Chapter 3

149 19 0
                                    

Hari seterusnya

Isya seperti biasa memenuhi masa lapangnya di library ketika tiada class tapi kali ini berbeza kerana dia berseorangan.Rakan rakannya tidak dapat hadir kerana hal yang tak dapat dielakkan.

"Aku nak buat apa sekarang? Dah lah sorang sorang, kalau ada orang teman ok lah juga."

Tiba tiba Isya teringat akan peristiwa kelmarin.Rasa menyesal pula bila buat tawaran itu pada Fizman.Malu tuh sampai rasa nak tanam diri dalam tanah.

Isya tergelak kecil bila mengimbas kembali kejadian tersebut.Gila malu dah lah tak kenal  lepas tuh senang senang ja main ajak dia bercinta,nasib kau lah dia tak reject.

"Hai..."

Isya menoleh ke belakang apabila terdengar suara tersebut. Isya terus merasakan bahawa mukanya sudah kemerahan akibat menahan malu.

"H..hai" Balas Isya dengan senyuman yang tak beberapa nak ikhlas.

Siapa lagi yang tegur kalau bukan Fizman yang menegur nya.

"Awak tengah buat apa?"soal Fizman sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi dihadapan Isya

"Saya dekat perpustakaankan jadi saya baca buku lah."jawab Isya acuh tak acuh. 

"Mana bukunya? Tak nampak pun atas meja." Soal lagi Fizman sambil gelak kecil.

"Nanti saya ambilah yang awak ni sibuk kenapa?" Jawab Isya kembali. Mamat nih banyak pula soalan dia.

'Aeh aeh minah ni kemarin bukan main ayu ayu ja bila minta aku couple dengan dia, hari ni dia tayang sombong pula, tunggu kau' detik Fizman dalam hati.

"Haihh nak tanya bakal girlfrliend sikit pun marah marah kalau dah jadi girlfriend saya macam mana lah." Merah pipi Isya apabila mendengar perkataan girlfriend.

"Awak ni tak ada kerja ka?." Soal isya supaya membuang rasa kekok.

"Tak ada."

"Habis tu awak buat apa kat sini pergi lah sana jangan duduk semeja dengan saya." Halau Isya. Pergi lah jauh jauh.

"Biar lah,bukannya library ni bapak awak punya, saya nak duduk kat sini,awak tak boleh halang saya." Kata lelaki itu sambil memberikan senyuman manis bak madu kepada Isya. Menyampah!!

'Sorry aehh tak cair pun meluat lagi ada.'

"Ikut awak la, awak nak duduk sini awak duduklah, saya pindah pergi tempat lain." Isya terus bangun sambil mengangkat beg galasnya.

"Kejap duduk dulu saya nak bincang tentang ' kita '." Pekataan kita disebut membuatkan Isya terhenti dari terus pergi dan duduk kembali.

"Apa yang awak nak cakap?"

"Bila awak nak buat baju saya?"tanya Fizman

"Bila bila yang awak nak lah." Jawab Isya.

"Kalau saya nak hari ni boleh?"

"Apa?!! Nak hari nih??" Isya mengecilkan suara supaya tidak mengganggu pelajar yang lain.

"Haah, kenapa? Tak boleh ka?" Fizman mengecilkan mata meragui kemahiran Isya.

"Boleh memang boleh tapi kalau nak hari ini baju tu siap dalam 3 ke 4 pagi...awak nak ka duduk dalam bilik jahitan dengan saya sampai pagi macam tuh? Kan awak kata awak nak tengok saya buat baju awak."  Tak nak aku duduk satu bilik dengan kau. Tak pasal pasal tangkap basah nanti.

"Boleh jaa lagipun besok saya bukan
nya ada class pun awak  ada class ke esok?" Tanya Fizman.

'Seriously kau terima?!'

"Saya ada class banyak esok so saya tak boleh berjaga sampai pagi nanti nanti lah aeh saya buat baju awak." Kata Isya dengan senyuman kekok. haishh mamat ni sengal ka apa.

"Hai Isya." Tegur seorang mahasiswi disitu.

"Esok kau free kan? Kau boleh tak teman aku jumpa Dr. Izzudin?boleh tak?" WHATT!! dari mana minah ni datang aduhh time time ni lah kau nak muncul nya..

"H..hahh?? Aeh tak lah e..esok aku tak free lah." Kenapa kau muncul sekarang?!

"Aehh tapi Anis cakap esok kau tak ada class??"

Aduhhh hancur hancur wrong time sis kau nak muncul pun kejap lagi lah. Jangan lah sekarang.

"Im sorry, tapi Isya tak boleh tolong you esok sebab dia kena tolong I."Fizman menghadiahkan senyuman kepada pelajar itu.

'Handsomenya abang ni,bidadara mana yang yang terlepas dari syurga ni' terpegun pelajar itu apabila melihat muka Fizman.

"Ouhh esok kau nak tolong abang handsome ni ke, its ok aku boleh pergi dengan orang lain. Lain kali kata je nak date." Kata mahasiswi itu.

Aeh minah nih main tuduh aku pula dah baik kau pergi sebelum mulut kau tuh koyak.

Selepas mahasiswi itu pergi, Isya hanya berdiam diri. Malu oi! Terkantoi! 10 minit berlalu tanpa sebarang perkataan yang dihujahkan.

"So Isya awak nak mula pukul berapa?"

"H..hah?? Mula apa"

Fizman tergelak kecil apabila melihat riak muka Isya.

"Hahaha aehh dah jadi nyanyok ke? Awak nak kena buat baju untuk saya dah lupa ke?"

Minah nih lupa ingatan ka sengaja buat nyanyok.

"Awak memang nak baju tu hari nih ka??" Isya berdecit malas.

"Yes"

"Lusa tak boleh?"

"No"

"Besok?"

"My answer is no."

Ishhh asal ngan mamat ni. Penat aku berdebat dengan dia ni. Sampai tahun depan tak habis.

"FINE!!"

Isya melihat jam di pengelangan tangannya menunjukkan pukul 2 30 petang.

"Jumpa saya kat alamat ni pukul 4." Nada isya berubah menjadi kasar sedikit.

Isya terus menulis sesuatu pada kertas kecil dan menyerahkan nya kepada Fizman.

Isya mengambil begnya dan keluar dari library tak sanggup nak duduk dalam library lama lama bikin panas aja.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now