku kenal. Rumah Isya dan masjid tidak lah jauh sangat tapi masih jelas kedengaran azan untuk dijadikan sebagai alarm.

Suara macam.....  Fizman!! Dia yang azan? Merdu naw suara dia, boleh masuk Big Stage nih. Isya keluar dari biliknya lalu terus menuju ke dapur untuk mengambil wudhuk. Tiba tiba ternampak tok timah dan puan rita di dapur sedang membuat sarapan.

"Good morning tok!!" Sengaja isya menaik suaranya.

"Morning bawang ku sayang." Melatah tok timah melihat bawang yang baru sahaja siap dikupas. Isya tergelak terkekek kekek sebelum melarikan dirinya masuk ke dalam tandas.

"Bertuah punya budak." Kata tok timah sambil menoleh kebelakang, aik tak ada orang. Tiba tiba kedengaran bunyi air didalam tandas. Puan Rita hanya menggeleng kan kepalanya melihat perangai anak daranya sorang itu tak ubah macam budak 5 tahun.

                                           🍔🍔🍔

Usai solat subuh, Isya pergi ke dapur untuk menolong maknya menyediakan sarapan. Tetiba ja mood rajin keluar mungkin sebab ada bakal suami? 

"Masak apa tuh??." Tanya isya.

"Masak belut goreng dengan sup cicak." Tipu Puan Rita walhal sudah terang terang dia buat sambal sotong.

"Euuwww nak gurau pun jangan la guna nama cicak geli tau tak." Kata Isya.

"Dah tuh tak nampak mak tengah buat apa ni?"

"Orang saja saja ja gurau gurau itu pun ambik serius." Kata Isya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, haa abang dah balik? Abang pergi tunggu dekat ruang tamu dengan Fizman nanti saya buat air." Kata Puan Rita kepada Encik Yasir.

"Hermm baiklah, jom Fizman." Ujar Encik Yasir.

Fizman memberikan senyuman manis, nasib baik tadi jadi Imam tak ada salah silap, boleh malu gue kalau salah baca surah tadi.

'Ayah Isya macam nak bagi green light jaa, tunggu tunggu kejap lagi aku pergi kaut ikan manyak manyak.'

Fizman sempat menoleh ke belakang melihat Isya lalu menghadiahkan senyuman yang manis. Isya membalas dengan senyuman. Terasa ada rama rama dalam perut pulak. Eh.

                                         🐑🐑🐑🐑

Diruang tamu,

"Hang boleh mengai?" Tanya Encik Osman pada Firzman.

"Mengai?" Bahasa apa pulak ni, tak ada dalam kamus hidup aku pun.

"Memancing." Sambung Encik Yasir.

"Ouhh pernah saya selalu pergi memancing dengan papa saya." Kata Fizman.

Tiba tiba Isya datang sambil membawa teh o panas.

"Air dah sampai, kejap lagi Isya panggil Ayah turun makan." Kata Isya sambil meletakkan air itu diatas meja

"Herm baik lah kamu pergi tolong apa apa di dapur." Kata Encik Yasir.

"Okeyhh." Fizman hanya melihat Isya pergi berlalu tiba tiba Isya menoleh ke arahnya. Isya menguntumkan senyuman pada Fizman lalu mengenyit mata padanya. Terus Isya menghilangkan diri.

Fizman terkejut dengan perbuatan Isya tapi dikawal riak mukanya takut nanti ditegur oleh bapak mertuanya itu. Gatal jugak minah ni.

"Ayah!!! Dah siap!! Mai lah turun sini makan!" Jerit Isya dari dapur.

"Tu dah panggil dah jom." Ajak Encik Osman.

Fizman pelik melihat ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya duduk dimeja makan.  Siapa tuh?

                                         ❤❤❤

Fizman duduk dihadapan Isya. Matanya tak henti henti melihat muka lelaki itu. Siapa dia ni, siap sentuh sentuh Bakal Bini aku ni.

"Oh awak ni abang saya, fatith." Isya dapat melihat Fizman usha usha Fathih tapi dibiarkan begitu sahaja.

"Ouhh saya Fizman."

"Aku Fatith."

"Dah dah lah dengan salam perkenalan, kita  makan cepat nanti sejuk lauk tuh." Kata Puan Rita.

"Awak nak sambal ikan bilis ka sambal sotong?" Tanya Isya pada Fizman.

"Amboi... belum jadi isteri dah jalankan kerja isteri, tak sabar ni." Gurau Fathih.

"Biarlah, sibuk ja dia, hah awak nak apa?" Tanya Isya sekali lagi.

"Saya nak sambal sotong." Kata Fizman.

Isya terus mencedok sambal sotong lalu meletakkannya didalam pinggan Fizman.

"Terima kasih." Fizman menghadiahkan senyuman pada Isya.

"You welcome." Isya mengeyitkan mata lalu terus menjamah nasi lemak dihadapannya. Pagi pagi dah menggatal. Anak dara siapa lah ni.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now